Follower Cik Syuhadah

Sunday 4 September 2011

Eid 2011

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Puasa SELESAI. Raya pun SELESAI. Ramai orang kata *berdasarkan status FB -tahun nie raya tidak semeriah dahulu. Memang betul. Tak tau kenapa. Suasana raya rumah aku tetap sama meriahnya macam dulu dulu. Mak dan nenek tidak akan melepaskan peluangnya mengacau dodol dan membakar lemang *benda wajib tau. Cuma yang bezanya disini,rumah aku tak dengar lansung satu bunyi mercun pun. Kalau tak dulu. Memang terkejut memanjang. Siap melatah latah la. Silap hari bulan termencarut juga la. Naik angin juga la. Tapi,raya tahun nie takk rasa itu semua. Itu jela yang lainnya. HEHE. Duit raya maintain dapat lagi tau. 


Permulaan 1 syawal family dengan bersembahyang sunat aidilfitri di masjid Kuala Ini,Tampin Negeri Sembilan. Alhamdulillah semua ahli keluarga turun untuk menunaikan solat sunat. Sangat dan teramat la seronok bila suara riuh rendah mak suruh cepat ke masjid. Tapi,ayah buad muka relakss je. Samapi je di masjid semestinya sudah ramai orang berpusu-pusu ke dalam masjid. Ehem ehem kelihatan sangat la kacak kacak mamat mamat di sekitar masjid dengan berpakaian melayu penuh dan bersampeng segak. Opsss HEHE.


Selesai sahaja solat,terus ke teratak nenda tercinta. Aktiviti pertama dan wajib adalah bersalaman sambil nait lainya *nak duit raya laa. HEHE. Seronoknya bila sampul duit raya *jakel bagi* ayah pegang pegang. Berapa la agaknya isi dalam sampul tue. Turn by turn. Line by line. HEHE lepas salam mak dan ayah. Turn salam nenek dan salam ALONG! *wah wah wah besar pula perkataa along tue. Maklum la. Dapat juga duit raya along bagi. HEHE terima kasih Along. Raya tahun depan kasi Up lagi jumlah duitnya.


Selesai berasa di rumah nenda sebelah mak,now turn nenda sebelah ayah pula. Sabar sabar. Takk jauh pun rumahnya. 10 minit sampai la. HEHE untung kan kawin dekat nie. So,macam biasa la jumpa sanak saudara #lupa nk bgtahu. Belah mak tak rami pun saudara sbb mak 2 beradik je. Paklong balik Pahang belah isteri dia. So,tinggal mak jela. Belah ayah nie ramai sikit. Al maklum la 8 beradik. Macam biasa la bersalam salaman smbil niat lainnya nk duit raya. HAHA yg besar pun mengalahkan yg kecil. Gambar yg dipaparkan tadi adalah gambar di depan rumah arwah nenek la tue. Ceria je semua. Suka suka suka sangat.


Raya seterusnya tiada apa apa yg menarik nk diceritakan sebab anda anda semua pun turut merasainya. Ye tak? Beraya di rumah rumah orang la. Tetamu datang rumah la. Betul tak? Ok laa dpendekkan cerita kami sekeluarga beraidilfitri dikampung selama seminggu. Sabtu bersamaan 4 syawal kami pulang ke Puncak Alam. Sangat dan teramat la berat nk tinggalkan kampung. Apatah lagi cuti semakin singkat. Bumi ARAU seperti memanggil manggil je.


Ok la sayang sayang semua. Ini je kt kot sedikit cerita sepanjang Eid 2011 nie. Jumpa lagi


Nota siku : PANJANG kan? Kalau rajin baca la. Kalau tak,tengok tengok gambar jela. Aiman tak kisah. Syuhadah lagi tak kisah. Itu kan hak kalian. ILY bye

No comments: