Follower Cik Syuhadah

Monday 23 April 2012

Selamat Pengantin Baru Asfa & Suami Tercinta ♥

Assalammualaikum.

Alhamdulillah pada 22/4/2012 selamat sudah majlis walimatul urus Asfa dan suaminya yg di adakan di Kampung Nakhoda,Selayang. Tahniah Asfa ! After 6 years being together,dengan sekali lafaz Asfa telah menjadi isteri kepada Faisal. Semoga berbahagia selalu,kawan. Kami semua tumpang bahagia. Hewhewhew 



Sama CANTIK sama SEGAK kamu berdua di atas pelamin. Terpancar wajah kebahagiaan kamu berdua # syukur. Selamat menjalani rutin harian sebagai suami&isteri. Semoga diberkati  AMIN


Mereka yg turut memeriahkan majlis. Ini semua member masa Sek. Men. Teknik Selangor dulu. 3 tahun tak jumpa,Alhamdulillah pada majlis yg penuh dengan barakah ini dapat juga kami berkumpul dan bersua muka # HAPPY bila lagi kita boleh berkumpul macam nie -.-'




Nota siku : Next Next Next siapa punya turn. HAHA 



Thursday 12 April 2012

Maaf, ana sudah bertunang ♥

Salam Jumaat 

Tadi masa berblogwalking,saya terjumpa cerita yg menarik lalu. Ingin saya berkongsi pada kamu semua. Selamat membaca :)

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


Cc: ([http://niqobgirl.blogspot.com])

Nota Siku : Tersentuh tatkala membaca coretan dia atas. Semoga pada penghulu segala hari ni,kita dapat sesuatu yg bermanfaat. Insyallah :)

Monday 2 April 2012

Habit lama kembali lagi !

Assalamualaikum,Hyee ??

Tolong.. Tolong.. Tolong..

Apakah?

Semenjak dua menjak tiga menjak nie takk tahu kenapa habit yg lama takk dibuat,tiba-tiba dibuat balik. Buang tabiat ke aku nie? Minta simpang la. Mula-mula ingat nakk ignorekan je habit tue. Nakk buad takk tahu je kann. Tapi makin lama makin menjadi-jadi pula. Kesannya terlalu buruk kot untuk masa depan. Tambah-tambah kita nie perempuan. Buruk noo rupanyaa. Aish takk boleh jadi nie. Mesti kena buad sesuatu sebelum ia semakin berleluasa. Sebelum ada orang nampak,tambahan lagi kalau  Si Kacak atau Si Taff kat luar sana nampak,adoii jatuh la saham aku. HAHA (takk payah nakk saham sangat ) Zee Avi cakap " KANTOI"

Walauapa dan bagaimana pun,tindakan positive perlu diambil dengan segera. (Ah takk payah nak buad karangan SPM 320 patah perkataan sgt la. Ayat nakk bombastik. Time SPM takk nakk pula buad) Ok kita kena fikir sesuatu yg lebih kreatif dan kritis. Kita kena fikir. Kita kena fikir ! !

Tiga hari tiga malam takk boleh tidur kot. Makan takk lalu,mandi takk basah. Semua gara-gara berfikir cara nakk hilangkan habit takk baik nie. Sampai sekarang,dah seminggu masih takk jumpa penyelesaiannya. ( Ayat jangan nakk hyper sgt) Apa harus ku buad? Tolong.. Tolong.. Tolong..

HAHA agak-agak orang yg baca entri kita kali nie benggang takk? Benggang sebab mesti korang tertanya-tanya apakah HABIT TAKK BAIK tue kann? Mesti takk dapat tangkap kann? Klu-klu kann dah bagi kt perenggan 1 2 dan 3. HAHA Antara klu-klunya :

1. Kesannya terlalu buruk -,-
2. Tambah-tambah kalau kita nie perempuan (kalau lelaki takk heran la -..-)
3. Saham boleh jatuh kot. 

Tabiat apakah yg boleh memberikan kesan buruk ? Dan membolehkann saham kita sebagai perempuan jatuh? Kalau setakat tabiat gigit kuku tue,takk la memberi kesan buruk kan? Nanti kuku mesti panjang balik. Betul takk? Hehe 

Ok ok takk nak buad korang bengang dan tertanya-tanya. Sebenarnya kan............. Alaaaaa,malu la nakk cakap. Hehe kalau kita cakap,jangan gelak takk. Menangis pun jangan. Hee Boleh takk bagi tips sikit macam mana nakk buang tabiat makan bersulamkan air? Tahu kan apa kesannya??? Perut jadi BUNCIT kot. Takk sanggup makk,nokk.

# Maaf,isi di perenggan terakhir :P

Sexy ke PERUT BUNCIT? 


Nota Siku : Nakk call bos tempat keje dulu. Doa-doakan ada kerja kosong yer. Byeee :)

Sunday 1 April 2012

Kuala Lumpur yawwww :D

Assalammualaikum reader ZS tersayang 

Takk payah nakk Kuala Lumpur sangat la kann. Mai nakk cerita sesuatu. Ok ceritanyaaa bermula (31/3/2012) ............... 

Bangun je pagi semangat harimau malaya dah sampai. Apakah? Petama,mungkin hari nie merupakan last payyyper. Kedua,mungkin Puncak Alam dah melambai-lambai. Hehe Takk takk tak baik menipu. Sebenarnya,semangat harimau datang apabila sedar yg kejap lagi akan berbau Puncak Alam. Itu yang sebenarnya :P

Last payperrr habis pukul 12. Tiket bus Inter-City (promote) pukul 12.30. Bayangkann 30 minit je masa yg ada untuk run ke Kangar untuk balik ke kampung halaman. Dengan beg yg banyak (memang motor ada bonettt !) Arghh lantakk la janji boleh balik. Last payyper tadi tak tahu nak comment macam mana sbb last paper tadi merupakan KILLER PAPER. Menangis juga la kann. Paham-paham la kan kalau dah nama KILLER payperr. 

Begitu bergini,bus Inter-city gerak pukul 1. Singgah kt Shabab Perdana (Alor Star) then singgah kt Sg. Dua ( Butterworth). Lepas tue perjalanan diteruskan tanpa berhenti. Semakin lama semakin jauh Arau ditinggalkan. Yahoooooooooo !

Opssss lupa nakk kenalkan seseorang yg menemaniku sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Jeng jeng jeng siapakah? Boifieee ke? Oh tidakk! Dia adalah ZAM. Ehem-ehem mesti korang ingat lelaki kann? No la. Nama betul dia Zammariyyah. Hehe yes yes 1 budak hitam tertipu. HAHA jangan marah. 

Perjalanan memakan masa 8 jam. Sepanjang 8 jam didalam bus tak la bosan sangat. Selain aktiviti wajib iaitu tidur. Dalam bus tue dia sediakan TV. Bestttt,dia bukan siaran Astro. Dah rasa dah sikit-sikit suasana rumah. Hehe kebetulan dia buka cerita DONUT. Penah tengok takk cerita tue? Alaaaa yg Norman Hakim jadi bapok tue. Sumpah,lawak. Hehe penat leher tengok TV,kita online la pula. Ada WIFI kot. Plug charge pn disedikan. Memang terbaikkan la bus dia. ( Inter-City tolong bagi saya 5 % sebab promotekan bus anda )

Opssss lupa nakk bagi tahu sesuatu lagi. Adoi,baru umur sweet 20 dah lupa. Semut-semut -,-

Kami juga tidak berdua,kami juga ditemani Incik BLH yg KACAK lagi HENSEM dan TAFF. HAHA Dia juga turut serta kami pulang ke kampung halaman. Malas nakk cakap. Incik BLH dan saya sebenarnya takk boleh dipisahkan. HAHA  eh eh tak la. Hehe sebenarnya cuti sem kan lama,sajee nak bawa BLH balik sekali. Boleh la merempit kt rumah nanti. Itu tujuan sebenarnyaa. Hehe

8 jam telah berlalu. Maka,sampai la kami ke destinasi yg dinanti-nantikan. Kuala Lumpur Yawwwwwwww ( Jalan Duta jee) Hehe Maka turunlah kami ( SAYA , ZAM & BLH ) di Jalan Duta. Bahagianyaaa :)

Call mama,dia tersekat dalam kesesakan jalan raya. Kolumpo la katakann. Zam , jom kitaa bergambarr :D

1

2

3



 Bersama Incik BLH yg Taff lagi Kacak lagi Hensem 

Muka bahagia gila kann. Senyum terlalu iklass. Almaklum laa,dah berdiri di kampung halaman la katakann. Gambar di ambil di depan SOHO KL.



# Maaf gambar kabur. Camera 2.0 MP je pun -,-



Mempersembahkan........... HAHA Datin Zam Mariyaa tersayang. Takk kalah,kau pun nak bergambar kan. TAPI aku pelik sikit la. Asal aku ambil gambar kau je mesti terang dan PERFECT. Kalau kau ambil gambar aku goyang la gelap la TAKK PERFECT la. Hehe jangan marah yer Datin Zam :P



ZAM SAYA dan BLH memang takk boleh dipisahkan. Bagi isi dengan kuku. Buktinya :

1. Pergi makan dekat RPA,mesti kami bertiga. Tapi, BLH takk makan la -,-
2. Pergi merempit ke Jitra / Alor Star mesti kami bertiga juga :)
3. Pergi ke Arau (C-Mart) pun kami bertiga ==,
4.
5.
6.

# Takk terlist la kot. Kami nie kaki berjalan kot. Jangan cakap la,jalan kt Perlis semua kami dah EXPERT. Peacepeace :P


Nota kaki : Nakk g main badminton. Byeee :)



Bahagian 4 Tamat

Assalammualaikum,Hyeee ZS kembali

Alhamdulillah pejam celik pejam celik tamat sudah bahagian 4 (PART). Macam takk percaya pun ada. Rasa macam baru je bahagian 1. Rasa macam baru je sampai Arau. Rasa macam baru je kenal member-member sekuliah. Tapi itu lah. Masa berjalan terlalu pantas sampai kita pun tak sedar. Sedar takk sedar 2 tahun dah jadi penghuni bumi Arau. Peperiksaan akhir untuk bahagian 4 baru je tamat semalam. Bahagian 5 dan 6 bakal menyusul kemudian. Sedarkah kita bahawa semakin lama semakin hampir kita dengan garisan penamat??

Kurang setahun lagi,lengkap lah pengajian saya di bumi Arau tercinta. Ok syuhadah,jangan terlalu excited. Still have 2 part to complete my diploma. Walaupun 2 bahagian je lagi,tapi ia tak semudah macam kita cakap "alaaa,2 bahagian je lagi" Fine ! 2 bahagian je lagi?? Wowww walaupun 2 bahagian je lagi,tapi ia merupakan KILLER PART untuk kami di fakulti kejuruteraan. 

Insyallah,everything gonna be okay. Semangat,usaha dan doa ibu bapa yg penting. Doakan yg terbaik untuk saya dan rakan-rakan seperjuang di Arau. 


Nota siku : Ok sesampai disini je dulu. Ada orang datang rumah. Heeee :D