Follower Cik Syuhadah

Tuesday 21 May 2013

Kelas di Jengka tamat.

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik, sebulan hidup di Jengka hampir berakhir. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Jengka BEST ! Serius. Orang kata takk kenal, maka takk cinta kan.Jengka tenang. Hiburan pun takk ada sangat. Sesuailah untuk tempat study kan. Makan sedap, tapi mahal sikit. Lauk ikan patin dia, memang terbaikkk lah ! 

Sepanjang dekat Jengka, asal sabtu ahad je mesti balik. Hihi dekat la katakan. Dulu masa dekat Perlis, nakk balik rumah cukup "bercinta". Jauh beb !  8 jam. Bila cuti panjang baru balik. Kalau takk, duduk jela Arau tue. RINDU ARAU !

Masih berbaki 3 hari sebelum final exam untuk tinggalkan Jengka. Dan aku di rumah sibuk tolong mak dengan persiapan abang nakk kawin Jumaat dan Sabtu nie di Perlis. SEDIH ! Sebab dapat tengok Along akad nikah je. Malam tue, aku terpaksa pulang ke Jengka balik. Ahad tue aku ada paper. Takk dapat tengok along bersanding. Sobs sobs sobs. Be positive Syuhadah. Fokus FINAL :)

Keadaan genting macam nie, terpaksa curik-curik masa untuk studyy. Kecian mak, banyak benda nakk settle. Almaklumlah, first time nakk dapat menantu. Tak apa, satu paper je pun. Huhu bekorban sikit untuk family kan,apa lah sangat. Aku okayy :)

Btw, GOODLUCK kengkawan yg akan menduduki final exam intersesi nanti. 



p/s : Lepas asar kejap lagi mulalah konvoi ke Perlis. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah along ! Macam takk percaya je along nakk kawin -.-'

Monday 20 May 2013

Girlfriend terbaik !

Assalammualaikum

7 tahun takk jumpa dan AKHIRNYA ! 

Perkenalan ditingkatan 1 kekal sampai sekarang. Alhamdulillah. Memasing dah busy dengan life memasing. Bella dekat UMP. Dilla dekat HKL. 

Ye, kami sangat RAPAT ! Rapat kami takk boleh cerita dekat sini. Kalau aku cerita, kantoi lah kami nakal time sekolah dulu. Haha rapat kami nie macam isi dengan kuku. Sweet tak ? Hihi pendek cerita, rapat kami nie kalau pergi toilet takk boleh pergi sorang atau dua orang, kena pergi tiga orang. Baru complete. Nampak tak macam mana rapat kami nie ? Aishh ! Takk boleh cerita lebih-lebih. Malu aku kalau anak-anak aku baca blog aku nanti. 

7 tahun terpisah, tapi kami tak pernah sekali pun terpisah. Sikit pun takk ! Hanya jarak yg memisahkan kita, girlfriend. 

Sabtu dan Ahad lepas aku pergi Kuantan. Pertemuan 2 hari takk cukup sebenarnya. Banyak kot  benda nakk cerita. 7 tahun punya cerita. 




BELLA makin sihat. DILLA makin bahagia. 

Takk tahu nakk start cerita macam mana. Sebab sepanjang jumpa dyorang, tak berhenti gelak kot. Release gila tension ! Lupa habis masalah. Thanksyouuuuu baby ! 

Memandangkan pertemuan kami amat singkat, masa yg ada perlu di hargai. So, kami decide utk sleepover di Kuantan. Makk ayah semua dah inform okayy. Kami dah jadi anakk yg baikk kot. Hihi tak percaya letuww. Hello, dah 21 kot ! :D

Terima kasih beb untuk hari tue. Terima kasih untuk Buger Bakar, Beserah. Woww box, Kuantan, Teluk Cempedak dan Terminal Kuantan. Tapi, Wowww Box paling aku takk akan lupa sampai mati. First time kena RUSH DENGAN POLIS. Haha 'semua beratur dan keluarkan i/c anda semua'  kata polis tue. Nasib baikk takk kena duduk menyangkung sambil tangan letak atas kepala. Haha dah la beratur depan sekali. Orang lain cuak, kita relaks tergelak-gelak sambil amek gambar. 

GENGSTERLOVE takk akan berpisah. 

Jumpa lagi beb ! Jaga diri, semoga berjaya. 

Sunday 19 May 2013

Selalu pesan pada HATI

Assalammualaikum

Pesan pada HATI,
Jangan terlalu mudah mempercayai,
Sehingga sesuatu itu benar terbukti.

Pesan pada HATI,
Berikan ruang untuk diri sendiri,
Supaya tidak lagi menjadi luka di hati.

Pesan pada HATI,
Biarlah ada sedikit curiga menguasai,
Sehingga ikatan itu menjadi sah suami isteri.



p/s : ingatan untuk kengkawan dan diri sendiri terutamanya :) 

Monday 13 May 2013

Kenapa kita susah nakk melupakan seseorang ?

Assalammualaikum

Sebelum aku start mengadap buku, tiba-tiba hati terdetik nakk update something. Ada benda aku nak share dengan korang. Er ini berkenaan HATI. 

p/s : Perempuan, sila baca ! Huhh ~

Lama juga aku cari jawapan untuk soalan nie sebenarnya. Sekarang aku dah jumpa. Jawapan yg aku jumpa nie hasil dari bacaan aku sendiri. Dan aku rasa, hm memang betul ! 

Kekadang tue aku terfikir juga , kenapa kita susah sangat nakk lupakan dia, padahal dia senang je pergi dari kita dan bersuka ria dekat luar sana. Yang kita nie ? Terkontang-kanting sensorang. Bila kawan-kawan tanya, " Eh kau okayy takk ? Nampak moody je " Then kita secara automatic akan menjawab " Eh aku okayy beb ! Happy je * fake smile *. Kita selalu cakap yg kita dah MOVE ON dan mengaku kita happy hidup macam nie. Hakikat sebenar ? 

Bila bercakap, tolong connect kan mulut dengan hati boleh tak ? Er itulah kelemahan perempuan. Mulut kata lain, hati kata lain. Move on sangat ke ? Happy ? Happy sangat ke ? Aku akui, kekadang aku takk connect kan mulut dengan hati pun. Hanya untuk sorokkan kelemahan tue. Tp, aku dah 21 beb ! Aku okayy. 

" Don't say "I'm okay being single" when the truth is you don't say something that you don't feel "

Sigh ~ 

Kenapa kita susah nakk melupakan seseorang ?

Kenapa ?

Sedar ke kita, sedang kita dilamun cinta dengan orang yg salah, tanpa kita sedar HATI kita dan terlalu jauh dengan ALLAH. Kita terlalu letakkan cinta kita pada dia di satu tahap yg paling TINGGI melebihi tahap cinta kita pada ALLAH. Banyakknya masa terbuang macam tue je. Kita jadi lalai, leka dan selalu berangan-angan. Ye, aku akui sekarang.

" Aku muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup "

Selalu aku bisik dalam hati nie. Kononnya nak sedapkan hati. Kekadang, aku kalah juga. Tapi, takk apa. AKU OKAYY BEB ! Lepas nie perlu mengatur langkah dengan teliti. Kena tanam dalam hati, JANGAN LETAKKAN CINTA MANUSIA MELEBIHI CINTA ALLAH. 

Lapangkan dada, terima semua dengan hati terbuka. InsyALLAH ~ 

Orang cakap, bila kita nakk tahu dia JODOH kita, bila kita dengan dia, HATI kita tergerakk nakk melakukan kebaikan. Eh ? o.O




p/s : Peringatan untuk kawan-kawan dan diri sendiri terutamanya. Peace V. Jom sambung studyy. Kbye


Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu, Pn. Hanim

Assalammualaikum

Perkara yg amat membahagiakan aku adalah bangun je tidur melihat wajah mak aku. Selalunya, bangun je tidur benda pertama aku akan cari mak aku then baru tanya ayah. Nampak tak betapa hebatnya MAK itu. "Wahai Nursyuhadah bt. Hamizi, bangun-bangun" Itulah ayat pertama yg aku dengar. Mak memang selalu kejut kami dengan memanggil nama anak-anaknya. Angah sayang mak 

Insan yg sedang tersenyum tue, makk aku. Perkara yg membuatkan aku bahagia adalah apabila melihat dia tersenyum. Bila cakap pasal mak nie, nakk berair je rasa mata nie. Terima kasih mak untuk segalanya. Sekarang mungkin angah tak mampu nak balas jasa makk ayah. Diploma pun baru habis. InsyALLAH, satu hari nanti mak. Semoga diberikan kesihatan yg baik dan dipanjangkan umur emak dan ayah. Angah sayang mak 


Emak,
Kau telah melihat aku tertawa.
Kau juga pernah melihat aku menangis.
Dan kau selalu ada di sana bersamaku.
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini.
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu.
Selamat Hari Ibu, Pn.Hanim 


Anakmu,
Nursyuhadah Bt. Hamizi.



Friday 10 May 2013

Diploma tamat ♥

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Syukur. *Terus capai HP, call mak ayah* 

Me : Salam makk. Buad apa tue ?
Mak : Wsalam, dalam kereta dengan ayah kau nie. Nakk pergi Jakel, cari kain.
Me : Mak, result dah keluar. Alhamdulillah, lulus semua and unexpected results. *termenagis*
Mak : Tahniah. Pointer berapa ?
Me : Hehe dapat ***** (rahsia peribadi)
Mak : Tahniah angah ! Ayah kt sebelah nie pun cakap tahniah dekat angah.
Me : Macam takkk percaya je *menagis makin lebat*
Makk : Diploma dah habis. Lepas nie fokus dekat degree pula ye.
Me : Baikk mak. *kesat air mata*

Selesai je tengok result, otakk nie dah takk ingat apa-apa dan siapa-siapa kecuali 2 manusia nie HAMIZI dan HANIM , beliau ialah mak dan ayah aku. Happy tue ALLAH je tahu macam mana. Sebenarnya, aku antara yg paling lewat tengok result. Sepatutnya, malam 8hb tue dah boleh tengok dekat email. Malangnya ! disebabkan aku terlupa buad suFO. Maka dengan itu, result aku takk keluar dan takk boleh tengok. Bagusssss syuhadah, bagusss ! Kekawan semua dah jerit-jerit happy-happy. Aku ? Adoi ~ Takk tidur aku dibuatnya. Esoknya pukul 9.00 pagi baru aku buka UiTM student portal then baru tengok result. Hambar ~

Aku pun malas nakk berceloteh banyak sangat. Yela, baru diploma kan ? Weyy, jaga sikit mulut ! Separuh mati juga aku nakk settlekan diploma civil nie. Teringat masa semester 3, aku hampir give up juga lah. Call makk dekat rumah menagis-menagis cakap nakk berhenti belajar. Takk ke kecewa makk aku masa tue kan ? Mohon ampun mak. Alhamdulillah, sekarang semua dah berakhir. 

Apa-apa pun, terima kasih makk sudi menjadi pendengar setia segala keluhan belajar. Terima kasih ayah sebab sudi jadi bank angah tiap kali duit kering hujung2 sem. Hihi teringat kata-kata mak. Makan banyak tapi balikk rumah tulang juga mak tengok kau. Sentap ! Haha terima kasih lecturer-lecturer yg banyak bagi tunjuk ajar. Maaf kalau ada terkasar bahasa tertuang kelas. Hihi maaf2 ! Untuk kawan-kawan, terima kasih banyak-banyak. Kenangan diploma di Arau akan ku simpan sampai bila-bila. InsyALLAH :)

Sebenarnya, aku masih ada 2 minggu lagi intersesi dekat Jengka. Harap-harap, semuanya berjalan dengan lancar. Goodluck kawan-kawan ! Amin ~InsyAllah, tak ada aral-melintang jumpa time konvo nanti. Rindu gila dengan korang weyyyy ! Sumpah rindu gila ! Rindu nakk makan sesama sambil tengok runningman. Rindu nak bangun mamai-mamai sama-sama solat subuh. Rindu nakk stay-up tengah-tengah malam buad kerja bebanyak. Rindu nakk duduk dalam gelap bila takk turun pergi join aktiviti kolej. Jahatnya aku ! Haha




p/s : Sekarang fokus dekat diri sendiri sahaja. Abaikan benda takk penting. PEACE 


Sebab politik, tangan dihulur tidak dibalas.

Assalammualaikum, hi

Kalender 2013 selamat menunjukkan hari nie, 11 Mei 2013. Maksudnya, aku dah ketinggalan 6 hari untuk update cerita pasal PRU nie. Kira aku ketinggalan zaman la nie ? Hehe tak kisah la ketinggalan zaman ke apa. Tapi aku tahu, bahang-bahang PRU masih ada "sikit" lagi dekat laman-laman sesawang nie. So aku pun teruskan lah nawaitu aku untuk buad entri pasal nie. 

Sebenarnya aku bukan power sangat bab-bab politik nie. Dan takk berminat sangat nakk cerita pasal politik. Cukuplah untuk amekk tahu kan. Kalau takk nakk amek tahu, better korang beli tiket balik Bangla *eh eh bangla* hihi. Almaklumlah, umur aku pun baru setahun jagung. Orang baru nakk up kan *tangan ke dada, mata ke atas*. Niat nakk ganti tempat Nurul Izzah Anwar/Datuk Seri Shahrizat 10 tahun lagi tue ada la juga dalam hati kan. Hihi 

Tujuan sebenar jari jemari aku berjoget taip entri nie bukan nakk cerita panjang lebar pasal politik nie. Buang masa ! Aku nakk share something tentang PERASAAN aku. SEDIH ! Korang ingat putus cinta je ke sedih ? PRU nie pun bikin hati gua sedih tau. Hoi bukan sebab tempat aku (Puncak Alam) pembangkang pegang lagi dan bukan juga sebab kampung aku (Tampin) kerajaan pegang juga eh. TAKK ADA KAITAN. Aku cuma nakk luahkan perasaan sedih aku "sebab politik, tangan dihulur tidak dibalas" Apakah ? 

Korang dapat bayangkan takk. 2 sahabat, Ali dan Abu (aku main petik je nama) nie kawan baik gila-gila. Macam jari kelingking Ali bergabung dengan jari kelingking Abu. Nampak takk rapat dia. Takk nampak lagi? Orang cakap makan depan-depan, tidur katil atas-bawah, mandi pun toilet sebelah-sebelah. Nasib baik berus gigi asing-asing. Hihi Rapat gila la kan ? Hm yg  takk best didengarnya. Bila PRU muncul, Ali dan Abu nie rupanya menyokong berbeza PARTI. Memang berbeza gila la. Bapak si Ali orang kuat tettttt. Bapak si Abu nie orang kuat tutttttt. Sobs sobs sobs dan mulai hari itu, terus dyorang takk rapat.Ramai juga kawan-kawan kolej dyorang yg perasan. Tapi semua buad relaks je.

Ada 1 hari nie memang terang jelass dan nyata nampak ketidak-baik-kan si Ali dengan Abu nie. Okay tengah Ali makan dengan geng-geng baru dia, tiba-tiba Abu dengan geng-geng baru dia pun datang nakk makan dekat situ juga. Kebetulan Abu N the geng lalu la sebelah table Ali N the geng. Maka bersalam la geng-geng ituuuuu. Malangnya bila Abu hulur tangan dekat Ali untuk bersalam, Ali takk pandang lansung wajah si Abu apatah lagi menghulur tangan untuk bersalam dengan Abu. Yg lain hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa.  

Cerita nie takk jadi depan mata aku pun. Sebab aku tahu, kawan-kawan aku cukup matang dan pandai nakk beza kan antara politik dan friendship. Sedih la kan, dah kawan lama tiba-tiba pasal politik nie terus takk bertegur siapa. Pasal politik je kot. Bukan sebab si Abu tue rampas bini si Ali. Aish ya Allah, macam-macam. Ada juga macam tue kan ? Kita nie jangan lah terlalu taksub sangat dengan parti yg kita sokong. Bagi aku, cukuplah hanya MENGAMBIL TAHU. Allahu alam bissawab ~ Kita dah besar, pandai-pandai la fikir mana baik mana buruk. 

Kan baiknya kalau PAS dan BN bergabung. Negara maju Islam ditegakkan. Pendapat korang ? 



Sekian.