Follower Cik Syuhadah

Wednesday 1 January 2014

Kejapnya masa berlalu

Assalammualaikum

* ENTRI TANPA GAMBAR*


Hari yg berbaki 10 hari sebelum lapor diri, aku manfaatkan untuk bercerita dalam blog je. Mudah ! Lepas nie memang takk dapat nak bersenang lenang mengadap lappy sambil goyang-goyang kaki -- update blog. 

Tahun baru 2014 takk banyak yg di azam kan. Okayy, tutup mata -- tarik nafass dalam-dalam -- lepassss ! Cukup azam disemat dalam kepala. 

Sesungguhnya, permulaan 2014 yg kurang baik. Apabila kucing kesayangan kami satu family mati. Baru aku tahu macam mana sedihnya bila sesuatu yg kita sayang, mati tinggalkan kita. Dulu aku bukan-penggemar-kucing. Terpaling bukan-penggemar-kucing. Bila dengar kawan-kawan cerita, "........kucing akuu mati, sedihh gila. 3 hari 3 malam aku menagis teringatkan dia...." teruss aku GELAK BESAR. Lepas tue cakap, "......hekelehhhhh, kucing mati je kot. Itu pun nagis....." Sekarang, padanlah muka aku. Memang padanlah muka aku !

Bukan sekor mati, tapi dua ekor. Nagissss dia, macam orang yg mati. Meraung dia, sampai jiran sebelah pun keluar rumah. Buad apa nak malu. Perasaan cintakan binatang nie, takk semua orang ALLAH kurniakan.

BINATANG, TEMPATNYA MEMANG SYURGA.

Itu kita kena akui. 

Matinya KIKI & LALA, betul-betul buad aku terasa kejapnya masa berlari pecut. Semalam rasanya, dua ekor tue baru bergusti dekat halaman rumah. Tapi, hari nie dua ekor dah tak ada. Hilang seri rumah.

HILANG ! 

Tadi tengah adik aku sibuk buad persiapan untuk ke sekolah, saje aku belekkkk kalender baru 2014. Sedar tak sedar, 10 hari lagi aku akan menamatkan zaman tanam anggur + zaman enjoy + zaman bangun lewat + zaman makanan terhidang depan mata + zaman relaks-relaks chill-chil. TAMMAT SEMUANYA. 

Lepas nie bakal mengadap zaman bangun pagi-pagi + zaman yg penuh komitmen + zaman yg penuh disiplin + zaman yg mencabar + zaman yg kena berdikari SENDIRI + + + + dan sebagainya. Syuhadah, POSITIF sikit boleh tak ? OKAYY !

Aku memang tak berpeluang mengeluh depan family. Sebab kalau aku mengeluh depan dyorang, confirm aku berpeluh-peluh dengar dyorang toktektoktek. Kalau aku mengadu dekat Amie, mesti ayat dia "......alaaa sikit punya hal la....." Tahu sangat dah.

Hari yg berbaki 10 hari nie, aku akan manfaatkan sebaiknya. 

PART1 - DONE (28/12/2013)
PART 2 - Save the date -- 11/1/2014
:) 



p/s : apakah ????? 

Wednesday 25 December 2013

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79

Assalammualaikum

Setelah sekian lama menghilangkan diri, akhirnya muncul juga ! Kahkahkah mood berblog baru sampai. Gini lah gayanya, nakk update ikut mood. Zaman study dekat Arau pun macam tue. Nakk study kena ikut mood. Masalah ikut takk ikut mood nie, akhirnya tamat juga pengajian selama 3 tahun sebagai student Diploma Kejuruteraan Awam di bumi Arau,Perlis yg penuh kenangan. Wuwuwuwuw RINDU ARAU, serius ! :)

Takk nak merepak banyak sangat. Sebab benda pun dah sebulan lebih berlansung. Ini baru nakk update. Apa punya pemalas la Syuhadah nie. Ihikhikhik 

Berbalik kepada post title diatas, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79 yg berlansung pada 14/9/2013, Alhamduulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. MOMENT YG PALING MANIS PERNAH AKU ALAMI. Saat-saat mc mengumumkan graduan masuk dalam dewan, kelihatan mak dan ayah para graduan mencari anak beliau. Lalu aku terlihat dua wajah, emak dan ayah aku melambai sambil tersenyum. Ya ALLAH, terharu lalu mengalir air mata. Cepat-cepat aku pandang tempat lain. Malu kalau-kalau mak ayah nampak kita nagis. Wuwuwuw

Dalam hati aku berkata, MAK AYAH INI UNTUK MU :')

Walaupun tak mampu menyarung selimpang, tapi untuk sampai ke tahap ini "grad on time" aku sangat bersyukur. 3 tahun berhempas pulas, akhirnya berbaloi juga. Teringat, masa SEM1 masuk berat aku 48kg. Kira bmi time tue, TIPTOP lah normal. Habis PART6 timbang berat, tinggal 42kg je. Terus underweight. Sobs sobs sobs balik rumah, mak ayah adik beradik panggil aku KEREMPENG dan sekarang aku tengah makan ubat vitamin untuk tambah berat badan. Lol

Nampak gaya, macam merasa sekali je konvo. Huhuhu nakk sambung degree, tapi syukur dapat tawaran kerja. Alhamdulillah, takk merasa menganggur bertahun-tahun macam siswazah kat luar sana. Itulah namanya rezeki masing-masing ALLAH dah tentukan. Selalu pegang ayat nie "REZEKI ITU ADA, CUMA CEPAT DAN LAMBAT SAHAJA". Terus berdoa dan bersangka baik, INSYALLAH semua ALLAH akan mudahkan.

Cerita pasal dapat tawaran kerja nie, nanti aku buad satu entri. Hehe ada cerita di sebalik tawaran kerja nie tau. Hey korang, kerja biasa-biasa je. Nanti aku cerita. Eh? :) Jom layan gambar konvo dulu






Terima kasih MAK, terima kasih AYAH. Tanpa mak ayah, tak mampu badan ini menyarung jubah biru bertopi senget di kepala. Terima kasih ayah, sudi jadi bank angah selama 3 tahun. Terima kasih mak, sudi dengan segala masalah angah. Sungguh, jarak PERLIS-SELANGOR itu sangat perit. 12 jam dalam train, 8 jam dalam bus. Hanya ALLAH mampu membalas SYURGA buad mak dan ayah. INSYALLAH 

Saat-saat nama diumum naik keatas pentas, hanya untuk membuad mak dan ayah bangga. Walaupun HANYA diploma. Semoga ALLAH memberi umur yg panjang,kesihatan yg baik buad mak dan ayah untuk melihat kejayaan angah dan adik beradik yg lain. 

ANGAH SAYANG MAK AYAH :*

Terima kasih tak terhingga kepada Makcik Yati dan Pakcik Azmi sekeluarga yg banyak membantu kami di Perlis. Dari segala aspek baik pengangkutan,penginapan, makanan dan sebagainya. Terima kasih ye. Hehehe Makcik Yati dan Pakcik Azmi nie pun bukan sesiapa lagi, BESAN mak dan ayah aku juga. Syukur ada sedara dekat sana :)

K cukup lah kot.


P/s : Sedang menghitung 2 hari penting. Semoga ALLAH memudahkan urusan aku. Ameen

Tuesday 21 May 2013

Kelas di Jengka tamat.

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik, sebulan hidup di Jengka hampir berakhir. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Jengka BEST ! Serius. Orang kata takk kenal, maka takk cinta kan.Jengka tenang. Hiburan pun takk ada sangat. Sesuailah untuk tempat study kan. Makan sedap, tapi mahal sikit. Lauk ikan patin dia, memang terbaikkk lah ! 

Sepanjang dekat Jengka, asal sabtu ahad je mesti balik. Hihi dekat la katakan. Dulu masa dekat Perlis, nakk balik rumah cukup "bercinta". Jauh beb !  8 jam. Bila cuti panjang baru balik. Kalau takk, duduk jela Arau tue. RINDU ARAU !

Masih berbaki 3 hari sebelum final exam untuk tinggalkan Jengka. Dan aku di rumah sibuk tolong mak dengan persiapan abang nakk kawin Jumaat dan Sabtu nie di Perlis. SEDIH ! Sebab dapat tengok Along akad nikah je. Malam tue, aku terpaksa pulang ke Jengka balik. Ahad tue aku ada paper. Takk dapat tengok along bersanding. Sobs sobs sobs. Be positive Syuhadah. Fokus FINAL :)

Keadaan genting macam nie, terpaksa curik-curik masa untuk studyy. Kecian mak, banyak benda nakk settle. Almaklumlah, first time nakk dapat menantu. Tak apa, satu paper je pun. Huhu bekorban sikit untuk family kan,apa lah sangat. Aku okayy :)

Btw, GOODLUCK kengkawan yg akan menduduki final exam intersesi nanti. 



p/s : Lepas asar kejap lagi mulalah konvoi ke Perlis. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah along ! Macam takk percaya je along nakk kawin -.-'

Monday 20 May 2013

Girlfriend terbaik !

Assalammualaikum

7 tahun takk jumpa dan AKHIRNYA ! 

Perkenalan ditingkatan 1 kekal sampai sekarang. Alhamdulillah. Memasing dah busy dengan life memasing. Bella dekat UMP. Dilla dekat HKL. 

Ye, kami sangat RAPAT ! Rapat kami takk boleh cerita dekat sini. Kalau aku cerita, kantoi lah kami nakal time sekolah dulu. Haha rapat kami nie macam isi dengan kuku. Sweet tak ? Hihi pendek cerita, rapat kami nie kalau pergi toilet takk boleh pergi sorang atau dua orang, kena pergi tiga orang. Baru complete. Nampak tak macam mana rapat kami nie ? Aishh ! Takk boleh cerita lebih-lebih. Malu aku kalau anak-anak aku baca blog aku nanti. 

7 tahun terpisah, tapi kami tak pernah sekali pun terpisah. Sikit pun takk ! Hanya jarak yg memisahkan kita, girlfriend. 

Sabtu dan Ahad lepas aku pergi Kuantan. Pertemuan 2 hari takk cukup sebenarnya. Banyak kot  benda nakk cerita. 7 tahun punya cerita. 




BELLA makin sihat. DILLA makin bahagia. 

Takk tahu nakk start cerita macam mana. Sebab sepanjang jumpa dyorang, tak berhenti gelak kot. Release gila tension ! Lupa habis masalah. Thanksyouuuuu baby ! 

Memandangkan pertemuan kami amat singkat, masa yg ada perlu di hargai. So, kami decide utk sleepover di Kuantan. Makk ayah semua dah inform okayy. Kami dah jadi anakk yg baikk kot. Hihi tak percaya letuww. Hello, dah 21 kot ! :D

Terima kasih beb untuk hari tue. Terima kasih untuk Buger Bakar, Beserah. Woww box, Kuantan, Teluk Cempedak dan Terminal Kuantan. Tapi, Wowww Box paling aku takk akan lupa sampai mati. First time kena RUSH DENGAN POLIS. Haha 'semua beratur dan keluarkan i/c anda semua'  kata polis tue. Nasib baikk takk kena duduk menyangkung sambil tangan letak atas kepala. Haha dah la beratur depan sekali. Orang lain cuak, kita relaks tergelak-gelak sambil amek gambar. 

GENGSTERLOVE takk akan berpisah. 

Jumpa lagi beb ! Jaga diri, semoga berjaya. 

Sunday 19 May 2013

Selalu pesan pada HATI

Assalammualaikum

Pesan pada HATI,
Jangan terlalu mudah mempercayai,
Sehingga sesuatu itu benar terbukti.

Pesan pada HATI,
Berikan ruang untuk diri sendiri,
Supaya tidak lagi menjadi luka di hati.

Pesan pada HATI,
Biarlah ada sedikit curiga menguasai,
Sehingga ikatan itu menjadi sah suami isteri.



p/s : ingatan untuk kengkawan dan diri sendiri terutamanya :)