Follower Cik Syuhadah

Thursday 31 May 2012

Cerita 2 Tahun Lalu :D

Assalamualaikum

Jam menunjukkan 0.44 A.M Woww lewatnya update blog. Kenapa macam berkobar-kobar semacam je nie nak update blog. Hehe ceritanya sebab idea tengah melimpah-limpah bagai keladang gandum. Mata pula tak ngantuk kan. Mana taknya,bahan tidur petang tadi. Hoho Tak tahu kenapa mata meronta-ronta minta ditutup (eh boleh pula macam tue kan) Whatever -.-

Mukadimah di perenggan satu OUT !

Cerita sebenarnya nk cerita (pengulangan perkataan yg sama dalam 1 ayat. FAIL -..- ) memori 2 tahun lepas. (Takk ada la lama sangat kan, bajet-bajet je) Saje la nak share pengalaman-pengalaman dapat U dulu. APAKAH?Tadi masa online FB,banyak betul tengok status adik-adik (ke?) duk update pasal ke'EXCITED'an meraka untuk sambung belajar ke MENARA GADING. Mesti tak sabar kan mereka-meraka. Ada yg menghitung hari-hari indah. Ouh,indah ke alam universiti nie?? Rasa la sendiri yer bila esaimen yg banyak ditambah hari-hari test semakin dekat dengan banyak topik tak cover lagi. Masa tue,rasa nakk nak REDHO je. Tapi bila terpandang gambar mak ayah dibucu meja study,TAK SAMPAI HATI -.-  Study la walaupun terpaksa. 

Berbalik kepada cerita 2 tahun lepas dimana usia pada masa itu masih belasan tahun, 18. Pendek cerita masa tue baru lepas SPM duk sibuk tunggu tawaran belajar. Tunggu punya tunggu hari yg ditunggu tiba (berapa banyak tunggu dah,FAIL lagi). Hari apa? HARI RESULT UPU KELUAR. Masa tue kami sekeluarga pergi JUSCO BUKIT RAJA. Kebetulan along pula cuti,I pula masa tue last bkerja then gaji berkepok-kepok. Aim utama dapat gaji memang nak belanja FAMILY pn. Ouh baiknyaa. HAHA

Tepat jam 10.00 A.M  syu pun cek guna HP mak. Taip NO I/C then hantar kt no apa tah,tak ingat. 1 jam 2 jam 3 jam. Aik still tak ada lagi feedback. Okay,now try guna HP sendiri. Masih menanti dan terus menanti. Betul la orang kata,PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN. Masih tiada jawapan. Patutkah aku berhenti berharap,bisik hatiku (berdialog dalaman pula,A+ BM). Hoho Aish nak berjalan,makan McD tengok wayang pun tak ada mood. Senyap je masa tue. Dalam kepala hotak,kalau tak dapat la mana-mana U,kecewa la mak ayah. HANCUR MUSNAH !Along,pinjam HP. Try cek kt HP along pula. OKAY -.- seperti yg disangka,masih tiada jawapan. GIVE UP !

Masa dalam wayang (cerita HOOPERZ kot kalau tak silap) dapat mesej member 1 dorm 1 kelas,Puteri. Mesejnya berbunyi "Ada,kau dapat u tak? Aku ngn pina DAPAT u" then i reply,tak dapat feedback lagi -.-  

Habis wayang duk jalan-jalan dapat pula call dari Zam,member 1 dorm study sama-sama stay up tengah-tengah malam sama-sama. Dia pun dapat u. Okay,tinggal I sorang je tak tahu lagi. Tiba-tiba rasa macam tak adil sebab I,ZAM,PUT dan PINA sama-sama study stay up sama-sama. Result SPM pun lebih kurang je. Dalam kepala hotak nie lagi berkata,PERGI JELA MATRIKULASI GOPENG,PERAK. Habis cerita! Malas nak fikir-fikir -.-

Sampai je rumah,MUKA MASAM MENCUKA. Motif utama : KECEWA TAHAP GABAN. Clash ngn pakwe pun tak sefrust mcm nie. Whatever -..-'

Tiba-tiba HP mak bunyi mesej. Disebabkan HP tue jauh dari mak,so tolong la ambilkan then baca isi kandungan mesej itu. Baru baca "TAHNIAH. ANAK ANDA............" Terus mak rampas HP tue. Then continue baca mesej tue. HAPPYNYA TENGOK MAK TERSENYUM. Alhamdulillah,dapat juga tempatkan diri ini di UNIVERSITI,UiTM. Masa tue tak excited sangat. Sebab dah malam baru tahu.  Kawan-kawan lain siang-siang dah tahu. Dalam hati nie berkata "nie mesti nama dalam list bawah-bawah sekali. Tue yg lambat -..-'" #SYUKUR

Terus mak call ayah (ayah kerja masa tue) bagitahu pasal tue. Ayah just wish TAHNIAH jela. Hoho okay,tak payah g matrik. Yes yes yes ! #Saje gatal apply dulu. Hehe esoknya PAKCU call tanya macam-macam. Tak tahu kenapa pakcu excited nak tolong cek kan. Bagi jela No I/C bagai. 5 minit lepas tue pakcu call mak bagtahu something. Apahal muka mak lain macam je nie -.-' Lepas tue terus tanya kenapa-kenapa-kenapa?

Mak suruh teka dapat U mana. First,teka dapat kt PAHANG. Mak cakap salah. Then teka lagi kt MELAKA. Salah lagi. Terus meneka kt JOHOR. Salah-salah dan salah. Mak terus cakap dapat kt ARAU,PERLIS. Ha???? Biar betul? Tak nak pergi! Tak nak pergi ! Jauh sangat tueee ! Tak nak ! (Tiba-tiba) orang nak g GOPENG,PERAK la. Dekat sikit -.-'

Esoknya bincang-bincang la ngn mak dan ayah. Then mak ayah suruh call Makteh. Mungkin makteh lebih tahu sebab makteh pensyarah kt Matrikulasi Londang,Melaka. Finally,makteh suruh pergi ARAU,PERLIS. Sebab course yg ditawarkan tue kira sambungan dari course masa FORM4 FORM 5 masa kt TEKNIK SELANGOR,SUNGAI BULOH,AWAM. Course yg dapat pun DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING. Okay,pergi jela -.-

# Esoknya call kawan-kawan tanya dyorang dapat mana. Bila survey punya survay,rupanya ramai je member-member 1 sekolah 1 kelas dapat kt Arau. Apa lagi,HAPPY gila la ada geng kat sana. Dalam 10 orang juga la kan. PUTERI,PINA dan ZAM pun dapat ARAU. Caya la ! Tak sangka kot. Lain-lain FARAH AIN,RAFIKAH,JULIANA,MIRAHANUM,dan ARTIKAH. Best gila la !! Rasa macam kt sekolah teknik juga. Hoho 

Segala persiapan dibuat. Dari MEDICAL CHECK-UP,buka AKAUN BANK ISLAM,beli barang-barang dan sebagainya. Okay,SEMUANYA SETTLE :D

26/6/2010 - Hari pendaftaran Di UiTM Kampus Arau,Perlis. Maka,bermula lah kehidupanku sebagai mahasiswa selama 3 tahun sebagai pelajar FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM. 



Nota Siku : Untuk adik-adik yg bakal menjejakkan kaki di MENARA GADING,TAHNIAH akak ucapkan yer. Alhamdulillah,tak sia-sia usaha adik tak tidur malam,stay-up struggle untuk SPM,solat hajat tengah malam,berdoa dan mak ayah pun tak putus-putus doakan adik-adik. Akhirnya,Allah makbulkan doa dan impian adik. Ingat,life dekat universiti tak sama dengan life dekat sekolah/asrama. Kat sana baru kita kenal erti hidup. Bagi yg tak biasa duduk asrama,ia mungkin agak sukar untuk biasakan diri. Tapi lama-lama okay la. Kena PANDAI PILIH KAWAN. Solat jangan lupa bila jauh dengan FAMILY. 

Takk sabarnya takk habis DIPLOMA. Insyallah nakk sambung DEGREE pula. AMIN :)) cita-cita kena tinggi.


Berjimba Dikampung Halaman ♥

Assalamualaikum Reader ZS.

Cayalah ! Entri ke-4 untuk hari ini. HEBAT ! 

Baru-baru nie baru balik kampung. Almaklum la,adik-adik pun cuti sekolah kan. Balik la kampung apa lagi. Ala tak jauh mana pun kat MELAKA je pun. TAPI malangnya takk lama,3 hari je. Hoho nakk buad macam mana,AYAH KERJA. Sob...sobs...sobs...

So,sampai je rumah nenek,sempat lagi kami bergambar sebelum ke PASAR MALAM. Hoho

# 1

# 2

# 3

# 4
Kat pasar malam,sumpah banyak gila benda yg dibeli. Macam tak pernah g pasar malam.  Padahal,kat Puncak Alam ada je pasar malam. Beli ayam gorang la,putuh buluh la,bubur ayam la,tau foo fa (wajib,nenek suka) aish macam-macam la. Balik terus belasah makanan-makanan pasar malam. 

Alamak 3 hari je pun kat kampung apa je yg boleh buad kan. So,keesokkan harinya pergi rumah ATUK SEBELAH AYAH. Dekat je tak sampai 10 minit dah sampai rumah yg kami tidur(rumah NENEK SEBELAH MAK) Untung la kan KAWIN SATU KAMPUNG. Tak payah susah-susah pening-pening kepala nak balik mana dulu. Hikhok 

Masa kat rumah Atuk,ada je gambar yg kami ambil. Tapi,tak boleh dipamerkan kt sini. Bak kata Amir I'm Sorry (eh macam mana si amireka punya nama boleh ada kt blog i,hokalohh !) Hoho 

Sebenarnya,kampung belah ayah best tau. Ada pula adik beradik ayah 8 orang. DULU SERONOK SANGAT. TAPI SEKARANG TIDAK LAGI -.- Kenapa? Tak tahu. Naib ada kolam ikan kt sebelah rumah Atok. Baru la meriah-meriah sikit. Kalau bosan-bosan kan,boleh la lepak2 kt kolam. Lagi pun,pemilik kolam tue sedara-sedara ayah je. Aish rugi pula tak ambil gambar kolam tue. Kolam tue sangat bersih tau. Almaklum la baru buka. Hm actly tak la baru sangat. Dah lama la juga,tapi yg before nie tak diusahakan sangat oleh Tuan Kolam tue. Bila dah tukar pemilik,baru la kolam tue hidup balik. Nama kolam ikan tue "SRI TANJUNG" - Kampung Tanjung Rimau,Alor Gajah Melaka.

Hehe bukan kampung sebelah mak tak syokk ! Syok la juga kan sebab adik beradik mak 2 orang je, mak dan paklong. Paklong lepas pencen TENTERA DARAT dia pindah balik kampung. So,dekat-dekat jela. Adik beradik ramai pun BEST,tak ramai pun BEST. Hikhok :)


Nota Siku : Baju kami memang recyle. Almaklum la,kakak dengan adik sesaiz je -..-'



Monday 28 May 2012

Kerja Yang Paling Awesome!

Assalamualaikum Reader ZS 

Sekarang kita berada didalam segmen Blog Marathon lagi. 

Berbalik kepada tajuk entri di atas "Kerja Yang Paling Awesome!" Ouh sangat dan teramat la AWESOME bekerja dikedai itu. Hoho Apa yg Awesome sangat tue? Okay,macam nie ceritanya..............

Dari Arau dah merancang nak kerja cuti sem kali ini. Bukan tak ada duit ke apa,cuma saja nak habiskan cuti 2 bulan lebih nie dengan bekerja. Dapat la duit sikit kan dari duduk rumah je. Duit yg dapat tue boleh la back-up kt Arau nanti. Ye takk? 

4 hari duduk kat rumah,dah takk senang duduk. Maka,syuhadah ajak la adik lelaki (alang) pergi kt Econsave,Alam Jaya nakk cari kerja Part Time. Cari punya cari dapat la 1 number nie,KEDAI BUKU. Call punya call,terus orang tue PN. A suruh datang esok,pukul 10 pagi. Punya la happy kan,terusssss dapat kerja. Takk payah bersusah payah sangat. 

Esoknya,pukul 10 pagi punya la excited nak g kerja. Malangnya,sampai-sampai PN. A takk ada. 30 minit juga la duduk terpenyekkkk kt depan kedai tue dah la pekerja kt kedai tue yg MOK-MOK buad BODOH je kat kita. Hampeh ! Okay,buad relaksssss !

Jam dah pkul 10.45 pagi,tapi PN. A masih takk terpacul. Syuhadah pn terus la call sebab tak nakk duduk terpenyek-penyek kt depan KEDAI yg AWESOME tue! Bila call,boleh si PN. A tue cakap "LUPA! Then,dia pn dah berada jauh dari Puncak Alam". Dia suruh bagi HP kt MOK-MOK  Apa yg di cakap syuhadah pn tak tahu sebab time tue memang tengah BENGANG. 

Lepass je MOK-MOK tue endcall dengan PN.A,terus MOK-MOK tue ajar syuhadah itu ini. Contohnya opening,ajar guna mesin scan buku,ajar susun buku,ajar nak key-in data buku,closing dan sebangainyaa. Bila MOK-MOK tue dah ajar segala bagai tue,maksudnya syuhadah dah DAPAT KERJA la kann?

Esoknya datang kerja syuhadah telah diuji. Apakah? PN. A tue bawa syuhadah g stor buku,suruh kemass/susun buku. Dengar MACAM SENANG kan? Tapi???? Sangat lah dan teramat penat! Dengan STORnya yg sangat BERSEPAH ! Rasanya kerja angkat-mengangkat buku berat,panjat-memanjat rak-rak buku itu kerja orang-orang lelaki. Mana takk nya,buku-bukunya bukan buku yg nipis-nipis. Bapak segala tebalnyaaaaa. Dengan novel-novel,kamus-kamus,buku motivasi macam-macam la. 

Syuhadah buad kerja lelaki tue dari pukul 10pagi-6petang. 8 jammmmm? Hanya berbekalkan air mineral sebotol kecik je. Dah la stor tue jauh dari kedai-kedai lain. Memang seram. Boleh dia cakap,nak g makan pergi la. Gila ! Dah la kedai jauh,syuhadah pn tak mahir lagi kt area situ. Almaklum la kan,baru 2 hari kerja kot. 

Bayangkan lah,lepas pukul 6 tue,sambng kerja kt KEDAI BUKU tue semula sampai pukul 10malam. Badan jangan cakap,rasa LENGUH-LENGUH je -.- Balik je terus terasa SAKIT-SAKIT gila. Bukan manja okay ! Tapi ternyata kerja bodoh itu hanya sesuai untuk lelaki sahaja ! Cerita kat mak ayah,MARAH gila kot. Suruh berhenti pun ada.

Esoknya menjalani hari-hari bekerja seperti biasa dengan harapan tak akan buad lagi KERJA BODOH tue. HAHA hari semakin hari,syuhadah semakin mahir dengan mesin-mesin kt kedai tue. Maka,shif bekerja pun bermula. Ikut jadual,syuhadah masuk kerja pukul 5 petang. Wowwww dengar macam best je kan masuk lewat pukul 5petang TAPI ada je call yg dapat dari PN. A suruh datang kerja awal pukul 2 petang. Dalam hati,mesti kena pergi kt STOR GILA tue.

Ternyata tekaan syuhadah tepat sekali ! Arghhhhh apa lagi nie oiii -..- Macam biasa la kan,kemas mengemas yg tiada penghujungnya. Almaklum lah,BOOK FAIR kt PWTC takk lama lagi. So,dengan pekerjanya takk ada terpaksa la syuhadah yg buad. Dalam hati berdoa,cepat la habis kerja-kerja ni !

Hari berlalu dan terus berlalu. Syuhadah teruslah berbakti pada KEDAI YG AWESOME nie  yg buka setiap hari. Nakk cuti,boleh minta je. So,syuhadah selalu  la minta setiap hari ahad/sabtu. Sebab time tue je ayah syuhadah cuti,boleh la jalan-jalan kan. Tapi,boleh pula MOK-MOK tue cakap kias-kias kt syuhadah "......sabtu/ahad ramai la orang. MOK-MOK penat la. Kalau boleh,adda cuti la antara hari Isnin-Jumaat" Eh dalam hati,SORRY LA MOK-MOK ! Ikut suka hati I la nak cuti bila. HAHA kejam kan. Lagipun,nak cuti hari apa tak termaktub dalam undang-undang KEDAI AWESOME tue. So? Ikut suka hati la -.-

Hari yg indah terus berlalu tanpa berhenti. Kerja kt kedai tue takk la bosan sangat sebab kedai-kedai kt sebelah tue,pekerjanya sangat la BEST. Seriusly ! Mereka sangat-sangat la FRIENDLY. Selalu la datang lepak-lepak kt kedai buku syuhadah kerja tue. Boleh la borak-borak sikit. Kalau takk,memang bosan kot. Nakk baca buku,sampai dah takk larat. Hoho

Kerja punya kerja,tiba lah hari yang ditunggu-tungga. Hari apakah? Mesti lah Hari yg GAJI KELUAR. Yeahh Yeah Yeah ! Takk sabarnya! Excited gila kot nak dapat gaji setelah penat bekerja. Tiap-tiap hari tanya MOK-MOK gaji selalu keluar berapa hari bulan. Cepat la gaji keluar oi. TAK SABAR ! 

Finally,gaji pn keluar. Sumpah,EXCITED masa nak cucuk kad CIMB-BANK dalam mesin ATM. Sekali tekan PERTANYAAN BAKI dan terpapar la jumlahnya. Masa tengok je jumlah yg terpapar kat screen mesin ATM tue,TERKEJUT beruk+cipanzi+monyet la. Gila ! Biar betul nie gaji aku,bisik hatiku. 


JUMLAH BAKI : RM350 


Rasa hati ini teramat lah sedih dengan gaji sebanyak itu. Bukan tak bersyukur,tapi TAK BERBALOI dengan kerja yg syuhadah dah buat. Dah la,MOK-MOK tue selalu cuti. Terpaksa la syuhadah kerje 10pagi-10malam. Terpaksa datang kerja awal dari waktu bekerja la. Yang peliknya MOK-MOK yg selalu cuti tue boleh dapat gaji RM800. Fair ke takk fair? Sedangkan dia banyak cuti dan takk payah bersakit lenguh kena angkat buku kt stor. Dia hanya tunggu customer datang,duduk kedai elok-elok,tak payah nak berpeluh-peluh. Sedangkan syuhadah yg jauh lebih terseksa Si PN. A tue kerah tenaga syuhadah. Si GEMUXXX tue tak nak pula dia suruh -..-

Esoknya,selepas berbincang dengan MAK dan AYAH terus decide BERHENTI KERJA. Kita nie takk la HADAP SANGAT DUIT dia kan. Rasa topup yg MAK AYAH bagi jauh lagi banyak dari GAJI yg PN. A tue bagi ! Banggla pun tak kerja seteruk nie dan gaji bangla jauh lagi banyak la oi. Patut la dengar cerita dari MOK-MOK tue ramai pekerja part time (budak lepasan SPM) CABUT LARI cari kerja lain. Disebabkan GAJI TAK BERBALOI dan KERJANYA TERUK ! 

Ouh PEMILIK KEDAI BUKU AWESOME,tolong la jaga sikit kebajikan pekerja. Kamu tue MELAYU,ISLAM. Muda pun muda lagi Puan tue. Jauh lagi boleh pergi kedai buku tue kalau PN.A jaga kebajikan pekerja. Patutla kedai PN. A tak ramai customer. Jangan kan customer tak ramai,yg nak masuk jenguk-jenguk buku pn takk ramai. Ini dari pengalaman syuhadah bekerja dari 4.5.2012 - 30.5.2012. Pengalaman yg tidak akan syuhadah lupakan.

# Terima Kasih atas rezeki Allah sejumlah RM350.00 


Blog Marathon ?

Assalamualaikum Readerr ZS

Sorry Sorry dan Sorry. Lamanya takk update blog. Kemana syuhadah nie menghilang? Busy sangat jaga anak ke? ke busy bekerja? ke busy sangat jadi surirumah sepenuh-penuhnya masa? Hoho semuanya SALAH ! kita takk takk meghilang kemana pun. Cuma duduk bersantai-santai di rumah je. Bahasa lembut,duduk rumah sambil goyang kaki. HAHA terukkkkk ! 

Alamak,lama sangat kan tak update. Masih ada ke pembaca ZS nie? Jawapannya berada di trafikk. Huhu sangat la kurenggggg pembacanya. Tak apa,syuhadah akan melalukan sesuatu ntuk meningkatkan trafik blogpinkpongku ini. Hoho 

Bercakap pasal Blog Marathon tue. Syuhadah akan cuba update entri-entri yg menarik. Sebenarnya banyak je cerita yg nakk distory,tapi kemalasan berada dimana-mana. Takk kira di Arau mahupun Puncak Alam. Disebabkan itu lah, terpaksa tunda-tunda-tunda-tunda-tunda dan hari nie baru la terbuka hati nk update. Aish bila la nk buang perangai buruk macam tue. Bukan blog je ditunda-tunda-tunda nk update,bergitu juga dengan asaimen. Hoho

Ouh Syuhadah,kau sangat tidak beristiqomah dalam mengupdate blog -,-

# Okay dah malas nak cakap banyak,masa untuk berBlog Marathon !