Follower Cik Syuhadah

Monday 29 August 2011

selamat hari raya blogger !

29 ramadhan
Hari nie merupakan hari terakhir berpuasa. Sedih pula rasanya nk tinggalkan bulan ramadhan nie. Selalunya excited je nk habis puasa kan? kenapa yer? Mybe dulu masih budak-budak lagi. 19 tahun cukup besar dan matang untuk berfikir. Alhamdulillah semua persiapan raya SIAP. Alamatnya RAYA sakan la kita . :) Mari check list dibawah

Makanan: 
  • Rendang ------> DONE
  • Ketupat -------> DONE
  • Nasi impit ------> DONE
  • Kuah kacang -----> DONE
  • Dodol ------> DONE


Lain- lain :
  • Sapu satu rumah ------> DONE
  • Pasang langsir ------> DONE
  • Tukar sarung kusyen ------> DONE
  • Lap tingkap ------> DONE
  • Mop rumah ------> DONE
  • Pasang alas meja ------> DONE
  • Gosok baju raya ------> DONE
  • Masukkan kuih raya dalam bekas ------> DONE


Wah wah wah . Tak sabarnya nk raya esok. Sekarang nie tunggu kepulangan ayahanda tercinta. Beliau kena keja pula. Tp,tak apa la ayah. Kami tetap tunggu kepulangan ayah. Drive safely ye ayah. Ingat orang tersayang. Lagi satu,malam nie rumah nenek ada buad kenduri sikit. Baca takbir ramai-ramai. Meriahnya. 

Ok la sayang-sayang . Nak out dah nie. Nantikan entri RAYA pulak OK. Btw,SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR dan BATIN . Jemput datang rumah :)


Nota siku : 10 jari dihulur , maaf dipohon. ily all :)


Saturday 27 August 2011

bersama F.A.M.I.L.Y











Ini sedikit gambar yang sempat aku snap masa kat Pizza Hut-Tampin. Seriuslly,sangat seronok bila dapat spend time bersama family tercinta. Lama gila kot tak merasai saat-saat berharga macam nie. Btw,big thanks to my bro sebab support pizza tue. Nanti belanja la lagi yer. Actully,lepas je makan pizza kami kaum-kaum hawa terus pergi ke bazar untuk memcuci mata dan membuang duit. Dapat la 2 helai baju. HEHE. Bukan aku pow mak aku tau. Beliau yg belanja. Mybe beliau kecian kot tgk aku pakai baju yg sama je bila hang out dengan family. Thanks mama ! Jalan punya jalan kt bazar,tibe-tibe terjumpa Didie Alias. Cun gila la dia! Anak-anak dia pun cun macam mak dia. Tp,yang aku ralat sikit dia sombong gila laa. Bukan dia je,anak-anak dia pun sombong. Tak ada budi bahasa lansung. Aku cakap berdasarkan apa yg terjadi pada kami. Apa-apa jela. Yang penting aku enjoy sangat semalam. Ok la all reader. Aku tak boleh nk cakap banyak sangat. KERJA menanti aku kt dapur tue. Jumpa lagi ye wahai sayang-sayang . Love youu All. Byee 

Nota siku : Puasa tak habis lagi,aku dah dapat duit raya RM50 dari paklong aku. 


Friday 26 August 2011

T.A.M.M.A.T


Setelah melintasi waktu bersimbah personamu
Kini semua terasa tiada
Makna yang merendap lama
Dan mendakam dalam gugusan matahari
Tak lagi bisa ku raba
Semua seperti kembali kosong

Harapanku akanmu
Seperti menemui titik penghabisan
Apa gerangan yang terjadi?
Tiba-tiba aku enggan mengumbar rinduku
Tiba-tiba aku ingin berhenti mencintaimu
Mungkihkan kerana sikapmu yang semakin lama tidak membiusku?
Perlahan menghilang di balik dusta

Auramu yang semakin pudar oleh sikap tidak pasti
Angkuhmu melemahkanku
Bisumu menyurutkan langkahku
Lebih baik aku PERGI

Untuk sekian kali ia berlaku. Dan tidak akan berlaku lagi. Tiada wajah sedih , tiada wajah duka lagi. Untuk kali terakhirnya , aku harap dia berlajar sesuatu tentang ini. Salam AKHIR.

''Giving up doesn't means you are weak
Sometimes it means that you are strong enaugh to let HIM go''

Syuhadah Hamizi =.=
4.20 p.m

Hello Malacca. Byee Perlis !




Hello Malacca :)
Wah-wah tersenyum sampai ke telinga bila sampai malacca.
Mana takk nyaa,lama gila tak balik ke kampung halaman.
Rindu gilaa la.
i love malacca !



Bye Perlis !
Tak nakk cakap banyak pasal perlis nie.
Merajuk-merajuk. HAHA.



8.15 a.m *sambil meloncat-loncat di depan pintu gate :)


Alhamdulillah aku selamat sampai ke kampung halaman. Fuhhh ! Jauh perjalanan aku. Dari Perlis ke Malacca. Dari utara ke selatan. Jauh itu tak mengenal erti penat. Sebab yg jauh tue la akan bawa kebahagiaan dalam hidup aku. <F.A.M.I.L.Y >


Aku dah tinggalkan segala kesedihan di Perlis. Aku cuma bawa kegembiraan je balik Melaka.
Cukup la bersedih,syuhadah ! Cari kegembiraan kau sendiri. Jangan harapkan orang yg bagi kegembiraan dan kebahagiaan. Kelak ia akan hilang. Kau cari la sendiri. Insyallah in akan kekal lama. Lupakan kesedihan itu ! Buang ia jauh-jauh.


Kalau dulu,aku tak mampu buang. Sebab ia sudah sebati dengan hidup aku. Tapi,kali nie aku tetapkan hati untuk berlawan dengan kesedihan itu. Alhamdulillah aku berjaya lawannya sikit-sikit. You can do it, syuhadah ! Bangga la dengan diri kau sendiri. Mimpi ngeri kau dah tamat. Yahoo dah T.A.M.A.T ! *sambil berguling-guling atas katil



Wednesday 24 August 2011

Syukur

Alhamdulillah selesai semua test. Sekarang boleh bernafas dengan betul. Kalau tak,tak cukup nafas dibuadnya. Tak sampai beberapa jam lagi,aku akn berangkat pulang BERHARI RAYA dan yang paling penting berjumpa ayah dan bonda tercinta. Tak lupa pada keluarga tersayang. Tak sabarnya nk jumpa meraka. Allah je tahu betapa hati ini memerlukan mereka saat ini.


Pertama kali,ucapan maaf buad mereka2 yg ternanti-nanti entri baru aku. Maaf kawan-kawan. Aku sangat lah sibuk. Dengan test,projek rumah aku. MAAF! Entri kali nie yg aku buad pun,tak agak lemah je bunyinya kan? Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam sunyi je. Even,malam tadi aku ponteng kelas ECS sebab nk pergi release tension kt kangar ngn sahabat aku,zam tapi still tak release-release. Zam tanya aku ''dah release belum tension kau?'' aku senyap je. Hanya mampu berkata''selagi tak jumpa keluarga,tension aku tak akan release''


Begini la hidup bila jauh dengan keluarga. Walau apa pn masalah,keluarga tetap dalam hati. Sahabat mcm Zam sentiasa di sebelah aku. Terima kasih Zam. Aku down sangat sekarang nie. Tak tahu kau perasan ke tak. Aku pun rasa badan nie macam tak sihat. Tp,kau tetap ada dengan aku. Sedih. Dalam hati,yang aku tahu aku nk keluarga aku je. Tue je yang aku tahu. *mengalir air mata aku. MAAF! sampai sini je mampu aku coretkan. Mana tahu ini terakhir kali ruang yang ada untuk aku melepaskan segalanya. Buad tatapan pengubat rindu bila aku tak ada. 


Mak , ayah ! Angah saya mak. Angah sayang ayah. Menyesal tak dengar cakap mak. Alang. Adek. Along. RINDU kau kauorang semua. Terima kasih sebab kau semau mengisi ruang-ruang kt dalam rumah tue. Along , along abg yang baik. Angah sayang along. Alang , adikku yg tampan. Mesti tak sabar nk pakai kasut baru kan? Angah sayang alang tau! Adik. I miss you! kau la satu-satunya adik perempuan yg angah ada dalam dunia nie. Terima kasih SEMUA.
I LOVE YOUU ! 


p/s : Maaf entri yang agak sedih. Cuaca kt luar sana pun suram bertambah hujan renyai-renyai seperti memahami isi hati aku.




SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

                                                        Syuhadah Hamizi =.=
                                                                                         

Saturday 13 August 2011

Oh syuhadah !





"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri"


Syuhadah, 
Dah tiba saatnya kau biarkan dia pergi. walaupun hati kata TIDAK , tapi kau perlu lakukan. Pegang pada kata-kata diatas " jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri " Kau mesti kuat dan tabah,syuhadah -14/8/2011

Semua terjadi ada Alasannya .


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..


Note : Be strong,Syuhadah ! *sedang menghitung saat 0000 14/8

Kata-kata Terakhir Untuk Adik Iqbal-''Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Note : Menitik air mata aku masa baca catatan diari adik Iqbal ni. Smoga roh nya dicucuri rahmat. AMIN

Saturday 6 August 2011

[PERHATIAN] Memakai Contact Lens Berwarna Itu HARAM !

Selamat berpuasa kepada all blogger ( :


Tadi bosan-bosan aku pun blogwalking la. Menziarah sanak saudara walaupun raya belum lagi. HAHA. Jalan punya jalan,terbaca 1 entry nie. Amat la menarik perhatian aku untuk baca sampai habis. Kalau takk sebelum nie tengok2 gambar je. HAHA.Sebelum apa2 pun,aku nk says big thanks too Innanie Ariffin *bakal lawyer tau! kerana sudi berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yg ramai orang-orang luar sana tak tahu.


Baru aku tahu Memakai Contact Lens Berwarna Itu HARAM !



Apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau,biru dan coklat untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan maka dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.


Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.




Saya (Syeikh Ahmad Kutty )tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa. 




Terdapat 2 jenis kanta sentuh:


 1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar. 


2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.





Wow ! Macam-macam warna ada ! 
Cantik ! 
Tapi, HARAM memakainya.




Kepada sesiapa yg terbaca dan memahami dengan lebih jeles tentang hukum-hukum memakainya terutama mereka adalah golongan yg memakainya. Hindari diri anda dari memakainya. 


Nota : Nasib baik aku baca ! Kalau takk,aku dah beli warna HAZEL nk pakai RAYA nie. HEHE. Aku ingat kan tak ada hukum haram atau tak. Rupanya memakainya HARAM! Nasib baik aku tau awal. ( :
  



 Sumber : I LUV ISLAM

Thursday 4 August 2011

Simpati dengan Elia JR.bs

Assalammualaikum w.b.t

Lama gilaa tak update blog buruk ni kn. Al-maklum la busy mengalahkan PM. Test sana-sini. Naik lembik aku tak cukup tidur. HAHA. Syuhadah-syuhadah! busy-busy pun mesti banyak cerita nk distory moory kan. Tp,kenapa title ini yang kau pilih untuk diupdate setelah sekian lama kau mendiam kan diri. AISH! Kau apa tahu!! HEHE. Baca jee. Kalau suka sila comment-comment. Tak suka,peduli apa aku. opss. Maaf bulan-bulan puasa ni.

                           :: Apek Khairul Fahmi Dan Elia Putus Tunang ::



Actully,aku baru je tahu berita nie semalam. HAHA. Katak betul kau nie. Tempat lain tak nk duduk,bawah tempurung juga kau pulih. Dan kau memang Siput betul la. Lambat sangat tahu berita nie. OK fine. Aku lah katak aku lah siput ! HUHU. Aku dah banyak la baca-baca pasal mereka-mereka ini. Tak tahu sapa yg salah sebab masing-masing nk pertahankan diri masing-masing. Dari pembacaan aku la. Aku sentiasa mengatakan Elia tidak salah. Tapi,aku tak tahu cerita sebenar. Aku menilai dari pembacaan aku. So,jangan salah tafsir OK.

Kenapa kau simpati gila dengar Elia nie? : 

SEBAB

* Dia perempuan. Dan aku pun perempuan. Dia dari kaum  HAWA. Begitu juga aku. So, sepatutnya aku bersimpati dengan dia. Cuba kau tempat kan diri kau di tempat dia. Macam mana nk hadapinya? Adakah dengan senyum? Dan adakan dengan tangisan. Seorang perempun pasti mengerti. Kita tak seperti lelaki. kita tak sehebat lelaki. YES! Memang kita dari golongan yg lemah. TAPI! bukan untuk ditindas oleh kau,LELAKI. Sebagai perempuan aku sangat memahami hati seorang perempaun apabila dilukakan oleh LELAKI. *Acewah. Sabar Elia. Keluarga selalu disisi.


* Dia student UiTM. Dan aku pun student UiTM. I am Proud. Seperti kata perpatah cubit peha kiri,peha kanan pun terasa. Kena tak perpatah aku tue. Saat-saat dugaan sebesar ini datang menimpa Elia,saat-saat test dan quiz berdouble-triple datang. Aku yang tak berapa banyak masalah ni pun STRESS dan Strain. Ni kan Elia. Be strong Gurlz. Lihat ke hadapan. Kalau betul dia jodoh Elia,tak kemana. Perampas perlu dihukum. HAHA. UiTM diHATIKU.


* Dia warga blogger. Dan aku pun warga blogger juga. Aku nie salah seorang pembaca setia blog jejariruncing dia. Dengan kata lain. Tak penah miss la satu entry yg dia update pun. *Kembang tak kalau Elia baca ;D Bila baca entry dia yg sebelum-sebelum ni mesti kata dalam hati *BESTNYAA. *UNTUNGNYE ELIA * SERONOKNYA. Tapi,baru-baru nie aku tersentuh dan sangat sedih baca entry. Tajuknya DOAKU BUAT KEKASIH. Antara bait-bait kata yg membuatkan aku tersentuh :

            ~Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
              Bawalah dia jauh dari pandangan ku,
              Luput dari ingatan ku,
              Dan peliharalah aku dari kecewa.

            ~Biar sekuat mana aku menyintainya
             Aku pohon agar Tuhanku
             Melenyapkan perasaan ini
             Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

 

SEDIH ;( Sabar ye Elia. Kalau Elia bukan punca terputusnya tunang,pasti ada hikmah disebalik itu. 


Ini antara sebab mengapa aku mengatakan Elia tidak bersalah seperti tulisan biru diatas (berdasar pembacaan aku) :



Cantikk ke ? 

p/s : Korang menilai la sendiri. Mana betul mana salah. Dasar lelaki ! Tapi,kalau si PEREMPUAN nie tak melayan, tak menjadi juga. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

                                                                                                          
                                                                                             Saya yang SIMPATI,
                                                                                                  ^ Syuhadah ^