Follower Cik Syuhadah

Wednesday 14 November 2012

Selamat Datang 1 Muharram/1434

Assalammualaikum


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berdiri dibumi indah Allah. Sudahkah kita semua mengucapkan syukur keatasNya? Pejam celik pejam celik 1 Muharram telah menjelma. Ya Allah, sekejapnya. Ini sedikit perkongsian untuk kawan-kawan semua.






Bismillahirrohmanirrohim.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]-7


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)


Peristiwa-peristiwa penting :
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Jangan lupa ye kawan-kawan untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. 



**Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
**Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam


Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012, dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita :)



Family Event

Assalammualaikum



I love you Mak. I love you Ayah
Awesome Mother and Father in the world  

Cerita terjadi semasa kaum-kaum India sedang seronok-beronok-ronok meraikan perayaan mereka. Dengan bersari baru berwarna-warni lagi tue. *Wah, dah macam pantun pula. Pagi-pagi bukak tv je penuh liputan-liputan LIVE kat Batu Caves. Part paling suka bila dia tunjuk-tunjuk lukisan yg dibuad dari beras warna-warni tue. Ala kita tak tahu la apa nama benda tue. Siyessss, suka gila tengok lukisan tue. CANTIK ! Siyess kreatiff gila kot. Ada tue siap boleh buad dua tone lagi warna. Contoh : light blue dan dark blue. HEBAT2!

Okayy tutup cerita pasal segala beras-beras tue. Nie nak cerita sikit. Sedang kaum India sibuk makan toseyy capati rojak muruku segala bagai, kami sekeluarga telah ke Setia City Mall, Setia Alam. Motif ke sana saja nakk jalan-jalan cuci mata. Makk pula dari hari tue asyik sebut nak makan Big Apple. Ouh takk kan itu je motiff ke sana? Jalan punya jalan tak tahu nakk buad apa. Alang ajak tengok wayang tapi ayah tak nakk sebab dia cakap semua cerita takk best. *Ehh mana ayah tahu nie. Cakap macam dah tengok je ayah nie -.-

Last-last decide main BOWLING jela. Tapi full la pula. Ah kira apa ! Terusss tulis nama kat waiting list. Okayy la,no.4 takk lama la sangat nak tunggu orang habis main. Okayy last-last nama pun dipanggil. First game, aku dengan alang je main. Adik memang out ! Tak mau main. Makk pula malu-malu kucinggg meoww meoww. Katanya lama takk main. Ceh lama tak main tue la kena main. Huh main punya main first game tue, dengar pula suara merdu mak. Mak cakap second game nakk main. Jelesss tengok angah ngn alang main letuwww :P

Okayy first game alang menang, second game mak menang. Pehhh gila aku takkk percaya !!
Mohon repeat lagi bowling kemudian hari ! HAHA

Jom la layan beberapa gambar kat bawah nie. Zasss



HAHA ada gaya pemain Malaysia takk macam Syazlin Zulkifli ke. *Perasaan teruk ! Credit untuk HP mahal adikk tue. HEHE tak main,jadi camerawomen pun boleh :)



Budak nie la menang first game ! Gerekkkk seyhh. *Belagak ! Bukan jauh beza pongg. Ala first game je. Second game makk menang okayyyy ! Nie la Fiqhram Si Kidal. Nakk SPM takk sedar diri. Ishhh besar-kecik-besar-kecik je aku tengok mamat sorang nie. Hoi paper Admath dah studyyy ke belum? Huh

Masih belum terlambat kan nak wish HAPPY DEEPAVALI untuk semua India-India di Malaysia. Takk lupa pada Sathia, Accapan, Kencadawi dan segeng dengannya. HAHA *macam kawan-kawan je buad speech macam tue.


Nota siku : Takk ada ke murku-murku toseyy-toseyy capati-capati yg lebih-lebih. Bakk mai la bagi la sikit kat kita.  


Monday 5 November 2012

Peplum Dress Extra Flare

Assalammualaikum 

Lepas je adda upload gambar along bertunang,ramai pula yg PM adda tanya pasal dress yg adda pakai tue time along bertunang tue. Cantikkkk kan? Verry the PINKYY you dress tue. HEHE adda nie kan pencinta pink. Orang kata siapa yg pencinta pink nie penuh dengan kelemah-lembutan,keayuan,kesopan-santunan dan sekutu dengannya. Yke??? HAHA segala ciri-ciri ke_______an tue rasanya kurang dalam diriku nie. HEHE so adda ingat nak buad la sikit entry pasal dress tue disebabkan ramai yg bertanya. Apa salahnya kita berkongsi kan :)

Ceritanya bermula ... (HAHA macam nak cerita hantu lak kan) okay2 sila serius ye Syuhadah. Hm tak tahu nak starting cerita macam mana tapi yg adda ingat masa tue adda kt Arau lagi. Tengah study week dan beberapa hari lagi nak final exam. Duduk berFB tiba-tiba adda terfikir nak pakai baju apa la kan masa Along bertunang. Mak dah call dari Puncak Alam,katanya dah beli baju warna GOLD. Okayyy, adda pun kena beli/buad juga baju ! Bila layan punya layan FB tiba-tiba ternampak 1 page yg boleh design baju. Rupanya page tue milik kakak satu sekolah menengah dulu, Kak Aainaa . Happy gila time tue ! Senang la nak deal apa-apa pasal baju. Yeyyyyyyyyyyyyyyyyyy :) Nie page Kak Aainaa Collection . Sebelum nak tanya apa-apa soalan, sila la tekan LIKE dulu yup. Wahh siap promote lagi :)

Jom layan gambar nie.



Pasal designer dah SETTLE, nie pasal baju pula tak settle lagi. Sebenanrnya adda tak tahu pun nama dress tue PEPLUM. Bila duk main dengan google,macam-macam jenis baju la keluar. Pastu jumpa pula 1 gambar kakak nie pakai baju peplum. Terusss minta Kak Aainaa buad sebijik duabijik macam baju tue. Cuma ada tambah-tambah sikit ikut suka kita :)

Okayy,sekarang masalah tang ukuran baju. Ingat ! "TEMPAH" baju online tak sama dengan "BELI" baju online tau. Tempah nie agak rumit dan berisiko sikit sebab kita kena bagi UKURAN sendiri. Ukuran bahu,lengan,pinggang dan sebagainya. Ukuran mesti lah kena BETUL.  Designer tidak bertanggungjawab atas itu ye. Alamakk,macam mana nie. Fikir-fikir-fikir ! Okayyy,baru teringat kt dalam UiTM nie ada 1 kedai jahit baju. Esoknya teruss pergi kedai makcik tue. Excited punya pasal. HAHA ukuran siap diberi. Untuk kain pula,adda serah kan 100% pada kakak tue. Minta kakak tue carikan kain warna BABY PINK. 

Tentang pembayaran pula, kakak tue takk minta dulu. Tapi adda bagi la RM50 untuk kakak tue belikan kain dulu. Nanti dah siap,baru kakak tue total up berapa semua. Okayyy semuanya settle. Sekarang tunggu siap je. Yehooooooooooo :) Seminggu lepas tue (rasanya tak sampai 7 hari) kakak tue post gambar kt wall adda. Wah excited gila nak tengok. 

Jom layan gambar nie pula.


Cantikkkk kannn? Yg BUNGA kt keliling leher tue adda yg minta sebab tak nak nampak kosong sangat. PEARL-PEARL tue kakak tue yg tambahkan. Bagi nampak lagi mewah gituwww. Malangnya terlupa yg adda nie bertudung. Bila pakai,tertutup la bunga tue kan. Pastu tang pinggang tue,adda minta kakak tue buadkan reben. Reben tue kakak tue buad boleh pakai-bukak. Rasa-rasa nak ikat TEPI ke ikat BELAKANG ke ikat DEPAN ke boleh la adjust sendiri :) Kalau korang nak letak bunga kt keliling pinggang pun cantikkk :) Bila adda dah puas hati dengan baju tue,baru kakak tue pos kt UiTM. 

Okayy pasal pembayaran adda terlupa nak bagitahu. Kakak tue ambil upah menjahit untuk peplum nie RM85. Kira total sepasang baju siap RM146 sahaja. Upah jahit + duit kain + postage + extra added (raben,bunga dan pearl)  Murahhh kan??? Seriusss murah kot. Try la korang beli online. RM250++ above kot ! Takkk berbaloi. Dah la kosong. 

Jom layan sekeping dua lagi gambar nie.







Cantikkk kann??? Seriussss sangat dan teramat berpuas hati dengan hasil tangan Kak Aainaa. Thanks youuuuuu Aainaa's Collection 




Sunday 4 November 2012

Selamat Bertunang

Assalammualaikum

Ye,aku tahu blog aku berhabuk berdebu dan sebagainya. Apa yg aku perhatikan kan,memang dah trend gamaknya. Bila dah lama tak update blog,mesti starting/pendahluan/mukadimah entry mesti ayat macam nie "Fuh-fuh-fuh blog kita berhabuk LOL sebab lama tak update. Kita busy LOL" kan kan kan? Mesti korang pun buad macam tue kan? HAHA Pup ! 1 budak hitam terkena LOL.

Berbalik kepada niat asal nak update, aku nak cerita sikit lah event-event masa cuti sem nie. Okay,event kali nie agak besar lah sebab for the first time family aku face it.  Memang excited lah. Makkkkk paling excited ! Aku biasa-biasa jela sebab buakn event adda. Hehe Apakah event tue? Abang ku,Fitry bertunang. Pada 27.10.2010 di Tanjung Karang,Selangor. TAHNIAH ALONG :)

Meh nakk cerita sikit tentang FUTURE SISTER-IN-LAW aku. Beliau diberi nama Nur Amalia  , berumur 20 tahun berasal Kangar Perlis , bekas penuntut UTM KL dalam course Perancang Bandar dan Wilayah dan kini sudah bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pre-welcoming kak liya :)

Jom layan sekeping gambar.



# Maaf sekeping je mampu dimasukkan akibat line beruksssssband terlalu menyiput.

Gambar nie tidak begitu sempurna akibat ke-tidak-ada-an Alang,adik no. 3. Apa-apa pun,majlis tetap meriah dan berjalan seperti biasa. InsyAllah tak ada aral melintang,bulan 6 tahun depan,2013 akan berlansung lah walimatulurus mereka. InsyAllah

Along,sila jaga diri okengg. Orang cakap dah bertunang nie DARAH MANIS kan. So kena jaga diri lebih sikit dari sebelum nie. Dalam masa 7 8 bulan yg ada nie,boleh la memperbaiki diri tue. Buad persiapan nak jadi suami dan ayah. Ehem-ehem kalau lagi cepat lagi best ! HAHA sila paham sendiri. Terima kasih daun keladi :)



Nota siku : Peh,nak siapkan 1 entry nie agak berjam. Gara-gara bermacam-macam dugaan  kiri kanan depan belakang. Apa-apa pun,hidupku semakin AWESOME sekarang . Alhamdulillah