Follower Cik Syuhadah

Saturday, 29 October 2011

# Tahniah Negeri Sembilan

Assalamualaikum SEMUA,SELAMAT PAGI.


Wah entry kali nie cukup special kerana ditulis didalam kereta. HAHA perlu ke nakk bagi tahu? OK saja nakk bagitahu yg aku OTW ke Putrajaya rumah Pakcik aku dan yg penting aku takk nak lepas kan peluang untuk buat entry nie. Bukan takk sabar ke apa,makin lambat buad entri nie makin hilang pula mood KEMENANGAN. HEHE malas nakk cakap banyakk la. Tengok je gambar kt bawah. 



NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011. TAHNIAH !
HOBIN JANG HOBIN , MUSUH KITA HABIS BINASA !

Takk sia sia ayah dan alang menjerit. HAHA aku pun jerit juga. TAPI jerit sopan je. HEHE macam nakk roboh rumah aku malam tadi. Aku takk tahu la jiran jiran cakap apa. Almaklum la,kami kan orang negeri sembilan. Paham paham sendiri la. HEHE 

Caya la Negeri Sembilan ! Mula tue aku pun hampir berputus asa juga la bila Terengganu score gol dulu. Tengok Negeri Sembilan serang serang takk gol juga. TAPI 15 minit terakhir tue memang dyorang bangun la. Bila gol pertama masuk,aku tengok moral moral pemain semua naik balik. Takk sampai berapa minit,1 lagi gol dibuat oleh Hai-O memisahkan Negeri Sembilan dan Terengganu dengan 2 - 1. Masa tambahan diberi 5 minit. Masa tue jantung aku berjoget joget punya la berdebar debar. Harap harap player Negeri Sembilan dapat maintainkan pertahanan. Dalam bola nie,macam macam boleh jadi. 5 minit masa tambahan tue rasa macam 50 minit pula. Akhirnya,wisel dibunyikan tanda kemenangan milik NEGERI SEMBILAN. Alhamdulillah 

Habis je game,terus aku online FB. HAHA penuh kot status status bola. Dah agakk dah ! yg banyakknya confirm confirm la NEGERI SEMBILAN kann? Aku pun takk lepas peluang mengucapkan TAHNIAH kat Negeri Sembilan. Fuh terjawab segala pertanyaan pasukan manakah akan muncul JUARA.

# Kepada pasukan Terengganu,malam nie rezeki Negeri Sembilan la. BTW,malam nie aku tengok BEST MAATCH la sebab takk ada gaduh gaduh,balingb baling botol. Perlawanan bersih tanpa pergaduhan. Macam tue la yg kami nakk. HEHE 

** Tahniah Hairuddin Omar (Hai-O) yg telah dinobatkan sebagai Permain Terbaik



Nota Siku : Ok dah sampai Putrajaya. Lepas nie nakk g Puchong then terus ke Jalan Tar. 

Lagu Hobin Jang Hobin | bersama subtittle =_=

Assalammualaikum SEMUA


Debaran semakin terasa. Apakah? Siapakah? Mengapakah? Wah byk pula soalan kauu. Kurang dari 24 jam je lagi bakal berlansungnya perlawanan bola N9 VS GANU di stadium Shah Alam . Aku nie takk ada la minat sangat dengan bola. SIKIT SIKIT tue ada la. HEHE Ikutkan hati nie memang nakk sangat pergi tengok  LIVE kt stadium sebab takk jauh pun dari rumah aku. TAPI memandangkan harga tiketnya terlalu MURAH , so kami sekeluarga ambil keputusan tengok dekat rumah je la. MAHAL sikit. DAMN !


Tadi berFB sebentar. Tengok status status member member semua on the way ke stadium. OK SELAMAT SAMPAI yer sahabat ! Eh korang agak agak aku sokong mana? EHEM EHEM berdasarkan i/c number aku 920324 - 05 - **** korang rasa aku sepatutnya sokong mana? MESTILAH NEGERI SEMBILAN ! HOBIN JANG HOBIN. HAHA takk kan nakk sokong ganu kott, kena buang negeri kang. (TIPU)


Untuk malam ini , aku wish ALL THE BEST untuk pasukan N9. Takk ada siapa nakk kalah dan semua orang nkk menang. TAPI , menang kalah adat pertandingan kann? Ala RUSA , setakat PENYU apa la sangat kann? HAHA AYAM AYAM je. Wah,banyakk pula nama binatang keluar. HEHE takk sabar pula aku malam nie. Siapa la menang agakknya???


Ok sebelum den behonti entry ni. Den nakk tuju lagu semangat buek pasukan den. Tajuk ea HOBIN JANG HOBIN sekali dongan subtitle ea. Kott la ekau takk paham  HAHA


MUSUH KITA HABIS BINASA !


Hobin Jang Hobin (Belasah Jangan Takk Belasah)

Hobin Jang Hobin...3x (belasah jangan takk belasah)
Daghi sawah tughun padang (dari sawah turun ke padang)
Kini kau dah pandai nondang (kini kau dah pandai menendang)
Kali ini mesti monang (kali nie mesti menang)
Bukan susah cukup sonang (bukan susah cukup senang)
Hobin jang hobin...3x (belasah jangan takk belasah)

Sumbek gol banyak-banyak (sumbat gol banyak banyak)
Bia sampai jaghing kuyak (biar sampai jari koyakk)
Main bia hati-hati (main biar berhati hati)
Jangan masok gol sendighi (jangan masuk gol sendiri)
Hobin jang hobin...x3 (belasah jangan takk belasah)

Duo satu kocik bona (1-2 kecik sangat)
Ompek satu sonyum lebar (4-1 senyum lebar)
Kalu buleh tujuh kosong (kalau boleh 7-0)
Bia dio balik molopong (biar dia balik ternganga)
Molopong.. molopong. molopong..(ternganga..ternganga..ternganga)
Hobing jang hobin...3x (belasah jangan takk belasah)

Hobin jang hobin...3x (belasah jangan takk belasah)
Yam Tuan sokong kito (Yam Tuan sokong kita)
Montoghi Bosar sokong kito (Menteri besar sokong kita)
Undang Luak sokong kito (Undang luak sokong kita)
Jangan buek malu muko (jangan buat malu muka)
Hobin jang hobin...3x (belasang jangan takk belasah)

Kali ini kalau kalah (Kali ini kalau kalah)
Balik kampong potong gotah (balik kampung potong getah)
Kito jangan monggollabah (kita jangan menggelabah)
Pialo kito punggah (piala kita bawa balik)
Punggah.. punggah...(bawa balik.. bawa balik)
Hobin Jang Hobin...3x (belasah jangan takk belasah)

Hobin bin bin bin hobin jang hobin...
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....




Nota siku : OK nakk siap g pasarr malam. Malam takk boleh keluar. Nakk tengokk bola ! HEHE

Thursday, 27 October 2011

BAWAL VS SHAWL

Assalamualaikum dan Salam Jumaat SEMUA.


Syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi ALLAH. (Alamak kenapa baik sangat aku hari nie? HAHA)


Ok entry kali nie aku nakk bercakap (guna jari) pasal TUDUNG BAWAL yg telah lama dilupakan oleh kaum kaum hawa. Almaklum la sekarang nie kan trend SHAWL yg sedang panas macam GORENG PISANG PANAS yg kadang2 tue sejukk je. HAHA Macam macam jenis SHAWL la sekarang nie di pasaran. Nakk PASHMINA ada, SATIN ada , macam macam la. SEDIAKAN DUIT je. Tipu la kalau aku cakap aku takk ada sehelai pun SHAWL. Ada mmg ada la. Tapi, boleh kira sangat berapa. Kalau beli pun, lepas tue memang bawa balik rumah bagi dekat adik. HAHA membazirr GILA.


Kat sini aku ada list sikit SHAWL VS TUDUNG BAWAL. Ini mengikut pandangan aku la. 
( So,ikut suka aku la nakk mengarut apa. HAHA )

SHAWL
TUDUNG BAWAL
MEMENTINGKAN KECANTIKAN

Bahasa lembut SUKA BERGAYA.
Sekarang nie kan banyak sangat dah cara cara atau style style memakai shawl dimana memerlukan belitan dari depan ke belakang. HAHAHA silap silap boleh tercekik. Untuk nampak cantik,terbelit pun terbelit la. JANJI CANTIK. HAHA

SAVE DUIT

Kalau orang kampung den cakap MONEY la. Kalau omputih cakap aku takk tahu. HEHE sekarang nie orang sanggup berhabis duit untuk nampak cantikk . Bukan remaja je,orang dah kawin pun macam tue. Apa sahaja yg baru,pasti di beli. Kalau terlampau mengikut nafsu,hidup boleh binasa.

RAJIN

Buktinya , kalau nakk keluar dating tue kompem kompem kena bangun awal kann? betul takk? sebab sesi belit membelit tue kan memerlukan masa yg lama. Kalau takk jadi belitan tue , kan kena buka balikk. Ha rajin la tue ! Rajin bangun AWAL . Rajin membelit belit.

SIMPLE

Orang yg suka pakai tudung BAWAL nie seorang yg sangat SIMPLE. Bukan takk pentingkan kecantikan,tetapi ia mudah digayakan dan takk perlu mengambil masa yg lama untuk memakai. Kemas pun kemas juga bila dipakai. Kalau dah cantik , pakai apa pun cantik. Janji a menutup aurat. Nakk gaya kan macam mana pun takk apa. Takk perlu ada kelas tutorial memakai tudung bawal pun.

UPDATE

Kalau takk update, takk bandarr la. HAHA Kang kawan kawan kuliah cakap KUNO pula takk pakai SHAWL. Boifriend kang malu pula nakk bawa kita jenjalan takk pkai shawl. Yela , sekarang kan musim pakai SHAWL. Aish , hidup kena selalu UP TO DATE la orang kampung den cakap. HAHA
TAHAN LASAK

Wah bunyi macam ganas kan. Bukan apa. Bawal nie sesuai dipakai kemana jua. Takk kesah la ke pasar ke, ke Mall ke , dating ke , dan yg paling penting bawal nie boleh dipakai semasa camping. Shawl boleh ke? Hanya tempat2 tertentu je kann? Kalau nakk g kenduri tahlil orang meninggal,sesuai ke? TAKK KAN?




Kalau korang baca , mesti korang cakap aku lebih prefer tudung bawal kan? Ha nakk cakap aku OLD SCHOOL la tue. ( WHATEVER) Tapi,seriusly aku lebih selesa memakai tudung bawal dari shawl. Mungkin sebab aku kelihatan tak cantik kah memakin shawl? Atau muka aku nampak bulat kah memakai shawl? HAHA itu aku takk tahu. Tapi,aku memang rimas la kalau pakai shawl nie. Pernah aku pakai shawl masa weeding someone. Time tue confident gila yg aku look gojess pakai shawl. Rupanya bila tgk cermin, HAHAHA senget benget , herot berot , compang camping , ha ape lagi. 


Kesimpulanya, aku prefer memakai tudung bawal dari shawl. Kalau semua dah pakai shawl,siapa lagi nakk pakai bawal? So,biarlah aku memartabatkan tudung bawal yg makin lama makin dilupakan oleh kaum kaum hawa. Kalau perpatah mengatakkan takk kan melayu hilang di dunia, so pepatah aku takk kan bawal hilang di dunia. HAHA (WHATEVER sekali lagi)




Nota Siku: Ahad nie nakk g jalan TAR nakk borong tudung bawal plain banyak banyak untuk dibawa pula ke Araustralia,PERLIS. HAHAHAHA. 

Wednesday, 26 October 2011

Perspektif tentang JODOH

Assalamualaikum SEMUA.




** Ingatlah bahawa JODOH kita semua adalah bergantung pada TAHAJJUD kita.


Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.


Manakala

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Ini adalah perspektif tentang JODOH: 

 SALAH [ X ]
BETUL [ / ]
Jodoh tidak perlu dicari

Allah menyuruh manusia berusaha
Perempaun hanya perlu menunggu
Sayidatina Siti Khadijah  meminag Rasullulah  

Perempaun tidak layak memilih,sebaliknya lelaki banyak pilihan

Perempuan berhak memilih
Alang alang sudah terlanjur,teruskan sahaja kerana tidak mungin lagi menemui lelaki/perempuan yg baik

Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya
Pasangan yg banyak perbezaan,tidak kekal dalam perhubungan

Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi
Perlu bercinta sebelum kawin
Ramai pasangan yg bercinta gagal ke gerbang perkahwinan dan perkahwinan tidak kekeal. Oleh itu,Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

Pasangan yg bercinta perlu mengeratkan hubungan dengan berSMS dan berjumpa
Selagi belum berkahwin,syariat membataskan pergaulan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebes berjumpa dan berSMS sehingga lalai

Janji manis pasangan haruslah dipercayai. Contohnya seorang lelaki berkata “I tiada Harta,tetapi I ada cinta”
Lelaki macam itu tidak bertanggujawab kerana tidak bekerja keras mengumpul wang untuk menyara bakal pasangannya.

Contoh yg lain “ I tidak akan sentuh U sebelum kita nikah”
Dengan sebab wanita mempercayai lelaki,dia akan ikut pasangannya kemana sahaja dia pergi. Oleh itu,tidah hairan la ramai pasangan yg terlibat dalam kancah perzinaan.


TAHAJJUD bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat. INSYALLAH


Nota siku : Ya Allah, Kau makbulkan lah segala doa doa aku. Semoga segala impian aku menjadi keyataan suatu hari nanti. AMIN


Aku Sayang Kamu

Assalammualaikum 

Aku sayang kamu
Pertama kali terpandang
Seakan ada tarikan magnet yg menarik
Aku takk tahu kuasa apakah itu
Tapi yg pasti kami bisa buad.
Denyut nafasku bagaikan terhenti
Kehidupanku ceria selalu
Hanya kerana aku pahat wajahmu dalam mindaku

Aku sayang kamu
Memang aku akuinya
Aku memang sukar meluahkan rasa
Bahkan merona segan melakar bicara rindu
Melafazkan kata-kata rindu
Tapi dengan kamu segalanya ingin
Aku muntahkan apa yg terpendam
Agar kau bisa mengerti

Aku sayang kamu
Walau tanpa tanda noktah yg pasti
Tanpa talian perhubungan hati
Aku senang begini
Biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
Bisa buad hati kita menjadi dekat selalu
Kerana kuasa itu lebih mengetahui segalanya

Aku sayang kamu
Namun aku lebih menyayangi  diriku sendiri
Kerana aku takut rasa sayang  yg melampau
Padamu  bisa buad aku melukai diriku
Bisa meruntuhkan kekuatan yg kembali  ku pertahankan
Dan aku paling takut andai tiba tiba kamu hilang
Jadi  biarlah yg tersirat dan tersurat itu
Akan ku gengam erat dalam lipatan hati
Andai ada restu ILAHI pasti menjadi milikku



................... For the rest of my life.  I`ll be with you.  I`ll stay by your side honest and true. Till the end of my time. I`ll be loving you. LOVING YOUU..............


Nota siku: Buad kamu yg aku sayang,aku sentiasa doa yg terbaik buad mu. Jangan lah kamu risau dan gusarr,pandai lah aku menjaga diri. Walaupun kita tidak seperti dulu,tapi aku yakin pada JODOH yg ALLAH tentukan. 

Tuesday, 25 October 2011

boleh aku terbang tinggi?

Assalammualaikum SEMUA.


Aku bertanya SEPI , dimana RINDU ?
Aku bertanya lagi. SEPI , dimana RINDU ?
Aku mengulangi soalan yg sama lagi. Wahai SEPI, dimana RINDU?
Tanpa jemu aku terus bertanya.
Aku menanti dan terus menanti jawapan dari SEPI dengan harapan ia tidak mengecewakan.




Kalau boleh , aku nakk terbang tinggi tinggi. Nakk pergi sejauh yg boleh. Aku mahu mengenal dunia ini. Bawa la aku terbang. Bawa la aku. Bawa la aku (suara aku semakin tenggelam) # Tapi,ia diluar kemampuanku.


RINDU , 
Kau dimana ?
Jangan pergi jauh dari aku,RINDU.
Tolong bawa aku terbang bersamamu. 
Bawa aku terbang tinggi jauh disisimu. 


Byee




Nota Siku: MAAF,aku bukan budak sastera tapi aku cuba menterjemahkan perasaan dengan bersastera.

Monday, 24 October 2011

kalau dah jodoh,takk kemana ♥



Seorang Mat Rempit telah jatuh dengan gadis ayu sopan bertudung litup .

Setiap hari mat rempit itu ikut gadis ayu itu pergi kerja. Gadis tu perasan tapi disebabkan iman dia kuat , dia sedikit pun tak endahkan lelaki tu. Satu hari tu Mat Rempit ni pun ikut gadis ayu itu sampai ke rumah , Dalam hati Mat Rempit itu terdetik "Kaya jugak dia ni , tak
setaraf dengan aku yang miskin ni :'/"

Keesokkkan nya mat rempit itu memberanikan diri bertemu gadis itu time gadis itu tengah makan di restoran seorg diri .. bermula la dialog :

Lelaki : Assalammualaikum cik , boleh saya duduk ?
Gadis : Waalaikummusalam , tapi encik ni siapa pulak ? takk ape silakan duduk .
Lelaki : see..see benarnya saya dah lama suka kan cik sebab cik ni gadis ayu ,sopan.
Gadis : Tapi saya tak kenal encik pun ?
Lelaki : boleh kita jadi kawan ?
Gadis : Tentu boleh . Nama saya Aisyah , nama encik ?
Lelaki : Nama saya Aiman :)

Semenjak dari itu mereka berdua berkawan baik dan bercinta. Selepas 6 bulan bercinta gadis itu perasan yang lelaki ni banyak berubah. Tak tinggal solat , selalu mengaji dan sopan dalam percakapan tak seperti awal2 pertemuan dulu . Lantaran dengan itu gadis ayu tadi memberitahu bapanya yang dia suka kan seorg lelaki dan mahu perkenal kan kepada ayahnya . Tapi ayahnya membantah dan berkata "Ayah dah ada pilihan untuk kamu !" berguguran airmata gadis tuh , Dia tak tau nk ckp macam mana kat lelaki itu sebab dia tau lelaki tuh menaruh perasan kat dia so dia pun beranikan diri jumpa lelaki tuh esok paginya.

Gadis : Saya ada sesuatu nk kasi tahu awak :'/
Lelaki : Apa dia ? kenapa menangis pulak ni ?
Gadis : Sebenarnya ayah saya dah ada calon suami untuk saya :'/

Lelaki : Hmmm . mungkin bukan jodoh kita , sukar untuk saya terima
kerana saya dah anggap awak terima saya tapii ..... (belum sempat
katakan gadis tadi mencelah)
Gadis : Takpe ! kalau ada jodoh takkan kemana !

Tiba lah harinya gadis itu dipertemukan dengan calon suami pilihan bapanya. Alangkah terkejutnya gadis tuh apabila mendapati yang calon suami pilihan bapanya itu ada MAT REMPIT yang selama ini dia cinta dan sayang . Dalam kegembiraan itu sempat bapa gadis itu senyum .. Rupanya bapa si gadis dah tau lama tentang hubungan mereka ..

P/s : Kalau dah JODOH TAK KEMANA :)

Ya Rabb,
Jika ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika adg 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya

Dan jika hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu
Maka, aku pun akan menerimanya sbg PMBERIAN TRBAIK dari-Mu
Buatlah aku mencintai pilihan yang Engkau berikan
Buatlah aku setia pada pilihanMu
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Engkau amanahkan.. ♥


Nota siku: Cerita ini mengingatkan aku kepada seseorang yg amat aku rindui dan sayangi. Malangnya hubungan kami terputus ditengah jalan. Tapi,aku percayakan pada JODOH yg datang dari ALLAH. 





Sunday, 23 October 2011

siapa Jodohku,itu rahsia Tuhanku


Gambar sekadar hiasan dari Mr. Google



Ya Rabb, 
Jika aku ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia ,tentu aku akan memilihnya.
Jika aku ada 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Jika aku ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Tetapi..
Jika aku hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu. Maka, aku pun akan menerimanya sebagai PEMBERIAN TERBAIK dari-Mu. Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan. Buatlah aku setia pada pilihanMu. Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau
amanahkan..


Pergilah.. Biarkan hatiku sendiri.. Tidak aku sangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku. Walau siapapun engkau, dari mana pun engkau, doakanlah aku di sini, untuk kuat menyimpan hati ini padamu. Ya Allah, penuhkan cinta-Mu dalam qalbuku agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku.


Saturday, 22 October 2011

Terima Kasih , Aisya Zaida .

Assalamualaikum SEMUA !


Alhamdulillah follower dah mencapai 200 orang (alamak ! baru 200 dah kecoh) HAHA apa apa jela. grrr BTW,big thanks to Aisya Zaida dan tahniah anda follower ke 200 di ZONE SYUHADAH ni. 






Aisya Zaida nie pemilik blog Warna Warni Kehidupan. Gadis comel ini berasal dari Penang. Seorang yg suka MAKAN dan suka KETAWA. Sudi sudi la singgah dan lawat blog beliau nie yerr :))






Nota siku : Memang bergegar la rumah aku kejap lagi nie gara gara bola NS vs T Team.



Friday, 21 October 2011

takk ada minyak dalam kuali yg SEJUK ke? HAHA

Assalamualikum Reader Terrsayang !

Hari nie terbangun awal sikit. Pukul berapa tu RAHSIA KERAJAAN la. Kalau terbagi tahu,termakan diri nanti. HAHA tak ada la. Hari nie bersemangat sikit sebab adik kesayangan aku baru je balik dari asrama. So,secara automatiknya rumah akan jadi riuh rendah MACAM ZOO kedengar suara aku dan adik aku tue. HAHA so,bangun je pagi pagi buta makk dah suruh duduk dapur. HAHA bukan duduk je tau. Takk percaya,ini buktinya :




Kalau duduk dapur takk akan la sampai jadi macam nie kann? HAHA puas la bergurau gurau dengan adik kat dapur depan kuali sampai tercampak doh tepung yg diuli sekuat dan selaju 180KM/H. So,tindakbalas dari kelajuan itu,terpercik la minyak panas kt tangan dan baju aku. HAHA adik aku pun kena juga kt PIPI dia. Kecian dia. Menjerit la kami bersama sama. HAHA memang BEST la weh!


Aku pun terus la ke bilik air ambil ubat GG bubuh kt situ. Argh ! PENIPU! takk mujarab lansung bubuh ubat GG. SUMPAH pedih! OK kelihatan gelembung gelembung udara mula timbul. TERIMA KASIH MINYAK PANAS! grrr


# Maaf la adik,terlaju angah campak doh tepung tue. Nanti angah campak laju lagi. Tak ada hal la kan. HAHA




Nota siku : Jangan la berparut benda alah tue. Kang turun mas KAWIN kau. HAHA *perlu ke?

Tuesday, 18 October 2011

rahsia TANAH / AIR / API && ANGIN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (Hari Malaysia dah lepas LAMA !)


Wah apa yang nak di RAHSIA kan sangat tue ? HAHA tak ada makna rahsia rahsia. Saja nak bagi GEMPAK je tajuk entri aku kali ni. Kt sini aku nakk share sikit pasal rahsia di sebalik TANAH / AIR / API && ANGIN. Kita adik beradik ni selalu dikaitakan sikap kita dengan 4 unsur alam ni kan? berdasarkan turutan kita dalam adik beradik. 


Kau orang anak keberapa? Try la cekk 

  •   Tanah           pertama , kelima , kesembilan 
  •   Air                kedua , keenam , kesepuluh 
  •   Api               ketiga , ketujuh , kesebelas
  •   Angin            keempat , kelapan , kedua belah 


Ini rahsia yg tersirat disebalik TANAH / AIR / API && ANGIN

TANAH
Orang yg berunsur kan tanah ni jenis yang pendiam, pendengar yang baik, penyabar dan setia. Jenis ni memang takk suka membangkang dalam erti kata lain takk suka nakk lawan cakap orang lain. kira lebih bertolak-ansur la kan sebab mereka suka bawa sesuatu perkara ke meja diskusi. Meraka juga membawa watak seorang yang manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif. ha ni syok dengar sikit sebab meraka ini takk banyak karenah, takk cerewet, menghormati orang lain, merendah dri dan tidak sombong. Tapi,kalau meraka ini pendam marah lama lama boleh jadi gunung berapi! so AWAS! 



AIR
Orang yg berunsurkan air plak, mereka ini sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain [setenang air di kali la kannn.] dan mereka ni kalau buat sesuatu kerja tu sangat la teratur dan teliti. Tapi yg kurang nya mereka ni jenis yang keras kepala yang suka nak menang dia jela. Tapi dalam keras keras kepala mereka pun mereka ini jenis yg manja, lembut hati dan sensitif. Untuk peringatan! kalau yg kita selalu dengar pepatah ni kan. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya dan  jgn sangka air yang tenang takk ada gelombang. Kesimpulannya mood mereka ini tak tentu +.=



API
Orang yg berunsurkan api pula jenis yang semangat tinggi, sangat aktif dan berkobar-kobar. Bila dah api ni meraka lebih berwaspada dan sangatt teliti  dan bila dah api ini semesti la panas baran orangnya =.= dan kalau yg bercinta, mereka KUAT CEMBURU (cemburu tanda sayang )




ANGIN
Bila dah angin,mesti lah sepoi sepoi bahasa. Maka orang yg unsur angin ni boleh melembutkan hati orang lain. Mood mereka pun takk tentu juga. Macam kita tau la kan ada ribut , taufan segala gala lain. Tapi mereka ni suka tolong orang dan bagi kerjasama. Meraka ini jenis keras hati juga walaupun lembut lembut pun  (pening) dan suka buat hal sendri. Dan terakhir mereka ni suka tunjuk kalau rasa takk puas hati. =.=


Aku anak keberapa? RAHSIA RAHSIA. Teka la sendiri. HAHA Amacam? dah cek ke belum? Adakah sama dengan apa yg ada pada diri anda? 


# Rahsia ini dibuad berdasarkan kajian oleh individu tertentu  setelah dilihatnya, ditenungnya, dibelek beleknya di setiap angle. So,ini la HASILNYA. Yang betul ini,betul la. Kalau salah,jangan marah :))



Nota siku : HAHA aku anak ke2 !! Alamak,macam betul je SEMUA tue. KIHKIHKIH.