Follower Cik Syuhadah

Monday 28 November 2011

Jom layan Movie First Love (Crazy Little Thing Called Love) | ♥ HERO BIBIR MERAH !

Assalamualaikum SEMUA ! 


Si Pemalas update KEMBALI lagi. HAHA kali nie nakk share something yg baru aku layan semalam dengan EX-ROMMATE tersayang loh. Cuti 3 hari di awal semestar perlu dimanfaatkan betul-betul sebelum assignment dan lab report datang tanpa segan silu. TAPI,APAKAH? ok ok malas nakk merapu meraban lagi. Try la korang layan cerita nie. Cerita orang Thailand. HAHA *bukanINDON* satu perkara lagi,aku tahu cerita nie tahun 2010 kann? SO ? Nakk cakap aku ketinggalan zaman lettuww. Whateverr ! HAHA 


Title: First Love (Crazy Little Thing Called Love) 



Benda yg MENARIK korang kena tahu pasal cerita ni adalah :


Cerita CINTA budak-budak sekolah. *FRIENDSHIPEVERAFTER*




♥  Budak perempuan yg HODOH bertukar menjadi CANTIK demi merebut CINTA si KACAK.




Cikgu yg LAWAK gila-gila. Memang OHSEM ! *tengok muka pun dah tahu*




♥ SUMPAH ! Cerita nie SWEET & ROMANTIKK gila-gila !




Ending yg MENARIK & SWEET. TAPI,takk puas loh. NAK LAGI. NAK LAGI !


♥ Semestinya HERO cerita nie SUPERDUPER KACAK ! *aww aww bibir merah tau*



Sikit-sikit dah la yer. Try la tengok. HAHA Sumpah ! Takk rugi kalau tengok. Mana tahu boleh mengimbau zaman CINTAN-CINTON dulu ke. Mana yg sedang HANGAT BERCINTA tue,boleh la tingkatkan suhu hangat cinta korang tue. HAHA mana yg kurang upaya dalam bercinta,HERO dia KACAK gila ! Kompem jatuh hati bergolek-golek dengan HERO dia. Bibir merah siot ! HAHA untuk pengetahuan semua,AKU SEDANG JATUH CINTA. ♥ 

Rasa nakk tengok berjuta-juta lemon kali cerita nie. Nakk ulang part-part yg ROMENTIK-ROMENTIK  beriban-riban kali *jangan fikir kuning ! cerita nie tak ada adegan LUCAH* Rasa nakk pergi Thailand cari HERO BIBIR MERAH nie. Nakk minta signature kasi frame BESAR GAJAH dalam rumah. *GILA* Ini semua berdasarkan apa yg aku rasa. BUKAN KAU ! HAHA



Nota Siku : Malam nie tido nakk mimpi HERO BIBIR MERAH lah ! HEHE Nah ambil LOVE MERAH nie. HIHI *SAWAN MAGRIB DATANG* baik solat cepat ! BYEE.

Monday 21 November 2011

Semangat Bola. Semangat Kelass. grr

Assalamualaikum Readerr Z.S tersayanggg 

Akibat ke'BUSY'an melanda diri,makan dan itu lah Z.S nie tak berupdate. Sorry yaww ! Almaklum la , kuliah dah bermula. So,dan teramat banyak lah hal-hal yg perlu disettle kan. Tambahan pula,diri yg sedang menuntut di Semester 4. HAHA so ?? Semester 4 je kot. Bukan semester 6 ! What ever la. Yg penting I BUSY ! HAHA. Hari nie hari SELASA dan hari pertama I pergi ke kelass. Hari ISNIN? Ala,tidur-tidur,lepak-lepak. Cuti sem 2 bulan kot. Banyakk gila GOSIP-GOSIP melanda. Maka dan itulah,terpaksa spend 1 hari untuk story-mory. HAHA. Syuhadah,tolong jangan lari dari tajuk ! 

Semangat Bola. Semangat Kelass. Apakah ? 


PENTAS AKHIR DENGAN PENALTI,HARAPKAN AWANG IMPORT TAK MENJADI,
SANG GARUDA TAK BOLEH TERBANG LAGI,DI BAHAM HARIMAU SEPARUH MATI.

GELORA BUNG KARNO MENJADI SAKSI,HEBATNYA FAHMI PERTAHAN GAWANG SENDIRI,BERGAYA SUNGGUH BADROL SUDAHKAN PENALTI,BUAT H.A.R.I.M.A.U M.A.L.A.Y.A MENGAUM LAGI.

Takk perlu berkata apa-apa. Gambar diatas cukup memberi jawapan untuk soalan 1 (a) di atas. HAHA masih takk terlambat nakk wish 'TAHNIAH UNTUK PASUKAN MALAYSIA' Takk sia-sia I menjerit-jerit macam orang gila dalam bilik TV malam tadi. Aksi 120 yg sangat dan teramat mendebarkan. Saat-saat pasukan INDON LOSERR menyerang , dan saat-saat itu MALAYSIA hanya mmpu bertahan. Fuh ! Tapi,syukur. Kemenangan masih berpihak kepada kita. Caya lah ! I yakin 120% yg rakyat INDON LOSERR mesti balik nagis-nagis, hentak-hentak kepala. HAHA WTH ! Malam tadi , aku tau siapa HERO LOSERR INDON. BONAI kann ? Jampi ape kt tiang gol , I pun tak tahu. HAHA takk boleh lawan HERO MALAYSIA la ! Semuanya HERO-HERO belaka. Aish ! takk baik kutuk-kutuk orang. Agaknya player Malaysia balik dari stadium ke hotel naik apa la kann? kereta kebal kah? ke naik jet pejuang. Wah , overr kau Syuhadah !

Maka dengan kemenangan itulah,menjawab soalan 2 (a) di atas. HAHA kelass start pukul 9. Tapi,bagun subuh je takk boleh nk tidur dah. Baju dan sekutu dengannya dah siap digosok. Nakk buad ape tak tahu. Kelass lambat lagi. LIHAT ! Betapa semangatnya nk pergi klass gara-gara MALAYSIA menang. HAHA Sumpah tak ada kena-mengena. 

So,AZAM TETAP AZAM ! Takk nak main-main N fokus lebih sikit kt study. Benda tak penting , NYAH kau dari hidup aku. HAHA Insyallah Allah sentiasa bersama dengan orang yg bersabar. ‎"barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut" (HR Hakim)


# Hamizi's FAMILY 


Nota Siku : R I N D U gila kat family. Makk , ayah , along , alang N adik. Kenapa la saat-saat budak cuti sekolah , saat-saat tue la cuti sem dah habis. GEDIKK tau. Sengaja takk nak bagi I  manja-manja dengan adik-adik. HUHU

Saturday 19 November 2011

Hello ARAU. Bye PUNCAK ALAM

Assalamualaikum SEMUA


Tolong ambil kain buruk japp,nk lap-lap belog buruk nie. *wah,hyper gila ! HEHE malas nk mengomel panjang-panjang. Cuma nakk bagi tahu CUTI SEM DAH TAMMAT yaww! Berat rasa nakk balik Arau,berat lagi jari-jemari nakk tarik luggage naik bus. HAHA Maka,berangkat la adinda pulang ke bumi Arau tercinta malam nie. Selamat tinggal kanda ♥ HAHA dinda la sangat kann. STOP mencarut,Syuhadah ! 




  HELLO ARAU ! 



Saya pulang MALAM ni . Suka letuww. HEHE doakan saya selamat sampai yaww. RINDU juga kat Arau nie. Lama tak g lepak-lepak Kuala Perlis, g jalan-jalan Jitra Mall,dating-dating kt Tasik Melati. *kalau baca la makk aku nie,mmg dia tarik elaun bulan-bulan aku. Berjalan SAKAN. HAHA Apa orang cakap, smbil menyelam minum air la. Bukan selalu kita merasa STUDENT LIFE nie. Betul tak? OK tak penting pun. Ada benda yg lagi penting iaitu MALAM nie aku balik Perlis,naikk bus SANI EXPRESS pukul 10 malam jam MALAYSIA. Bukan INDON [X] HAHA 


Insyallah,20/11 nie bermula la semester baru. Takk banyak pun azam baru,TAPI ada la 2 3 azamnya. Takk payah tunggu New Year baru nk buad azam kot. Betul takk? HEHE semoga semester baru nie lagi baik baik baik dari semester lepas. AMIN 



Bye PUNCAK ALAM !

Sedih la nakk tinggal kan PUNCAK ALAM nie. Rasa takk puas gila la cuti. Mana takk nya,adik baru cuti sekolah,aku pula kena balik Arau. Memang tak la kann. Rsa nk buad je cuti sendiri. TAPI,banyak sangat benda nakk kena settle kat Arau tue. Takk apa la. 24/12 cuti lagi. HEHE Teruk gila,kuliah tak start lagi dah fikir next-next cuti. APTB

Lupa kan PUNCAK ALAM seketika,fokus study study study study dan study pula. GILA la aku. Kepala hotakk dah beku. Tadi buad MUET pun tah macam apa. Kena rendam dengan clorox nie. 3 hari 2 malam pun belum tentu lagi. ADOI ~ Go Syuhadah ! GO GO ! Wah tiba tiba semangat. 



Nota siku : Menang la semangat. Nakk tengok bola Malaysia VS Myanmar nie. GOODLUCK MALAYSIA !

Tuesday 15 November 2011

Sesi Melepas Geram Part 2 | Sea Games 2011

Assalammualaikum SEMUA.


Mood : SEA GAMES 2011
Lokasi : Indon *malas nakk aje panjang2. Buang masa makk je nokk. HAHA


Eh orang INDON ! Kalau takk booooo orang Malaysia takk boleh ke ? PERLU ke nakk buad macam tue ? Kalau yer pun semangat kesukanan kau tinggi , sokong jela negara kau ! Nakk booo malaysia kenapa ? Untung la kau jadi TUAN RUMAH ! Tunggu la turn Malaysia. TAPI,aku rasa orang MALAYSIA tak ada sifat HATI BUSUK macam kau nakk main balas-balas. Buang masa la kau nie. Patot la Allah turunkan bala kat negara kau. Semua kerana sikap kau yg tak BAGUS ! 


Nasihat Percuma : Tolong jadi PROFESIONAL la ! !


Btw,GOODLUCK Malaysia. ALL THE BEST. Kuat kan semangat , pekak kan telinga. KAMI BANGGA JADI ANAK MALAYSIA ♥ 




Nota Siku : Opsss ! Emo betul hari ni. Siapa takk marah kan bila negara sendiri orang buad macam tue. Maruah negara kita kena jaga. Kalau takk , siapa lagi ? Dah la bendera nedara kita kena bakar kt sana. Sabar jela. Nakk je hantar balik orang2 Indon yg ada kt Malaysia ni. Sesungguhnya,kuasa bukan kt tangan aku. DAMN !

Friday 11 November 2011

11 ♥ 11 ♥ 2011

Assalamualaikum SEMUA.


Sihatkah semua ? Jodohku bahgaimana ? Semenjak 2 3 hari nie , tak lena rasanya tidur. Takk tahu kenapa . Mungkin sebab Entri  APA KHABAR JODOHKU tue memberi impak yg besar dalam diriku. Tertanya tanya dalam hati ni. Oh minta tolong pergi jauh jauh! Belum tiba masanya.


Takk tahu kenapa ramai yg update status kat FB tarikh 11 / 11 / 2011 . KENAPA? OK memang cantikk tarikh itu. TAPI , apa yg menarik yg terjadi pada tarikh itu ? btw , SELAMAT HARI LAHIR untuk sesiapa yg lahir pada 11/11/2011. Bagi yg TIDAK ? Takk perlu kot kalau nakk update CONTOH : kalau couple tarikh nie mesti best kann , kalau dating hari nie kann ,mesti bertambah sweet kann , kalau boleh tue pun mesti best kann ? kalau boleh ni pun mesti lagi lagi lagi best kann?  WTF! Cuba la korang update status sebagai CONTOH : Bestnya dapat masak spaghetti untuk ibu tersayang. Ibu duduk releks je hari ni. CONTOH LAIN : Walaupun penat basuh kereta ayah , TAPI berbaloi bila melihat ayah tersenyum. Kann sedap je nakk baca status korang kalau macam tue. HEHE walaupun aku hanya menolong makk aku siang ikann je , itu pun dah rasa berberbalai. HAHA 


Ini pandangan Ustaz Azhar Idrus pasal 11/11/2011. 




Nakk ke termasuk dalam golongan orang-orang yg BODOH ? Takk nakk kan ? So, stop la update pasal 11/11/2011 tue kalau takk ada makna yg tersurat mahu pun tersirat. Bukan apa , Allah dah kurniakan otakk yg sihat dan badan yg cerdas , manfaat kan la betul betul. OK BYEE :))




Nota Siku : Siapa makan cili , dia terasa pedah yaww ! SELAMAT HARI JUMAAT ♥ 

Wednesday 9 November 2011

Apa Khabar Jodohku?


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


Assalamualaikum jodohku. 
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup malam tadi. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku.
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah.
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu kamu.
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku ingin aku mendengarnya.Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya. Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari? Semakin baikkah? Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya. Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya. Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah. Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu.Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya.
A M I N

Nota Siku : Siapakah jodohku ? Dimanakah jodohku? Bagaimakakah jodohku? Hm aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. 

Tuesday 8 November 2011

Kala H.A.T.I berdoa


Ya Tuhan
Tolong lembutkan hati dia , Untuk terima aku seadanya ,
Kerana aku tak sanggup , Kerana aku tak mampu ,
Hidup tanpa dia di sisi ku .

Ya Tuhan 
Aku tahu banyak dosaku , Hanya ingat kamu kala duka ku ,
Namun hanya kamu yang mampu membuka ,
Pintu hatinya untuk cintaku .

Malam kau bawalah rinduku ,
Untuk dirinya yang jauh dari ku ,
Agar tidak kesepian , Selalu rasa ada cinta agung .


Hanya mampu terserah , Moga cahaya di penanti

Ya Tuhan
 Tolong lembutkan hati dia , Untuk terima aku seadanya ,
Kerana ku tak sanggup , Kerana ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.

A.M.I.N

pimpinlah tangan ku,bawa ku bersamamu.
bahagia menanti KITA. 




Nota Siku : Dimanakah kehangatan yg dulu ? Sikit pun aku tidak rasa. JANGAN TERPAKSA , KERANA AKU TIDAK PERNAH MEMAKSA. Lakukan dengan iklas , berikan dengan tulus. INSYALLAH sampai syurga. AMIN

Monday 7 November 2011

Chef Pilihan | MASTERCHEF

Assalamualaikum SEMUA !

Aku tahu sekarang MALAYSIA sedang DEMAM MASTERCHEF kann? Betul ke takk? Takk nak ngaku lettuw. HEHE so aku percaya korang mesti ada peserta favourite juga kan? Sebab aku pun ada. SIAPAKAH ? 




Nama: Ezani Farhana Binti Md. Monoto 

Umur: 26 Tahun  Asal: Kajang

Pekerjaan: Doktor Pergigian

 Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam

Lokasi Percutian: Pulau dan Pantai 

Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam


Takk pernah TAKK TENGOK la ! WAJIB tengok tauu ! Ayat sweet dia , takk lengkap hidup rasanya tanpa menonton MASTERCHEF. CEWAH ! HAHA So siapa favourite korang pula ? BTW , GOOD LUCK DR. EZANI ! 

Kalau korang pun like EZANI , boleh la LIKE fan pages EZANI kt SINI



Nota Siku : Teringin juga nakk masuk. TAPI nakk jadi juri terus. Nakk rasa rasa je. BOLEH TAKK ? HEHE 

Thursday 3 November 2011

Debaran semakin terasa | OH RESULT !

Assalammualaikum SEMUA !


Mood : HATI TAKK TENANG GILA !


Esok bersamaan 4. 11 . 2011(JUMAAT) akan menjadi hari yg paling (SUKA/DUKA) bagi pelajar pelajar DIPLOMA UiTM. Malam nie kompem kompem MAKAN TAKK KENYANG , TIDUR TAKK LENA , MANDI TAKK BASAH ! Adoi nakk tak nakk , kita kena juga hadapinya.


Awal awal aku dah cakap dengan makk aku. Jangan harap sangat result aku sem nie sebab sem lepas merupakan KILLER SEM untuk aku. Takk dinafikan , lecturer aku pun cakap macam tue. Mana takknya 20 JAM KREDIT kot. Level level degree. Takk apa , itu takk jadi penghalang untuk berjaya kann? SUSAH DULU SENANG KEMUDIAN. INSYALLAH. 


Kat PORTAL UiTM siap siap dah bagitahu :






P E R H A T I A N !

Ada benda aku nakk bagitahu. Mulai ESOK bermula jam 8.00 pagi - 12 tengah malam . AKU akan :

1. OFF SEMUA HP *macam banyakk je kann? HAHA
2. OFF ACC FB



So , takk payah la sibuk sibuk nakk tanya ok ? Kita jumpa je NEXT sem nanti jela . HEHE =_="
PEACE yaww !


ADOI ! Jantung nie kalau takk berjoget joget memang takk boleh ke? MESTI nakk berdupdap dupdap eh? Nakk takut takut bagai. HEHE 




Nota Siku : Usaha DONE ! Doa DONE ! Tawakal DONE ! INSYALLAH.