Follower Cik Syuhadah

Friday 30 September 2011

# Peringatan

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai 
iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama 
dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam 
pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan 
mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita 
dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia
 di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA,
pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya
 ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam danberiman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akanterjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras dipertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kaliantelah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalamrumahkalian,tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutila diri kalian,sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar,makabersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus,Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akanselamat,tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Sumber : FB

Nota siku : Bertaubat la selagi pintu taubat masih buka.

Wednesday 28 September 2011

Assalamualaikum SEMUA! 
Ok Selamat Pagi juga *saja nk bagitahu update pagi pagi. Rajin la katakan.

Beronline macam takk ada keje je aku nie pagi pagi. HEHE ada memang ada. Kejap lagi aku buad *takk tahu kejap tue berapa jam lagi. HAHA.

Ok OK kt sini aku nk share something. Menarik ! dan kita perlu tahu. Terutama kaum HAWA! Sila baca ini :


Sekadar Gambar HIASAN ! 

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, 
dosanya sama seperti 
memelihara sekandang BABI . Oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita 
menyimpan kuku yang panjang . Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut . So, potonglah kuku anda !

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia 
tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan
tangan untuk beristinjak.


!!! Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang BODOH atau pun DEGIL sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya  semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala HOTAKK



Sekarang ini ramai yang pakai CINCIN tapi ikut suka suka dia je !


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah 
iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau 
memakai cincin pakailah di jari


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan JANGAN memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah 
adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman 
Nabi Lut a.s.

**** Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. 




Nota siku : Nasib baik aku nie jeniss tak boleh berkuku panjang panjang. Kalau takk GATAL
je GG nie  nakk GIGIT hehee

4 golongan Lelaki ke NERAKA

Hari ini dalam sejarah baca something yang di share dalam FB yg membuatkan aku tersentuh,takut,dan macam macam lagi perasaaan yg bercampur baurr. Oh DUNIA ! 


So,aku pun decide untuk share didalam blog kot kot ramai lagi sahabat sahabat belum baca.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 



Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



Ini adalah wajah lelaki lelaki yang amat aku CINTAI dalam hidup aku dunia dan akhirat. Dia AYAH aku , dia ABANG aku dan dia ADIK LELAKI aku.


I love youu AYAH


I Love youu ALONG !


I Love youu ALANG!

# Sesungguhnya aku amat menyanyangi mereka Ya Allah.



Nota siku : Copy paste sahaja. Maaf kalau ada kekurangan. 

Final ! Final ! Dan FINAL!

#kalau FINAL EXAM memang kita wajib stress ke? Aish!

Semester nie gila gila menguji tahap kesabaran aku la. Dugaan datang menimpa tertimpa timpa(hyperbolaa gilaa) dalam hidup aku. Hampir tersungkur dengam mainan HIDUP. Tapi,keluarga sentiasa disisi. Syukur kalimah yg keluar dari mulut. 

Hari ni baru boleh tarik nafas sedikit lega kerana 4 paper telah selamat di jawab. Susah senang adat peperiksaan. Boleh jawab, tak boleh jawab pun ada peperiksaan. HAHA. Lebih kepada boleh dari takk boleh (makk kalau baca sedap sikit hati orang tua tuee)

Lega takk lega 2 paper lagi weyyy ! Tiket 9/10 telah selamat dibeli. Tinggal nk naikk je. Nak mintak dicepatkan waktu,,memang takk boleh la kn. So,debaran semakin memuncak. HAHA

Mari usha usha jadual exam aku :

  • 19/9/2011  BEL311 ------------------------> DONE !
  • 21/9/2011  ECG203 -----------------------> DONE !
  • 22/9/2011  CTU211 -----------------------> DONE !
  • 27/9/2011  CSC128 -----------------------> DONE !

Ok ok tinggal dua (2) jeeee ! sabar yer syuhadah! sabarrrr. HAHA (JIWA KACAU) dah la dua dua paper tue killer paper. Memang menggila la.. 


  ** MAT235     5/10/2011      [X]

  ** ECS208      9/10/2011     [X] 

# MAT235 Calculus II for Engineers
# ECS208 Basis Solid Mechanics


Takk apa. Tak apa. Akan ku redah jua walau kau sekiller mana pun ! Hati ni takk penah gentarr la (punya la nk sedap kan hati sendiri) hukhukhuk. Doakan aku yee untuk dua paper killer mengkiller nie. ILY



Nota Siku : Killer pun killer laa. Gap seminggu kot. Layan MOVIE dulu kot. HAHA 




Header BARU :)

[PERHATIAN]


Header baru KEMBALI lagii.
Malas nakk cerita dulu. Mai skodeng skodeng dulu.


Ok yang ini FIRST draft.


Ok yang ini pula SECOND draft.


Amacam? cantikk takk HEADER baru ini ? 

Kalau NAKK korang boleh la ke belog kakakPINK nie. Klick kt ODER then kt situ ada instruction dia. Justt FOLLOW okkk. Sincerely speaking, kakakPINK niee sangat SEMPOI gilaa. Credit untuk kakak berhatimerahjambuu.



Nota siku : Okk header baruu. Url baruu. HATI baru *opss tuan punya hati yang baru masih TIADA. NOT FOUND!

Mood : Hati sedang berbunga bunga nk berkaryaa. Heee 

Saturday 24 September 2011

[ P.E.R.H.A.T.I.A.N]


Perasann takk apa yang kurang ? 
BETUL ! 110 markah .




No HEADER yee sayang sayang . Nantikan kemunculan HEADER baru.
Maaf la. Url dah tertukar *ada la sebab musababnyaa. Jangan tanyaa ok!
So,tunggu SAHAJA. 




Ok byee !

# 1











:: Jangan kita bazirkan air mata kita buad orang yang tidak menghargai kita. Usah kita menagih kasih sayang orang jikalau orang tidak sudi. Usah kita mencari-cari andai kita ditinggalkan terumbang-ambing seperti rumah yang berdiri tanpa tiang. Usah kita menangisi orang yang bertindak kejam terhadap kita. Tetapi hargailah mereka yang memberi sepenuh kasih sayang kepada kita. Kerana mereka inilah yang akan sentiasa berada disisi kita tidak kira masa atau ketika ::






#kata kata penguat semangat =.=

Thursday 15 September 2011

Doodle FREE lagi !

Assalammualaikum w.b.t blogger tercinta !

Ada pengumuman penting ! PEACE PEACE



Ehem ehem. Baca title katt atas pun dah tahu apa yg penting sangat kan? HEHE Ini ditujukan kepada peminat peminat doodle doodle sahaja. Pasti ramai kan yg minat! 

Tadi jogging punya jogging dari belog ke belog terjumpa la entri pasal doodle freeeee by cik tempe yg cuit miut nie. Aku punya la excited nak join. Sebenar benarnya,aku amat dan tersangat la berminat dengan doodle doodle nie. Tengok orang lain punya,cute cute je. Teringin juga nk miliki doodle CUTE macam mereka. =.=

Cik tempe. Ouh cik tempe . Adda nakk satu doodle BOLEH?? HEHE *takk malu main mintak mintak !

Ciri ciri doodle yg adda nak SIMPLE- SIMPLE je :
  • semestinya bertudung lagi nampak CANTIK.
  • berkasut sarung,berjeans dan berlong skirt (PINK polkadot).
  • sambil duduk tersimpul malu *ala ala gadis melayu gituu
  • dan memegang sejambak bunya rose PUTIH
  • yang lain-lain terserah kepada cik tempe !

Kamu kamu yg ditag oleh SAYA :
NisaFuzi si COMEL
- bella si GENIT 
- syafikaa si CANTIK


Nota siku : Harap harap la impian memiliki DOODLE free cikk tempe ni tercapai. INSYALLAH. 

Wednesday 14 September 2011

Hidup Baru

Ya Allah 
Bagi aku kekuatan untuk buad entri kali ini. Amin


Assalammualaikum blogger 


Berat rasa hati nk buad entri kali ini. Berat lagi tangan yang nk menaip. Sesungguhnya entri kali ini akan mengubah segalanya dalam hidup aku. Dengan usia semuda 19 tahun nie,matang untuk aku berfikir sebaik yg mungkin. Pengalaman banyak mendewasakan aku. 


Seperti title entri kali ini,seperti itu laa dia. Lepas ini tiada lagi entri yang bernada sayu lagi untuk blogger tercinta. INSYALLAH. Aku dah pun bernekad untuk pergi dari dunia kesedihan dan wujud dalam dunia penuh dengan kegembiraan ciptaan aku sendiri. Ini semua mainan hidup. Perlawanan yg lepas aku GAGAL. Insyallah banyak lagi perlawanan di hadapan perlu aku hadapi. Perlawanan yg lepas tetap aku jadikan ia pengajaran.


Ini sahaja untuk entri kali ini. Bersiap sedia untuk baca NEXT entri yg menarik lagi PANAS. HAHA panas ke? Suam suam kuku je kot. HEHE. OK laa. sesampai didisini jela. HAHA. Nak study pulakk. FINAL dah dekat weyy. 







#insyallah senyuman ini akan sentiasa terukir.


Nota siku : Dah macam model penyapu lidi dah. Macam tiang bendera pun ada juga. Berdiri megah tengah tengah malam depan rumah di bawah pancaran lampu minyak tanah. HAHA. GILA.



Mood Final HILANG

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni tak seceria pagi sebelum sebelum nie. Bangun je tidur ,terus mengalir air mata aku. Ya Allah , berdosanya aku. Sepatutnya benda pertama aku buad adalah bersyukur kerana Allah masih aku bernafas. Aku takk mampu  lawan perasaan sedih aku. Takk tahu la sampai bila. 

Final semakin hampir. 3 hari je lagi nakk FINAL. Tapi,aku masih macam nie. Melayan perasaan sedih sampai terlupa final semakin dekat. Aku tak tahu sampai bila. Perasaan sedih menguasai diri aku ! Kalau makk aku ,mesti mak ayah kecewa dan sedih. 

Syuhadah !
Wake up ! Wake up !
Masa depan kau sangat penting. Study la syuhadah! Kau masih ada masa. Ingatlah MAK AYAH kt kampung sana. Sedang menanti kejayaan kau.


pesanan makk =.=

Assalamualaikum blogger =.=

Hari nie hari yang sangat menyedihkan dalam hidup aku. Selama hidup aku,,tak pernah rasa sedih dan kecewa sampai macam nie. Tadi masa makan tiba tibe menitik air mata aku. Terus aku kesat air mata.  Makk cakap tak baik menagis depan rezeki. Terima kasih makk. Makk,angah teringatkan dia. Ya Allah. Kuatkan semangat aku.

Tadi teman zam buka puasa kt kedai around Arau. Lepas je makan,dapat call dari makk. Call kali nie berbunyi serius dan sedih. Almost 1 year aku tak meluahkan perasaan sedih yang lama aku pendam. Akhirnya,terluah segalanya tadi. PUAS! Luah dekat kawan kawan tak sama macam kita luah dekat makk kita. Alhamdulillah. 

Sampai je aku dalam bilik,dapat mesej dari makk pula. Makk mesti susah hati kenangkan anaknya yg sedang bersedih. Makk , jangan risau tau. Angah okeyy :( insyallah. 

Hmm mesej mesej yang makk bagi tak putus putus bagi semangat dekat aku. Tue yang membuatkan aku sangat sedih. Hati sayu je. Badan pun makin lesuu.

Makk cakap. Makk selalu berdoa agar aku jumpa lelaki yang dapat menjaga aku dengan penuh kasih sayang seperti ayah yang seorang penyabar dan kaya dengan kasih sayang #cari suami macam ayah,Angah =.= Menagis aku lepas baca mesej makk. Makk! terima kasih. Alangkah bahagianya bila saat nie angah dapat dakap makk erat-erat. Dapat kucup pipi makk lama-lama.

terima kasih.

Nota siku : Maaf kawan kawan. Lately nie,entri semua tak ceria. Takk sesemangat sebelum ini. INSYALLAH bila semua kembali NORMAL aku akan mulai yang baru. 

Mood : SEDIH =.=

Tuesday 13 September 2011

bertudung VS TAK bertudung

Assalamualaikum w.b.t


Hari nie aku nak share sikit pasal bertudung VS tak bertudung nie. Aku baru je lepas berblogwalking tadi. So ada jumpa satu entri yg sangat menarik nk dishare kn. 


Kat sini aku nak share sesuatu. Harap harap korang ada masa lan membacanya. Lihat ini :




#klick pada gambar untuk pembesaran . Terima Kasih

Untuk pengetahuan korang,since aku masuk UiTM nie la baru aku bertudung litup. Before nie,kalau nk pergi mana mana tempat yg dekat,memang aku tak pakai apa apa pun untuk tutup rambut aku. "Bagi aku..alaaa dekat je, Sekejap je pun,Takk payah la pakai" Tapi,bila dah masuk UiTM nie,,tiba tiba hati nie terbuka nk tutup rambut nie walau dimana dan kemana pun pergi. Jauh ke dekat ke,memang akan capai tudung untuk tutup. Alhamdulillah sehingga sekarang masih bertudung litup walaupun tak selabuh mana tudung yg ditutup. 


Nota Siku : Blog aku bukan sekadar tempat berkongsi suka dan duka dalam hidup aku. Turut aku memuatkan sedikit input untuk berkongsi bersama. Chill yoww !


Monday 12 September 2011

MAK ! Angah SAKIT

Makk..
Dah 3 malam berturut turut angah sakit kepala. Kenapa mak? Kenapa? Angah nak MATI ke?


Makk..
Kenapa mak duduk jauh dari angah?
Angah sakit makk ! tolong angah! 


Makk.. 
Angah tak kuat sekarang. FINAL semakin dekat. Kepala semakin sakit. Macam mana mak?


Makk..
Angah sakit. Mak tahu tak? 


Makk.
Makk dengar takk? Angah dah tak ada tempat mengadu selain MAK! 


Makk..
Angah nak tidur. Malam nie janji datang dekat angah tau. Mungkin angah sakit sebab rindukan MAK ,ayah, along ,alang dan adek kot.


Makk..
Angah tunggu mak tau. Sampai mak datang.


MAKK!
I LOVE YOUU.


Pn. Rossidah Bt Saari
ILOVEYOU.IMISSYOU.




Salam.

Thursday 8 September 2011

Final Project ECM206 DONE !


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Arau , Perlis


Final project ECM206

Title Project : Scenery Villa 


Name : Nursyuhadah bt Hamizi
Matric Number : 2010******
Name : Noor Farah Ain bt Md Hamisan
Matric Number : 2010******
Name : Nurul Nadia bt Mohd Noor
Matric Number : 2010******


Group: ECD3Qe
Lecturer Name: Miss Herda Balqis Bt. Ismail
Course: Civil Engineering ( Part 3)
Programmers : Diploma in Civil Engineering (EC110)
Date of Submission: 9 / 9 / 2011


* Maaf ! tak banyak gambar yg dapat kami ambil. Paling sayang gambar time bentang project. Hm tak apa la. Ini pun cukup buad kami ingat kenangan dibumi ARAU tercinta. 





# Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya. Akhirnya,project terbesar untuk sem nie TAMMAT dengan jayanya . Syukur syukur. 9/9/2011 memang aku akan ingat sampai mati tarikh nie. Takk tidur 1 malam dibuatnya. Hati nie risau Allah je tahu. Tapi,dalam satu hari semuanya berakhir. Bukan setakat project ECM206 je,final speaking untuk BEL311 pun TAMMAT. Berlaku dengan jayanya. Satu per satu beban berkurang. HAHA tak kurang mana la. FINAL EXAM menanti dihadapan. Tak apa. kita lepas mana yg perlu dilepaskan dulu. OK la sayang sayangku. Nak topup tido balik nie. Bye 

Nota siku : Gambar diambil selepas selesai kami bentangkan projek. Ehem ehem lokasi pergambaran penting. Bilik 0073 bilik owner belog nie ! *Aish nasib baik bilik kemas. Kwang kwang kwang.


Wednesday 7 September 2011

[PERHATIAN] Timetable Final Exam

Final Exam Course Code :Diploma in Civil Engineering (EC110)


19/9/2011     2.15pm-5.15pm
Monday        BEL311


21/9/2011       9.00am-12.00p.m
Wednesday      ECG203


22/9/2011       2.15p.m-5.15p.m
Thursday         CTU211


27/9/2011       9.00am-12.00p.m
Tuesday          CSC128


5/10/2011       9.00am-11.00a.m
Wednesday     MAT235


9/10/2011       9.00am-12.00p.m
Sunday            ECS208


# CTU211 Science and Technology In Islam
# BEL311 English for Academic Purposes
# CSC128 Fundamental of Computer Problem Solving
# MAT235 Calculus II for Engineers
# ECM206 Civil Engineering Materials
# ECS208 Basis Solid Mechanics
# ECG203 Basis Soil Mechanics

Nota siku : Semoga keputusan yang bakal diterima setimpal dengan usaha aku. INSYALLAH.