Follower Cik Syuhadah

Monday, 24 October 2011

kalau dah jodoh,takk kemana ♥



Seorang Mat Rempit telah jatuh dengan gadis ayu sopan bertudung litup .

Setiap hari mat rempit itu ikut gadis ayu itu pergi kerja. Gadis tu perasan tapi disebabkan iman dia kuat , dia sedikit pun tak endahkan lelaki tu. Satu hari tu Mat Rempit ni pun ikut gadis ayu itu sampai ke rumah , Dalam hati Mat Rempit itu terdetik "Kaya jugak dia ni , tak
setaraf dengan aku yang miskin ni :'/"

Keesokkkan nya mat rempit itu memberanikan diri bertemu gadis itu time gadis itu tengah makan di restoran seorg diri .. bermula la dialog :

Lelaki : Assalammualaikum cik , boleh saya duduk ?
Gadis : Waalaikummusalam , tapi encik ni siapa pulak ? takk ape silakan duduk .
Lelaki : see..see benarnya saya dah lama suka kan cik sebab cik ni gadis ayu ,sopan.
Gadis : Tapi saya tak kenal encik pun ?
Lelaki : boleh kita jadi kawan ?
Gadis : Tentu boleh . Nama saya Aisyah , nama encik ?
Lelaki : Nama saya Aiman :)

Semenjak dari itu mereka berdua berkawan baik dan bercinta. Selepas 6 bulan bercinta gadis itu perasan yang lelaki ni banyak berubah. Tak tinggal solat , selalu mengaji dan sopan dalam percakapan tak seperti awal2 pertemuan dulu . Lantaran dengan itu gadis ayu tadi memberitahu bapanya yang dia suka kan seorg lelaki dan mahu perkenal kan kepada ayahnya . Tapi ayahnya membantah dan berkata "Ayah dah ada pilihan untuk kamu !" berguguran airmata gadis tuh , Dia tak tau nk ckp macam mana kat lelaki itu sebab dia tau lelaki tuh menaruh perasan kat dia so dia pun beranikan diri jumpa lelaki tuh esok paginya.

Gadis : Saya ada sesuatu nk kasi tahu awak :'/
Lelaki : Apa dia ? kenapa menangis pulak ni ?
Gadis : Sebenarnya ayah saya dah ada calon suami untuk saya :'/

Lelaki : Hmmm . mungkin bukan jodoh kita , sukar untuk saya terima
kerana saya dah anggap awak terima saya tapii ..... (belum sempat
katakan gadis tadi mencelah)
Gadis : Takpe ! kalau ada jodoh takkan kemana !

Tiba lah harinya gadis itu dipertemukan dengan calon suami pilihan bapanya. Alangkah terkejutnya gadis tuh apabila mendapati yang calon suami pilihan bapanya itu ada MAT REMPIT yang selama ini dia cinta dan sayang . Dalam kegembiraan itu sempat bapa gadis itu senyum .. Rupanya bapa si gadis dah tau lama tentang hubungan mereka ..

P/s : Kalau dah JODOH TAK KEMANA :)

Ya Rabb,
Jika ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika adg 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya

Dan jika hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu
Maka, aku pun akan menerimanya sbg PMBERIAN TRBAIK dari-Mu
Buatlah aku mencintai pilihan yang Engkau berikan
Buatlah aku setia pada pilihanMu
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Engkau amanahkan.. ♥


Nota siku: Cerita ini mengingatkan aku kepada seseorang yg amat aku rindui dan sayangi. Malangnya hubungan kami terputus ditengah jalan. Tapi,aku percayakan pada JODOH yg datang dari ALLAH. 





4 comments:

Rosalia said...

nice entry tersentuh :')

siti hidayah said...

Suka entry ni. teringat kat dia :| kalau jodoh tak kemana

Eiqa Nur said...

entry ni menarik..
=_=

pajong pemalas!!! said...

sgt mnarik... :D
trigt pda yani....
:'(