Follower Cik Syuhadah

Tuesday, 18 October 2011

rahsia TANAH / AIR / API && ANGIN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (Hari Malaysia dah lepas LAMA !)


Wah apa yang nak di RAHSIA kan sangat tue ? HAHA tak ada makna rahsia rahsia. Saja nak bagi GEMPAK je tajuk entri aku kali ni. Kt sini aku nakk share sikit pasal rahsia di sebalik TANAH / AIR / API && ANGIN. Kita adik beradik ni selalu dikaitakan sikap kita dengan 4 unsur alam ni kan? berdasarkan turutan kita dalam adik beradik. 


Kau orang anak keberapa? Try la cekk 

  •   Tanah           pertama , kelima , kesembilan 
  •   Air                kedua , keenam , kesepuluh 
  •   Api               ketiga , ketujuh , kesebelas
  •   Angin            keempat , kelapan , kedua belah 


Ini rahsia yg tersirat disebalik TANAH / AIR / API && ANGIN

TANAH
Orang yg berunsur kan tanah ni jenis yang pendiam, pendengar yang baik, penyabar dan setia. Jenis ni memang takk suka membangkang dalam erti kata lain takk suka nakk lawan cakap orang lain. kira lebih bertolak-ansur la kan sebab mereka suka bawa sesuatu perkara ke meja diskusi. Meraka juga membawa watak seorang yang manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif. ha ni syok dengar sikit sebab meraka ini takk banyak karenah, takk cerewet, menghormati orang lain, merendah dri dan tidak sombong. Tapi,kalau meraka ini pendam marah lama lama boleh jadi gunung berapi! so AWAS! 



AIR
Orang yg berunsurkan air plak, mereka ini sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain [setenang air di kali la kannn.] dan mereka ni kalau buat sesuatu kerja tu sangat la teratur dan teliti. Tapi yg kurang nya mereka ni jenis yang keras kepala yang suka nak menang dia jela. Tapi dalam keras keras kepala mereka pun mereka ini jenis yg manja, lembut hati dan sensitif. Untuk peringatan! kalau yg kita selalu dengar pepatah ni kan. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya dan  jgn sangka air yang tenang takk ada gelombang. Kesimpulannya mood mereka ini tak tentu +.=



API
Orang yg berunsurkan api pula jenis yang semangat tinggi, sangat aktif dan berkobar-kobar. Bila dah api ni meraka lebih berwaspada dan sangatt teliti  dan bila dah api ini semesti la panas baran orangnya =.= dan kalau yg bercinta, mereka KUAT CEMBURU (cemburu tanda sayang )




ANGIN
Bila dah angin,mesti lah sepoi sepoi bahasa. Maka orang yg unsur angin ni boleh melembutkan hati orang lain. Mood mereka pun takk tentu juga. Macam kita tau la kan ada ribut , taufan segala gala lain. Tapi mereka ni suka tolong orang dan bagi kerjasama. Meraka ini jenis keras hati juga walaupun lembut lembut pun  (pening) dan suka buat hal sendri. Dan terakhir mereka ni suka tunjuk kalau rasa takk puas hati. =.=


Aku anak keberapa? RAHSIA RAHSIA. Teka la sendiri. HAHA Amacam? dah cek ke belum? Adakah sama dengan apa yg ada pada diri anda? 


# Rahsia ini dibuad berdasarkan kajian oleh individu tertentu  setelah dilihatnya, ditenungnya, dibelek beleknya di setiap angle. So,ini la HASILNYA. Yang betul ini,betul la. Kalau salah,jangan marah :))



Nota siku : HAHA aku anak ke2 !! Alamak,macam betul je SEMUA tue. KIHKIHKIH. 

9 comments:

Aimie Erika said...

sy pon anak kedua !
mmg betul laa sume tu :)

pajong pemalas!!! said...

saya ke lima...earth bender..hahahaha...ad btul gak tue..hahaha...lawak2...

Syuhadah Hamizi said...

HAHA betul eh? HEHE ok ok :))

sesumpahmerah said...

saya x ada anak lg huhuhuu...

cikBella:NabiLah said...

huhaaa..ske nak baca!! btol laa kowt tanah tuh..

Thirah Banks said...

ira anak sulong!

Syuhadah Hamizi said...

untung la siapa TANAH. HAHA air pun setia juga tau tau tau!

MissNadh said...

im air..betul la jgn sangka air yg tenang xde gelombang.skli meletup tahu ar..heheh

Syuhadah Hamizi said...

wah ! ramainya AIR. HAHA