Follower Cik Syuhadah

Monday 28 May 2012

Kerja Yang Paling Awesome!

Assalamualaikum Reader ZS 

Sekarang kita berada didalam segmen Blog Marathon lagi. 

Berbalik kepada tajuk entri di atas "Kerja Yang Paling Awesome!" Ouh sangat dan teramat la AWESOME bekerja dikedai itu. Hoho Apa yg Awesome sangat tue? Okay,macam nie ceritanya..............

Dari Arau dah merancang nak kerja cuti sem kali ini. Bukan tak ada duit ke apa,cuma saja nak habiskan cuti 2 bulan lebih nie dengan bekerja. Dapat la duit sikit kan dari duduk rumah je. Duit yg dapat tue boleh la back-up kt Arau nanti. Ye takk? 

4 hari duduk kat rumah,dah takk senang duduk. Maka,syuhadah ajak la adik lelaki (alang) pergi kt Econsave,Alam Jaya nakk cari kerja Part Time. Cari punya cari dapat la 1 number nie,KEDAI BUKU. Call punya call,terus orang tue PN. A suruh datang esok,pukul 10 pagi. Punya la happy kan,terusssss dapat kerja. Takk payah bersusah payah sangat. 

Esoknya,pukul 10 pagi punya la excited nak g kerja. Malangnya,sampai-sampai PN. A takk ada. 30 minit juga la duduk terpenyekkkk kt depan kedai tue dah la pekerja kt kedai tue yg MOK-MOK buad BODOH je kat kita. Hampeh ! Okay,buad relaksssss !

Jam dah pkul 10.45 pagi,tapi PN. A masih takk terpacul. Syuhadah pn terus la call sebab tak nakk duduk terpenyek-penyek kt depan KEDAI yg AWESOME tue! Bila call,boleh si PN. A tue cakap "LUPA! Then,dia pn dah berada jauh dari Puncak Alam". Dia suruh bagi HP kt MOK-MOK  Apa yg di cakap syuhadah pn tak tahu sebab time tue memang tengah BENGANG. 

Lepass je MOK-MOK tue endcall dengan PN.A,terus MOK-MOK tue ajar syuhadah itu ini. Contohnya opening,ajar guna mesin scan buku,ajar susun buku,ajar nak key-in data buku,closing dan sebangainyaa. Bila MOK-MOK tue dah ajar segala bagai tue,maksudnya syuhadah dah DAPAT KERJA la kann?

Esoknya datang kerja syuhadah telah diuji. Apakah? PN. A tue bawa syuhadah g stor buku,suruh kemass/susun buku. Dengar MACAM SENANG kan? Tapi???? Sangat lah dan teramat penat! Dengan STORnya yg sangat BERSEPAH ! Rasanya kerja angkat-mengangkat buku berat,panjat-memanjat rak-rak buku itu kerja orang-orang lelaki. Mana takk nya,buku-bukunya bukan buku yg nipis-nipis. Bapak segala tebalnyaaaaa. Dengan novel-novel,kamus-kamus,buku motivasi macam-macam la. 

Syuhadah buad kerja lelaki tue dari pukul 10pagi-6petang. 8 jammmmm? Hanya berbekalkan air mineral sebotol kecik je. Dah la stor tue jauh dari kedai-kedai lain. Memang seram. Boleh dia cakap,nak g makan pergi la. Gila ! Dah la kedai jauh,syuhadah pn tak mahir lagi kt area situ. Almaklum la kan,baru 2 hari kerja kot. 

Bayangkan lah,lepas pukul 6 tue,sambng kerja kt KEDAI BUKU tue semula sampai pukul 10malam. Badan jangan cakap,rasa LENGUH-LENGUH je -.- Balik je terus terasa SAKIT-SAKIT gila. Bukan manja okay ! Tapi ternyata kerja bodoh itu hanya sesuai untuk lelaki sahaja ! Cerita kat mak ayah,MARAH gila kot. Suruh berhenti pun ada.

Esoknya menjalani hari-hari bekerja seperti biasa dengan harapan tak akan buad lagi KERJA BODOH tue. HAHA hari semakin hari,syuhadah semakin mahir dengan mesin-mesin kt kedai tue. Maka,shif bekerja pun bermula. Ikut jadual,syuhadah masuk kerja pukul 5 petang. Wowwww dengar macam best je kan masuk lewat pukul 5petang TAPI ada je call yg dapat dari PN. A suruh datang kerja awal pukul 2 petang. Dalam hati,mesti kena pergi kt STOR GILA tue.

Ternyata tekaan syuhadah tepat sekali ! Arghhhhh apa lagi nie oiii -..- Macam biasa la kan,kemas mengemas yg tiada penghujungnya. Almaklum lah,BOOK FAIR kt PWTC takk lama lagi. So,dengan pekerjanya takk ada terpaksa la syuhadah yg buad. Dalam hati berdoa,cepat la habis kerja-kerja ni !

Hari berlalu dan terus berlalu. Syuhadah teruslah berbakti pada KEDAI YG AWESOME nie  yg buka setiap hari. Nakk cuti,boleh minta je. So,syuhadah selalu  la minta setiap hari ahad/sabtu. Sebab time tue je ayah syuhadah cuti,boleh la jalan-jalan kan. Tapi,boleh pula MOK-MOK tue cakap kias-kias kt syuhadah "......sabtu/ahad ramai la orang. MOK-MOK penat la. Kalau boleh,adda cuti la antara hari Isnin-Jumaat" Eh dalam hati,SORRY LA MOK-MOK ! Ikut suka hati I la nak cuti bila. HAHA kejam kan. Lagipun,nak cuti hari apa tak termaktub dalam undang-undang KEDAI AWESOME tue. So? Ikut suka hati la -.-

Hari yg indah terus berlalu tanpa berhenti. Kerja kt kedai tue takk la bosan sangat sebab kedai-kedai kt sebelah tue,pekerjanya sangat la BEST. Seriusly ! Mereka sangat-sangat la FRIENDLY. Selalu la datang lepak-lepak kt kedai buku syuhadah kerja tue. Boleh la borak-borak sikit. Kalau takk,memang bosan kot. Nakk baca buku,sampai dah takk larat. Hoho

Kerja punya kerja,tiba lah hari yang ditunggu-tungga. Hari apakah? Mesti lah Hari yg GAJI KELUAR. Yeahh Yeah Yeah ! Takk sabarnya! Excited gila kot nak dapat gaji setelah penat bekerja. Tiap-tiap hari tanya MOK-MOK gaji selalu keluar berapa hari bulan. Cepat la gaji keluar oi. TAK SABAR ! 

Finally,gaji pn keluar. Sumpah,EXCITED masa nak cucuk kad CIMB-BANK dalam mesin ATM. Sekali tekan PERTANYAAN BAKI dan terpapar la jumlahnya. Masa tengok je jumlah yg terpapar kat screen mesin ATM tue,TERKEJUT beruk+cipanzi+monyet la. Gila ! Biar betul nie gaji aku,bisik hatiku. 


JUMLAH BAKI : RM350 


Rasa hati ini teramat lah sedih dengan gaji sebanyak itu. Bukan tak bersyukur,tapi TAK BERBALOI dengan kerja yg syuhadah dah buat. Dah la,MOK-MOK tue selalu cuti. Terpaksa la syuhadah kerje 10pagi-10malam. Terpaksa datang kerja awal dari waktu bekerja la. Yang peliknya MOK-MOK yg selalu cuti tue boleh dapat gaji RM800. Fair ke takk fair? Sedangkan dia banyak cuti dan takk payah bersakit lenguh kena angkat buku kt stor. Dia hanya tunggu customer datang,duduk kedai elok-elok,tak payah nak berpeluh-peluh. Sedangkan syuhadah yg jauh lebih terseksa Si PN. A tue kerah tenaga syuhadah. Si GEMUXXX tue tak nak pula dia suruh -..-

Esoknya,selepas berbincang dengan MAK dan AYAH terus decide BERHENTI KERJA. Kita nie takk la HADAP SANGAT DUIT dia kan. Rasa topup yg MAK AYAH bagi jauh lagi banyak dari GAJI yg PN. A tue bagi ! Banggla pun tak kerja seteruk nie dan gaji bangla jauh lagi banyak la oi. Patut la dengar cerita dari MOK-MOK tue ramai pekerja part time (budak lepasan SPM) CABUT LARI cari kerja lain. Disebabkan GAJI TAK BERBALOI dan KERJANYA TERUK ! 

Ouh PEMILIK KEDAI BUKU AWESOME,tolong la jaga sikit kebajikan pekerja. Kamu tue MELAYU,ISLAM. Muda pun muda lagi Puan tue. Jauh lagi boleh pergi kedai buku tue kalau PN.A jaga kebajikan pekerja. Patutla kedai PN. A tak ramai customer. Jangan kan customer tak ramai,yg nak masuk jenguk-jenguk buku pn takk ramai. Ini dari pengalaman syuhadah bekerja dari 4.5.2012 - 30.5.2012. Pengalaman yg tidak akan syuhadah lupakan.

# Terima Kasih atas rezeki Allah sejumlah RM350.00 


No comments: