Follower Cik Syuhadah

Wednesday 14 November 2012

Selamat Datang 1 Muharram/1434

Assalammualaikum


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berdiri dibumi indah Allah. Sudahkah kita semua mengucapkan syukur keatasNya? Pejam celik pejam celik 1 Muharram telah menjelma. Ya Allah, sekejapnya. Ini sedikit perkongsian untuk kawan-kawan semua.






Bismillahirrohmanirrohim.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]-7


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)


Peristiwa-peristiwa penting :
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Jangan lupa ye kawan-kawan untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. 



**Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
**Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam


Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012, dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita :)



No comments: