Follower Cik Syuhadah

Wednesday 25 December 2013

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79

Assalammualaikum

Setelah sekian lama menghilangkan diri, akhirnya muncul juga ! Kahkahkah mood berblog baru sampai. Gini lah gayanya, nakk update ikut mood. Zaman study dekat Arau pun macam tue. Nakk study kena ikut mood. Masalah ikut takk ikut mood nie, akhirnya tamat juga pengajian selama 3 tahun sebagai student Diploma Kejuruteraan Awam di bumi Arau,Perlis yg penuh kenangan. Wuwuwuwuw RINDU ARAU, serius ! :)

Takk nak merepak banyak sangat. Sebab benda pun dah sebulan lebih berlansung. Ini baru nakk update. Apa punya pemalas la Syuhadah nie. Ihikhikhik 

Berbalik kepada post title diatas, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79 yg berlansung pada 14/9/2013, Alhamduulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. MOMENT YG PALING MANIS PERNAH AKU ALAMI. Saat-saat mc mengumumkan graduan masuk dalam dewan, kelihatan mak dan ayah para graduan mencari anak beliau. Lalu aku terlihat dua wajah, emak dan ayah aku melambai sambil tersenyum. Ya ALLAH, terharu lalu mengalir air mata. Cepat-cepat aku pandang tempat lain. Malu kalau-kalau mak ayah nampak kita nagis. Wuwuwuw

Dalam hati aku berkata, MAK AYAH INI UNTUK MU :')

Walaupun tak mampu menyarung selimpang, tapi untuk sampai ke tahap ini "grad on time" aku sangat bersyukur. 3 tahun berhempas pulas, akhirnya berbaloi juga. Teringat, masa SEM1 masuk berat aku 48kg. Kira bmi time tue, TIPTOP lah normal. Habis PART6 timbang berat, tinggal 42kg je. Terus underweight. Sobs sobs sobs balik rumah, mak ayah adik beradik panggil aku KEREMPENG dan sekarang aku tengah makan ubat vitamin untuk tambah berat badan. Lol

Nampak gaya, macam merasa sekali je konvo. Huhuhu nakk sambung degree, tapi syukur dapat tawaran kerja. Alhamdulillah, takk merasa menganggur bertahun-tahun macam siswazah kat luar sana. Itulah namanya rezeki masing-masing ALLAH dah tentukan. Selalu pegang ayat nie "REZEKI ITU ADA, CUMA CEPAT DAN LAMBAT SAHAJA". Terus berdoa dan bersangka baik, INSYALLAH semua ALLAH akan mudahkan.

Cerita pasal dapat tawaran kerja nie, nanti aku buad satu entri. Hehe ada cerita di sebalik tawaran kerja nie tau. Hey korang, kerja biasa-biasa je. Nanti aku cerita. Eh? :) Jom layan gambar konvo dulu






Terima kasih MAK, terima kasih AYAH. Tanpa mak ayah, tak mampu badan ini menyarung jubah biru bertopi senget di kepala. Terima kasih ayah, sudi jadi bank angah selama 3 tahun. Terima kasih mak, sudi dengan segala masalah angah. Sungguh, jarak PERLIS-SELANGOR itu sangat perit. 12 jam dalam train, 8 jam dalam bus. Hanya ALLAH mampu membalas SYURGA buad mak dan ayah. INSYALLAH 

Saat-saat nama diumum naik keatas pentas, hanya untuk membuad mak dan ayah bangga. Walaupun HANYA diploma. Semoga ALLAH memberi umur yg panjang,kesihatan yg baik buad mak dan ayah untuk melihat kejayaan angah dan adik beradik yg lain. 

ANGAH SAYANG MAK AYAH :*

Terima kasih tak terhingga kepada Makcik Yati dan Pakcik Azmi sekeluarga yg banyak membantu kami di Perlis. Dari segala aspek baik pengangkutan,penginapan, makanan dan sebagainya. Terima kasih ye. Hehehe Makcik Yati dan Pakcik Azmi nie pun bukan sesiapa lagi, BESAN mak dan ayah aku juga. Syukur ada sedara dekat sana :)

K cukup lah kot.


P/s : Sedang menghitung 2 hari penting. Semoga ALLAH memudahkan urusan aku. Ameen

No comments: