Follower Cik Syuhadah

Monday, 5 March 2012

AZURA 2012

Assalamualaikum Readerr Z S :)

Dalam kesibukan , sempat juga saya curi masa untuk menonton cerita AZURA 2012. Mula-mula sangat dan teramat lah tidak tertarik TETAPI setelah mendengar sok-sek sok-sek mulut orang bercakap pasal cerita nie , mula laa saya pergi bilik ke bilik membawa pendrive untuk mengopy cerita nie. Hehe selepas VANILLA COKLET , ini second movie yg telah menarik diriku utnk berangan-rangan ke dalam dunia percintaan. Acecececeh ayat takk boleh g. Hikhikhik

AZURA 2012 ini telah diberi nafas baru gandingan Neelofa dan Shahz Rizal dimana pelakon asalnya adalah Ogy dan Jamalabdillah. Cerita ini sangat la MANIS atau orang kolumpo cakap SWEET gituww. Apa yg menarik tertariknya saya dengan cerita directed by Aziz M.Osman nie , lokasi ceritanya sangat menarik di London dan Kota Paris. Kadang-kadang terberangan juga la ke Eiffel Tower , Tower Bridge. Woww , memang cantik la. One fine day , insyallah will coming there soon :)

Ini sedikit sinopsis cerita AZURA 2012 :

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan. Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana. Mereka hidup bahagia pada awalnya. Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala wAzura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Ini sedikit gambar untuk tatapan reader Z S tersayangg 




Ini je yang mampu diGOGGLEkan. Kalau nakk lagi , tengok je cerita AZURA 2012 tue. Mana yg tengah hot hot bercinta tue , cerita nie pasti mengHOTkan lagi cinta korang. Trust me :D

Ok laa, sampai sini dulu yer. Nakk g hantar mamber ke stesen KTM jap. Byee :)







Sunday, 4 March 2012

Kembali Lagi

Assalammualaikum orang kampung !


Wah , bersemangat la pula. Bukan apa , mood dah kembali la lar. Hanya nak bagi tahu yg FINAL JUST AROUND THE CORNER. ok byee !

Friday, 10 February 2012

Sepi Sunyi Tanpa Cinta


Sampai bila harus ku rasai erti sebuah kehidupan ini 
Pasrahku dengan kenyataan Impian musnah di pertengahan. 

Sepi ku tiada berteman umpama pungguk rindu rembulan 
Nota ini sebagai luahan yang memberi ku kekuatan 
Inilah lumrah kehidupan.

Tekadku mengubah perasaaan dan alihkan segala kedukaan 
Noktah bukanlah pengakhiran permulaan langkah memburu sasaran 
Azam tersemat sebagai ukuran. 

Cinta itu banyak pengertiannya iman yang kuat sebagai senjata 
Nikmat yang diberi perlu diguna tingkah dan laku harus dijaga 
Agar tiada lagi Sepi Sunyi Tanpa Cinta.






Sunday, 15 January 2012

Hari itu dalam sejarah ! bluekkk

Assalamualaikum Dear 

Entri yang kedua ! Wah,tiba tiba terrrajin. HIHI Ok ada benda yang nakk di sharekan dengan korang. Suatu sejarah baru telah tercipta. Apakah ? ok layan je gambar nie dulu. Sumpah,terbaikkk !
Muka tak RELA !

Model depan tue mamang CANTIK ! HAHA dah lama tahu. (bapak perasan) Cuba korang lihat dengan mata hati. Apa yg dapat korang perhatikan ? Perhatikan dengan teliti! Jangan tinggalkan satu patah perkataan pun semasa membaca. Ok ayat diatas berbunyi LOGI PENGOLAHAN KUMBAHAN. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERLIS). Guess what,apa motif sebenar berdiri pacak kat depan logi tue? Adoi pakai macam tue tapi ambil gambar depan logi. WTFrog !

Berdirinya disitu adalah............................. untuk mengambil sample air kumbahan untuk Lab Fliud Mechanics and Hydraulics. Oh tidak ! Bila member-member suruh pergi ambil,aku dah buad muka. Bukan malas nakk g ambil,TAPI ah takk rela takk sanggup. Untuk run experiment ni,wakil je pergi ambil sampel waste water. Takk payah satu kelas pergi ambil. Kang dah jadi macam rombongan Kak Kiah pula. HAHA So,siapa yg bertuah kena pergi ambil tue ? ? ? Masa tue nakk menagis pun ada masa tue. Ah nakk menbazirkan air mata semata-mata air loji nie. Memang takk la ! TAPI nak takk nak memang kena pergi ambil lah. Masa tue hati nie memang tak senang lah. Duk fikir macam mana lah kejap lagi nie. Adoiiiii

Tapi,masih bernasib baikk lagi sebab gerak ke logi dengan mmber kelasss. 4 motor juga la menuju ke logi tue. Fuh,lega la sikit. Motif yg seronok dyorang follow tue bukan apa,nanti boleh suruh dyorang ambilkan. Tolong menolong kan amalan tyerpuji. HIHI ok Motif berjaya. Layan gambar ni yaww

Ini hero sayaa. HAHA 

Thanks Anam sebab tolong cedukkan air WANGI tue. Sayang gila gila gila lah ! HAHA kau memang ohsem. Masa itu,aku anggap yg kau lah HERO aku. HAHA time tue jela ! HIHI *JOKE*
Serius lah,masa naikk kat atas tue,SUMPAH BAU DIA HARUM GILA ! Sampai nak termuntah-muntah. Mata dah berair-air. Ah tak boleh jadi nie,terus turun bawah. Ingatkan nakk gagah kan diri juga,tapi tak segagah Anam. Selesai proses ceduk menceduk,masa untuk menuang air WANGI itu kedalam botol ! Perghhh memang terbaik lah. Nasib baik lecturer nakk 1 liter je sample waste water tue. Kalau bertong-tong,maun pengsan lah. HAHA


Maaf madam. Waste waternya takk sampai 1 liter sebab masa nakk tuang tue banyak sangat tercicirnye. Hero saya dah tak sanggup nak menceduk lagi air WANGI tue. Ah jadi la tue ! Sempat lagi tue bergambar dengan air WANGI. Ini sebagai BUKTI di hari tua. HAHA nakk tunjuk kat anak cucu. HIHI Inilah pengalaman terbaikk dalam hidup. Lepas ambil waste water nie,memang tak lalu nak makan. HAHA asyik teringat2 je view dari atas logi tue. Bluekkkkkkkkkkkkkkkk :p 


Nota Siku : Nakk jadi engineer sangat kann ? Rasakannnnnnn ! HAHA

STRESS 2012

Asssalamualaikum Si Cantikk dan Si Kacak ! 


Woww lama gila lah takk mengadap belog nie. Busy sangat ke? HEHE Takk sangat lah. TAPI memang busy lah. Almaklumlah bila dah semester-semestar atas nie banyak sangat benda yg kena bagi fokus lebih. Tambah lagi dalam study. Banyak sangat benda yg terpaksa dikorbankan. Antaranya, waktu TIDUR ku tergangu ! OH TIDAK ! Aku nie dah la hantu TIDUR. Eh wujud ke hantu tidur? HAHA tidur itu penting tau. Sangat penting ! Semenjak 2 menjak nie tidur pun lewat gila. Dengan kelass malamnya,report-report yg terbengkalai dan test sana sini. Serius stress gila sem 4 nie. E cepat lah habis sem 4 nie. Makk tak sanggup nyah ! Boleh terkojol makk mcm nie. WTFrog ! 


Bukan waktu tidur je terpaksa dikorbankan,waktu nak BERDATING pun terpaksa dilupakan. HAHA sabtu ahad ada je benda hal masalah. E tak boleh nak tgk orang senang sikit. Ah kadang kadang aku buad2 macam tak ada benda hal masalah pun. Keluar jela. E takk ROCK la nakk skema2 sangat. HEHE 


Bukan itu je tau, waktu makan pun terpaksa dikorbankan. E untungnya UiTM dapat student macam nie. HAHA So,terpaksa lah postpone waktu waktu nak makan. Kelas dari pagi sempai tengah hari. Sambung pula tengah hari smpai ke petang. Kelas malam pun nakk juga. OK TAK PAYAH MAKAN LANSUNG ! HIHI (ayat je lebih) Kita sebagai smart student kena la pandai curi-curi masa kann? Amboi,curi hati orang tahu kann. HIHI pandai pandai la curi masa bila nakk makan , nakk solat. 


Kadang-kadang tue, cuti-cuti malaysia pun terpaksa dilupakan. Gara-gara test bertimbun-timbun naik cuti raya cina nie , so terpaksa la lupakan niat yg suci murni nakk balik kampung halaman. Buad buad tak tahu yg cuti raya cina ini wujud tau. Bila member member beli tiket balik kampung , terus buad buad mata kau juling seolah-oleh tak nampak apa benda yg mmber korang pegang dan kecoh kecoh tue. HAHA 


Bila fikir-fikir balik , rasa macam nak patah balik je ZAMAN SEKOLAH DULU. Tak banyak benda sangat nakk difikirkan. Tak banyak sangat tanggungjawab yg nak digalas. Tapi, ZAMAN UNIVERSITI pun best juga. Serius best ! Kalau bab2 busy tue,semua nakk ke zaman sekolah balik kann? Bila bab2 enjoy nie semua nakk ke zaman universiti. Enjoy ke banyak sangat tanggungjawab ke itu tak jadi masalah kann? Yang penting HIDUP PERLU DITERUSKAN ! Takk ROCK la kalau nakk yg best2 je dalam hidup. Takk mencabar kann. Kadang-kadang masalah datang adalah untuk mewarnai hidup kita. BETUL takk ?

# Gambar tak tahu apa motiff sebenar #



Nota Siku : TEST TEST TEST TEST TEST ! Stress mengundang !