Follower Cik Syuhadah

Tuesday, 18 October 2011

7 Hari Mencintaiku # kita nakk =.=


Assalamualaikum SEMUA.

7 HARI MENCINTAIKU. Wah tajuk dia kelaaaas kau Maria ! HAHA Tiba tiba teringat pasal novel ni. Aku penah nakk baca novel ni. Tapi, masa tue TIME nyaa takk sesuai la. Time FINAL exam. Memang takk la aku nakk baca kan? Kang tak pasal pasal kena baca buku tue dua (2) sem berturut turut. Ala bahasa lembut dia kira REPEAT paper la. HAHA hyper gila. So,dengan hati takk rela terpaksa la postpone niat nakk baca novel. 

Sekarang FINAL exam dah pun TAMMAT. Cuti sem pun dah berlalu 8 hari. Dan hari ke-8 ini la baru teringat pasal NOVEL ini ( banyak sangat minum air semut [kot] ) HAHA. So,musim cuti sem ini la masa dan TIME yg paling sesuai utk membelek novel itu. MALANGNYA aku takk ada novel itu. Macam mana nakk baca? Ada takk siapa siapa yg baik hati nakk bagi aku pinjam kan novel dia atau sesiapa nakk lagi SWEET hadiahkan la aku novel ni (takk malu kan? HAHA tp,kita nakk sangat baca novel tue).

Mari baca sinopsis dia dulu. Mengikut kata orang yg sudah membaca,ceritanya BEST. Try la baca dulu , baru tahu.


Sinopsis 7 Hari Mencintaiku

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Amacam sinopsisnya? Best takk? Kalau best,beli la (boleh pinjam) HAHA. Bagi yg telah memilikinya,jangan la KEDEKUT nakk bagi pinjam kt aku. Nanti aku pulangnya. HAHA Nakk buad wishlist pula,Hari Lahir aku lambat lagi. Cuti sem pun habis. Takk apa la. Baca sinopsis ni pun dah ok (sedihnyaa sambil kesat air mata yg takk keluar pun). HEHE macam budak budak la kau nie Syuhadah. HAHA


Nota Siku : Semoga ada yg BAIK HATI nakk hadiahkan kita NOVEL ni. AMIN +.=

4 comments:

Lya Colours said...

saya dah baca novel ni. best gila !
eh novel M.A.I.D pon sangat best !

Syuhadah Hamizi said...

yke? wah ni yg makin tak sabar nk baca novel nie. HEHE

sesumpahmerah said...

kalu x jumpa jugak cinta

Syuhadah Hamizi said...

HEHE insyallah jumpa punya :)