Follower Cik Syuhadah

Thursday, 27 October 2011

BAWAL VS SHAWL

Assalamualaikum dan Salam Jumaat SEMUA.


Syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi ALLAH. (Alamak kenapa baik sangat aku hari nie? HAHA)


Ok entry kali nie aku nakk bercakap (guna jari) pasal TUDUNG BAWAL yg telah lama dilupakan oleh kaum kaum hawa. Almaklum la sekarang nie kan trend SHAWL yg sedang panas macam GORENG PISANG PANAS yg kadang2 tue sejukk je. HAHA Macam macam jenis SHAWL la sekarang nie di pasaran. Nakk PASHMINA ada, SATIN ada , macam macam la. SEDIAKAN DUIT je. Tipu la kalau aku cakap aku takk ada sehelai pun SHAWL. Ada mmg ada la. Tapi, boleh kira sangat berapa. Kalau beli pun, lepas tue memang bawa balik rumah bagi dekat adik. HAHA membazirr GILA.


Kat sini aku ada list sikit SHAWL VS TUDUNG BAWAL. Ini mengikut pandangan aku la. 
( So,ikut suka aku la nakk mengarut apa. HAHA )

SHAWL
TUDUNG BAWAL
MEMENTINGKAN KECANTIKAN

Bahasa lembut SUKA BERGAYA.
Sekarang nie kan banyak sangat dah cara cara atau style style memakai shawl dimana memerlukan belitan dari depan ke belakang. HAHAHA silap silap boleh tercekik. Untuk nampak cantik,terbelit pun terbelit la. JANJI CANTIK. HAHA

SAVE DUIT

Kalau orang kampung den cakap MONEY la. Kalau omputih cakap aku takk tahu. HEHE sekarang nie orang sanggup berhabis duit untuk nampak cantikk . Bukan remaja je,orang dah kawin pun macam tue. Apa sahaja yg baru,pasti di beli. Kalau terlampau mengikut nafsu,hidup boleh binasa.

RAJIN

Buktinya , kalau nakk keluar dating tue kompem kompem kena bangun awal kann? betul takk? sebab sesi belit membelit tue kan memerlukan masa yg lama. Kalau takk jadi belitan tue , kan kena buka balikk. Ha rajin la tue ! Rajin bangun AWAL . Rajin membelit belit.

SIMPLE

Orang yg suka pakai tudung BAWAL nie seorang yg sangat SIMPLE. Bukan takk pentingkan kecantikan,tetapi ia mudah digayakan dan takk perlu mengambil masa yg lama untuk memakai. Kemas pun kemas juga bila dipakai. Kalau dah cantik , pakai apa pun cantik. Janji a menutup aurat. Nakk gaya kan macam mana pun takk apa. Takk perlu ada kelas tutorial memakai tudung bawal pun.

UPDATE

Kalau takk update, takk bandarr la. HAHA Kang kawan kawan kuliah cakap KUNO pula takk pakai SHAWL. Boifriend kang malu pula nakk bawa kita jenjalan takk pkai shawl. Yela , sekarang kan musim pakai SHAWL. Aish , hidup kena selalu UP TO DATE la orang kampung den cakap. HAHA
TAHAN LASAK

Wah bunyi macam ganas kan. Bukan apa. Bawal nie sesuai dipakai kemana jua. Takk kesah la ke pasar ke, ke Mall ke , dating ke , dan yg paling penting bawal nie boleh dipakai semasa camping. Shawl boleh ke? Hanya tempat2 tertentu je kann? Kalau nakk g kenduri tahlil orang meninggal,sesuai ke? TAKK KAN?




Kalau korang baca , mesti korang cakap aku lebih prefer tudung bawal kan? Ha nakk cakap aku OLD SCHOOL la tue. ( WHATEVER) Tapi,seriusly aku lebih selesa memakai tudung bawal dari shawl. Mungkin sebab aku kelihatan tak cantik kah memakin shawl? Atau muka aku nampak bulat kah memakai shawl? HAHA itu aku takk tahu. Tapi,aku memang rimas la kalau pakai shawl nie. Pernah aku pakai shawl masa weeding someone. Time tue confident gila yg aku look gojess pakai shawl. Rupanya bila tgk cermin, HAHAHA senget benget , herot berot , compang camping , ha ape lagi. 


Kesimpulanya, aku prefer memakai tudung bawal dari shawl. Kalau semua dah pakai shawl,siapa lagi nakk pakai bawal? So,biarlah aku memartabatkan tudung bawal yg makin lama makin dilupakan oleh kaum kaum hawa. Kalau perpatah mengatakkan takk kan melayu hilang di dunia, so pepatah aku takk kan bawal hilang di dunia. HAHA (WHATEVER sekali lagi)




Nota Siku: Ahad nie nakk g jalan TAR nakk borong tudung bawal plain banyak banyak untuk dibawa pula ke Araustralia,PERLIS. HAHAHAHA. 

7 comments:

AdeelaHime said...

Assalamualaikum... sy lbh suka pakai shawl sbb sbnrnya shawl lebih murah drpd tdung bawal... hehehe... belit tu kne la pndai cari y plg simple..sbnrnya sgt sng pakai shawl bbndg tdung bawal y kejap jadi, kjap x.. hahaha..tp bknlah xpakai bawal lgsg... hehehe...

Adibah Jumali said...

i love tudung bawal too.
senang nak bentuk.
dan lebih selesa lah nk pkai.
x lah herot2..
HAHHA

Cik Gojes said...

Hye adda . Bawal oke , shawl pon oke . fleksibel . pakai ikut mase dan tmpat . tapi tak di nafikan , bawal emang selese and shawl nak bergaye :)

_NisaFuzi_ said...

hehe betol-betol. org pun maleh nak belit-belit. pakai tudung bawal je. selekeh pun still lawa. haha

hoi, cakap nak datang !

ain dzaya said...

ain pakai dua dua..theethee

pajong pemalas!!! said...

sy pakai serban..ehh salah komen

Cik Hafizah Nurani said...

kalau sy? sy suka tudung bawal..alasan pertama x suka shawl, sbb melekap kat dahi. sbb kedua, x cantik la kalau sy pakai sbb sy berkaca mata, kaca mata akan membuatkan shawl nampak terbuka.bawal x perlu lilit2..dan simple..bawal akan lagi cantik kalau sembur guna penyembur pengeras tudung tu..