Follower Cik Syuhadah

Tuesday 1 November 2011

In A Relationship With? | Style ke?


Assalamualaikum Reader Tersayang. 


In A Relationship With?
Style ke?


Style takk style aku nakk share dengan korang pasal benda 'In A Relationship With'. Takk tahu korang takk tahu ke atau dah tahu then buad buad takk tahu. Apa apa pun , bagi yg takk tahu SILA BACA. TQ

Seorang wanita yang berani meletakkan status 'in a relationship with' kekasih bukan mahramnya itu sebenarnya sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah. Ini kerana dia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya, seperti istiharkan kemaksiatan. Tahukah anda bahawa meletakkan' in a relationship with kekasih bukan mahram' boleh menimbulkan fitnah??? Dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri. Nauzubillah.

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan 'couple' yang jelas haram, tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja. Nak selamat dan elak diri difitnah, halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat. InsyaAllah.


Nota Siku : Ini juga untuk peringatan kawan kawan dan diri aku sendiri. =_=''

3 comments:

Junit's said...
This comment has been removed by the author.
Ieqahgajah said...

betul jugakk pe yg you cakap..kadang kadang ieqah mmg de pk jugak,.sebab tu ieqah tak sukaa tnjuk b pd umum tp sometimes sukaa sgt ieqah buatt love quotee n ayat yg best best,huhu..kenaa beringat jugaklaa kn.. thankss info

Syuhadah Hamizi said...

sama sama :))