Follower Cik Syuhadah

Monday, 12 March 2012

Peluang kedua

Assalammualaikum.

Alhamdulillah selesai 1 paper hari nie. Ok,lupakan sekejap pasal final exam. Mata tak dapat lelap. Tak tahu entah mengapa. Maka aku mencuri sedikit masa untuk membuad entri pendek pada hari ini.Hari nie aku nak cakap pasal PELUANG KEDUA. Patutkah kita diberi peluang kedua ? Ok entri aku kali ini lebih fokus kepada percintaan. Merujuk kepada soalan aku tadi. Patutkah kita diberi peluang kedua dalam percintaan?



Ok,bagi aku lah kan. Kita sepatutnya diberikan pilihan kedua. Mengapa? Kerana bila kita mendapat pilihan kedua itu,pasti kita akan menghargainya. Orang cakap,belajar dari kesalahan terdahulu. Kita kena tahu, tidak semua orang yang baik hati nak bagi kita peluang kedua. Rambut memang sama hitam TAPI hati lain-lain. Rasa-rasa korang semua dah familiar dengan ayat tue. Apa kata kita cuba menghargai peluang itu.

TAPI

Bagaimana peluang yg kedua itu diberi dengan keadaan TERPAKSA ? Maksud aku mungkin BF/GF dia merayu tiap-tiap hari dekat pasangan dia minta rujuk balik. Tak tahan punya pasal asyik kena desak je, maka dengan itu dia pn memberi peluang kedua. Kita mungkin tak tahu peluang kedua itu diberi dengan ikhlas atau terpaksa. Ok terima kasih untuk peluang kedua dan mungkin ini peluang yg terakhir -,-



TAPI


Pilihan kedua tak akan sama seperti dulu. Pahitnya masih terasa. Manisnya macam dulu tak ada. Tah keman perginya. Tiba-tiba rasa macam takut dengan peluang kedua yg diberikan. Bukan takut apa. Cuma sepanjang peluang yg diberi , dia hanya nak cari kesalahan kita je.  Itu tak kena dan ini tak kena. Bila jumpa kesalahan kita, OK GOOD BYE ! Huh Itu peluang kedua yg macam mana? Tak kan salah sikit , itu hukumannya? Ok aku tahu itu peluang terakhir. GOOD BYE juga ! 

END 

Bukan si penerima tak hargainya. Tapi, si pemberinya tak patut buad macam itu. Tak semua orang sempurna. Mana nak cari sesebuah hubungan yg tiada masalah. Pasti ada pasang surutnya. 



P/s : Jangan diberi peluang kedua sekiranya terpaksa. SEKIAN 

1 comment:

♥ Cik Zack ♥ said...

like this entry :) tak smua org akan baik untuk bg peluang kdua :) pahit tu tetap akan rasa smpi bila2 pun. huhu