Follower Cik Syuhadah

Sunday 1 April 2012

Bahagian 4 Tamat

Assalammualaikum,Hyeee ZS kembali

Alhamdulillah pejam celik pejam celik tamat sudah bahagian 4 (PART). Macam takk percaya pun ada. Rasa macam baru je bahagian 1. Rasa macam baru je sampai Arau. Rasa macam baru je kenal member-member sekuliah. Tapi itu lah. Masa berjalan terlalu pantas sampai kita pun tak sedar. Sedar takk sedar 2 tahun dah jadi penghuni bumi Arau. Peperiksaan akhir untuk bahagian 4 baru je tamat semalam. Bahagian 5 dan 6 bakal menyusul kemudian. Sedarkah kita bahawa semakin lama semakin hampir kita dengan garisan penamat??

Kurang setahun lagi,lengkap lah pengajian saya di bumi Arau tercinta. Ok syuhadah,jangan terlalu excited. Still have 2 part to complete my diploma. Walaupun 2 bahagian je lagi,tapi ia tak semudah macam kita cakap "alaaa,2 bahagian je lagi" Fine ! 2 bahagian je lagi?? Wowww walaupun 2 bahagian je lagi,tapi ia merupakan KILLER PART untuk kami di fakulti kejuruteraan. 

Insyallah,everything gonna be okay. Semangat,usaha dan doa ibu bapa yg penting. Doakan yg terbaik untuk saya dan rakan-rakan seperjuang di Arau. 


Nota siku : Ok sesampai disini je dulu. Ada orang datang rumah. Heeee :D

No comments: