Follower Cik Syuhadah

Thursday 31 May 2012

Cerita 2 Tahun Lalu :D

Assalamualaikum

Jam menunjukkan 0.44 A.M Woww lewatnya update blog. Kenapa macam berkobar-kobar semacam je nie nak update blog. Hehe ceritanya sebab idea tengah melimpah-limpah bagai keladang gandum. Mata pula tak ngantuk kan. Mana taknya,bahan tidur petang tadi. Hoho Tak tahu kenapa mata meronta-ronta minta ditutup (eh boleh pula macam tue kan) Whatever -.-

Mukadimah di perenggan satu OUT !

Cerita sebenarnya nk cerita (pengulangan perkataan yg sama dalam 1 ayat. FAIL -..- ) memori 2 tahun lepas. (Takk ada la lama sangat kan, bajet-bajet je) Saje la nak share pengalaman-pengalaman dapat U dulu. APAKAH?Tadi masa online FB,banyak betul tengok status adik-adik (ke?) duk update pasal ke'EXCITED'an meraka untuk sambung belajar ke MENARA GADING. Mesti tak sabar kan mereka-meraka. Ada yg menghitung hari-hari indah. Ouh,indah ke alam universiti nie?? Rasa la sendiri yer bila esaimen yg banyak ditambah hari-hari test semakin dekat dengan banyak topik tak cover lagi. Masa tue,rasa nakk nak REDHO je. Tapi bila terpandang gambar mak ayah dibucu meja study,TAK SAMPAI HATI -.-  Study la walaupun terpaksa. 

Berbalik kepada cerita 2 tahun lepas dimana usia pada masa itu masih belasan tahun, 18. Pendek cerita masa tue baru lepas SPM duk sibuk tunggu tawaran belajar. Tunggu punya tunggu hari yg ditunggu tiba (berapa banyak tunggu dah,FAIL lagi). Hari apa? HARI RESULT UPU KELUAR. Masa tue kami sekeluarga pergi JUSCO BUKIT RAJA. Kebetulan along pula cuti,I pula masa tue last bkerja then gaji berkepok-kepok. Aim utama dapat gaji memang nak belanja FAMILY pn. Ouh baiknyaa. HAHA

Tepat jam 10.00 A.M  syu pun cek guna HP mak. Taip NO I/C then hantar kt no apa tah,tak ingat. 1 jam 2 jam 3 jam. Aik still tak ada lagi feedback. Okay,now try guna HP sendiri. Masih menanti dan terus menanti. Betul la orang kata,PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN. Masih tiada jawapan. Patutkah aku berhenti berharap,bisik hatiku (berdialog dalaman pula,A+ BM). Hoho Aish nak berjalan,makan McD tengok wayang pun tak ada mood. Senyap je masa tue. Dalam kepala hotak,kalau tak dapat la mana-mana U,kecewa la mak ayah. HANCUR MUSNAH !Along,pinjam HP. Try cek kt HP along pula. OKAY -.- seperti yg disangka,masih tiada jawapan. GIVE UP !

Masa dalam wayang (cerita HOOPERZ kot kalau tak silap) dapat mesej member 1 dorm 1 kelas,Puteri. Mesejnya berbunyi "Ada,kau dapat u tak? Aku ngn pina DAPAT u" then i reply,tak dapat feedback lagi -.-  

Habis wayang duk jalan-jalan dapat pula call dari Zam,member 1 dorm study sama-sama stay up tengah-tengah malam sama-sama. Dia pun dapat u. Okay,tinggal I sorang je tak tahu lagi. Tiba-tiba rasa macam tak adil sebab I,ZAM,PUT dan PINA sama-sama study stay up sama-sama. Result SPM pun lebih kurang je. Dalam kepala hotak nie lagi berkata,PERGI JELA MATRIKULASI GOPENG,PERAK. Habis cerita! Malas nak fikir-fikir -.-

Sampai je rumah,MUKA MASAM MENCUKA. Motif utama : KECEWA TAHAP GABAN. Clash ngn pakwe pun tak sefrust mcm nie. Whatever -..-'

Tiba-tiba HP mak bunyi mesej. Disebabkan HP tue jauh dari mak,so tolong la ambilkan then baca isi kandungan mesej itu. Baru baca "TAHNIAH. ANAK ANDA............" Terus mak rampas HP tue. Then continue baca mesej tue. HAPPYNYA TENGOK MAK TERSENYUM. Alhamdulillah,dapat juga tempatkan diri ini di UNIVERSITI,UiTM. Masa tue tak excited sangat. Sebab dah malam baru tahu.  Kawan-kawan lain siang-siang dah tahu. Dalam hati nie berkata "nie mesti nama dalam list bawah-bawah sekali. Tue yg lambat -..-'" #SYUKUR

Terus mak call ayah (ayah kerja masa tue) bagitahu pasal tue. Ayah just wish TAHNIAH jela. Hoho okay,tak payah g matrik. Yes yes yes ! #Saje gatal apply dulu. Hehe esoknya PAKCU call tanya macam-macam. Tak tahu kenapa pakcu excited nak tolong cek kan. Bagi jela No I/C bagai. 5 minit lepas tue pakcu call mak bagtahu something. Apahal muka mak lain macam je nie -.-' Lepas tue terus tanya kenapa-kenapa-kenapa?

Mak suruh teka dapat U mana. First,teka dapat kt PAHANG. Mak cakap salah. Then teka lagi kt MELAKA. Salah lagi. Terus meneka kt JOHOR. Salah-salah dan salah. Mak terus cakap dapat kt ARAU,PERLIS. Ha???? Biar betul? Tak nak pergi! Tak nak pergi ! Jauh sangat tueee ! Tak nak ! (Tiba-tiba) orang nak g GOPENG,PERAK la. Dekat sikit -.-'

Esoknya bincang-bincang la ngn mak dan ayah. Then mak ayah suruh call Makteh. Mungkin makteh lebih tahu sebab makteh pensyarah kt Matrikulasi Londang,Melaka. Finally,makteh suruh pergi ARAU,PERLIS. Sebab course yg ditawarkan tue kira sambungan dari course masa FORM4 FORM 5 masa kt TEKNIK SELANGOR,SUNGAI BULOH,AWAM. Course yg dapat pun DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING. Okay,pergi jela -.-

# Esoknya call kawan-kawan tanya dyorang dapat mana. Bila survey punya survay,rupanya ramai je member-member 1 sekolah 1 kelas dapat kt Arau. Apa lagi,HAPPY gila la ada geng kat sana. Dalam 10 orang juga la kan. PUTERI,PINA dan ZAM pun dapat ARAU. Caya la ! Tak sangka kot. Lain-lain FARAH AIN,RAFIKAH,JULIANA,MIRAHANUM,dan ARTIKAH. Best gila la !! Rasa macam kt sekolah teknik juga. Hoho 

Segala persiapan dibuat. Dari MEDICAL CHECK-UP,buka AKAUN BANK ISLAM,beli barang-barang dan sebagainya. Okay,SEMUANYA SETTLE :D

26/6/2010 - Hari pendaftaran Di UiTM Kampus Arau,Perlis. Maka,bermula lah kehidupanku sebagai mahasiswa selama 3 tahun sebagai pelajar FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM. 



Nota Siku : Untuk adik-adik yg bakal menjejakkan kaki di MENARA GADING,TAHNIAH akak ucapkan yer. Alhamdulillah,tak sia-sia usaha adik tak tidur malam,stay-up struggle untuk SPM,solat hajat tengah malam,berdoa dan mak ayah pun tak putus-putus doakan adik-adik. Akhirnya,Allah makbulkan doa dan impian adik. Ingat,life dekat universiti tak sama dengan life dekat sekolah/asrama. Kat sana baru kita kenal erti hidup. Bagi yg tak biasa duduk asrama,ia mungkin agak sukar untuk biasakan diri. Tapi lama-lama okay la. Kena PANDAI PILIH KAWAN. Solat jangan lupa bila jauh dengan FAMILY. 

Takk sabarnya takk habis DIPLOMA. Insyallah nakk sambung DEGREE pula. AMIN :)) cita-cita kena tinggi.


No comments: