Follower Cik Syuhadah

Thursday, 7 June 2012

Tirai Semester 5

Assalammualaikum 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup di bumi Allah. Hari ni Jumaat,hari penghulu segala hari. Semoga hari yg penuh barakah ni,kita dapat lakukan sesuatu yg bermanfaat. Insyallah

** Pendahuluan ala-ala ustazah gituww. Hihi

Apabila Jummat muncul,makin gelisah la hati ni. Pejam celik-pejam celik,cuti semester bakal melabuhkan tirai. Ya Allah cepatnya masa berlalu. 2 bulan cuti masih tak cukup ke Syuhadah? Perjuanganmu masih belum selesai. Masih berbaki 1 semester lagi. Bersabarlah Syuhadah. Kuatkan semangat ! (Kelakar je bagi semangat kt diri sendiri. Kihkihkih)

Walaupun dah PART 5,perasaan TAK NAK BALIK sama macam budak PART1. Makin nak habis,makin hilang pula semangat. Pergi mana semangat nie? Hilang ke mana? ( Dah syuhadah,jangan banyak drama sangat. HAHA kau kuat la gila! )

Bila cakap pasal SEMANGAT ia juga SAMA ERTI dengan SUMBER INSPIRASI. Teringat roomate dulu,Cik Widad. Tiap kali nak g kelas mesti semangat gila. Pelik juga,bangun pukul 8 padahal kelas pukul 10 lambat lagi kot. Bila tanya-tanya,mesti dia cakap "yela,nak siap-siap lagi" errr bukan lama sangat pun nak siap. Kalau I,rahsia la bangun pukul berapa. Agak-agak alarm bunyi baru bangun. Kihkihkih Tak ada orang nak kejut-kejut macam Cik Widad kita. Hehe Mana tak nya,BUAH HATI merangkap SUMBER INSPIRASI ada kan Cik Widad. Satu kelas lagi,mana tak EXCITEDNYA nak g kelas. Okay,senyap terus. Buah hati pun boleh jadi semangat eh? Ouh,baru tahu -.-

** Untung la siapa ada buah hati kt Arau,mesti semangat je kan nak balik kan. Mana tak nya,2 bulan tak jumpa. #Jeles SIKIT -.-

Esok,SABTU 9hb maka berangkatlah dinda (HAHA tak boleh p,dinda) ke Arau,Perlis. Ouh MALAS nak balik. Arau oiii,bukan dekat. Sikit punya jauh. Kalau setakat Melaka ke N.Sembilan ke tak apa juga. Nie Perlis kot,bapak jauh. Naik bus 8jam,naik train 10jam. Tulang segala tulang rasa macam nak tersembol + crack2 sikit. Silap-silap kena simen ( Ouh,hyper gila kau,Syuahadah ). Eh,tapi betul tau.

Ouh Semester 5. Semakin TERUK+PARAH+KRITIKAL silap-silap koma dengan subjek-subjek kau. Buad relaks jela Syuhadah,kawan-kawan ada. Kalau stress-stress boleh la pergi MAKAN STEAMBOAT ke LEPAK KUALA PERLIS ke TENGOK WAYANG KT JITRA ke pergi PADANG BESAR ke pergi PULAU LANGKAWI ke. Kihkihkih best juga (nakk sedap kan hati punya pasal. Huhu)

Bila kat Arau kan,tiap kali stress study mesti layan lagu nie. Buka volume paling FULL,cucuk earphone dalam lubang telinga,pastu melalak lagu nie. Roomate usya slekkkkkk je. HAHA apa gua kisah. Gua stress tahu tak ! HAHA ( Bergua-gua bagai -..- ) Ni lagunya,korang pun boleh la layan lagu nie kalau stress-stress ke.



HADAPI DENGAN SENYUMAN-Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja


Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang



Okay la,nak pergi kemas-kemas barang. Esok bus pukul 11.30 pagi. Dijangka sampai Arau pukul 8 malam. Doakan perjalanan kami selamat yer. Insyallah :D 


1 comment:

eiwaisland said...

eh, bru tfikir nk buat cmni aritu...sweet!... :) untung la "kwn" syuhadah tu...hehe... ^_^