Follower Cik Syuhadah

Thursday, 25 April 2013

Intersesi di UiTM Jengkalifornia, Pahang (PART1)

Assalammualaikum, hi ?

Wow, title post takk nakk kalah. Haha kalau korang (bukan student UiTM) nakk tahu, student UiTM nie sangat lah creative bab-bab bagi nama dekat campus memasing. Semua nakk mood student ala-ala dekat overseas. Almaklumlah, nakk sambung belajar dekat luar negara takk lepas, so nakk la sikit mood overseas tue kan. Hehe contohnya ;

  • UiTM Jengka, Pahang = UiTM Jengkalifornia, Pahang ( Mood : California )
  • UiTM Arau, Perlis = UiTM Araustralia , Perth-lis ( Mood : Australia )
  • UiTM Machang, Kelantan = UiTM Machangster, Kelantan ( Mood : Manchester )
  • UiTM Lendu, Melaka = UiTM London , Melaka ( Mood : England )
  • Dan sebagainya :)



Tengok ! Creative takk kami ? Hihi okayy, itu bukan tujuan sebenar update entry nie. Just nakk bagi intro je dulu kan. Bagi kenkorang warm-up dulu. Cerita pasal warm-up nie, tadi masa aku menyental baju dekat toilet, ada sorang budak nie dia tegur aku dan soalannya berbunyi "Eh,dari kampus Penang eh ? Course sportreac ke ? " Weyyyyy ! Aku ada muka budak sukan ke ? Takk nampak kemain ayu aku sental baju. Haha ! Ke aku nie nampak tough ?? (tembak diri sendiri) Tanpa muka tak bersalah aku pun jawab lah "Eh takk lah, saya dari UiTM Araustralia (mood kena overseas). Course civil, bukan sportreac " Lalu budak tue pun pergi. 

Okayy, perenggan atas pun masih lari dari tajuk. Haha panjang bebenau (versi orang melaka) intro aku nie. Berbalik pada tajuk di atas, aku sekarang tengah amek intersesi/shortcourse dekat UiTM Jengka. Hari nie genapp 5 hari aku dekat Jengka. Pengalaman pertama kali jejak Jengka nie sangat la Wowwwwwwwww ! Hijaunya. Exhale inhale, exhale inhale ! Oh segarnya. Aku akan berada kat sini almost plus minus 1 month lebih sikit macam tue lah. Kejap je kann ? Itulah namanya shortcourse. Lagipun, aku amek 1 paper je. Code ECS328 -  Design steel and timber.

Jadual belajar berbeza macam time kuliah biasa kita dekat campus tue (bagi yg tak pernah amek intersesilah). Dekat sini, sehari 2 jam je (untuk 1 subjek) waktu kuliah dan lagi 22 jam tue aku takk tahu apa aku buad. Hambar ~ Takk tahu nak buad apa. Aku pun bukannya kaki movie. Tapi runningman tue ye ! Hihi Lecturer dekat sini, best-best. Hebat ! Sama macam lecturer dekat Arau juga. UiTM Jengka besar. Tapi Arau pun besar juga. Err err mungkin dekat Arau ayah bagi aku motor (oh BLH, tetiba rindu kau ! ) so senang nak gerak kemana-mana. Dekat sini, aku terpaksa berjalan kaki. Jauh juga kelassnya. Okay, lepas nie jangan tanya aku apa rahsia disebalik KEKURUSAN aku. Bila call mak, mengadu kelass jauhh bagai-bagai. Then makk jawab " Haa manja sangat dekat Arau. Rasakan " Okayy mak, kita sentappp :P

Bab makan untuk seminggu nie problem sikit. Dining dekat kolej takk buka. Sebab diploma kan tengah cuti sem. Lepas tue budak degree pula tengah cuti mid-term. Oh abang-abang dan kakak-kakak degree, cepatlah balikk. Kita takk larat nakk g bandau je. Jenuh ! So, hampir semua dining kolej tutup. Sobs sobs sobs terpaksa la cari sesuap nasi dekat bandar. Bandarnya dekat je dalam 10 minit +/- macam tue. Kalau jalan kaki tue, jenuhh jugalah kan. Maun tercabut skru-skru lutut. Nakk g bandar, bus ada la sediakan. Free je ! Tapi kalau naikk van koperasi kena bayar RM1. So, takk ada masalah sgt pun. Semua kemudahan ada. Biasalah, kita nakk biasakan dekat tempat baru nie makan masa sikit. Orang kata TAKK KENAL MAKA TAKK CINTA  Oh mohon jangan terkenal dan terjatuh hati dengan orang Jengka. Jangan ! Hihi 

Maaf ! Baru perasan terpanjang pula :P


1 - Gambar versi cover ayu otw nakk ke Jengka. Masa nie silent hp risau makk ayah dekat depan dengar aku snap gambar. Hihi takut kena perli rapat ngn makk ayah nanti. 

2 - Sesampainya di Jengka, singgah dekat U-Mart beli cekedisss untuk dingap-ngap time kebosanan. Dekat Arau ada C-Mart, dekat Jengka ada U-Mart. Okayy la kann :)

3 - Gambar bersama lil sister sebelum mereka berangkat pulang. Err 2 jam je pun dari KL. Dekat ! Okayy, sesapa nakk datang melawat aku, dipersilakan :)


A 330 - 1

1 - Yg bercadar jalur-jalur tue katil aku. Katil atass wooo ! Takk suka takk suka ! Since PART1 sampai PART6 aku takk pernah tidur katil atas, tetiba dekat Jengka dapat katil atas. Sobs sobs sobs sedih ! Lambat sangat sampai, tengok dah ada orang cop kan untuk kengkawan dia. Its okay lah. Takk kisah pun. Nakk juga merasa katil atas. Yeah, positive sikit syuhadah ! :) 

2 - Inilah keadaan meja study dia. Lebih kurang dekat Arau je kan. Cuma meja dekat Arau asing-asing. Meja kau, meja kau. Meja aku, meja aku. Ha macam tue. Nakk mengelakkan dari berebut kawasan la katakan. Yela yg Minah buku dia 3 buah je tapi stokk makanan penuh atas meja. Yg Peah pula buku dia 2 biji je tapi novel 16 biji campur dengan majalah-majalah lagi. Yg Saodah pula buku ada 35 biji. Kengkadang study pun buku atas buku. Pulann gila saodah nie ! Haha Point dia sekarang, meja asing-asing nie letak la apa kau nakk letak. Janji atas meja kau je. Kalau meja dekat Jengka nie, kena share ngn kengkawan lain. Kena banyak consider tang kawasan. Tak boleh lebih kawasan, tak boleh kurang kawasan. Kena buad sempadan sendiri lah. Amboi ! Dah macam akak-akak kawasan plak kan. Sampai tak apa yg cuba aku sampaikan nie ? Err 

3 - Hehe yg ada begg buruk dengan botol mineral tue tempat aku. Hihi 

4 - Dari susunan meja, almari dan katil sebiji macam dekat Arau. So bila duduk dalam bilik nie rasa macam duduk dekat Arau juga la kan. Boleh macam tue ? Hm ye, aku tahu aku sorang je kan semangat sampai awal kan. Nak buad macam mana, roomate aku semua budak Civil Jengka. Tempat dyorangkan. Sesuka la dyorang nakk datang bila. Hm hambar ~




1 - Hari pertama kelas bermula. Nie tangga dekat Uwais a.k.a Pusat Islam UiTM Jengka. Dekat Jengka takk panggi PI, tapi dyorang panggil nama PI tue, Uwais. Bermulanya kehidupanku di Jengka bersama Aida, Mcraa, Miz dan kenkawan yg lain. Hoho

2 - Hari kedua. Bidara tue nama salah satu blok dekat UiTM Jengka. Dyorang cakap, Bidara nie blok budak-budak engineering. Woo O.O bergitu ! Dekat Arau, campur je. Situ la kelas civil, situ jugalah kelas budak banking dan situ juga kelas business, SR, computer sc dan sebagainya. Gambar bersama WaniNoordin dan Farah Elia :)

3 - Hari kedua juga. Gambar dekat entrance UiTM Jengka. Cantikk kan ? Arau ada ? Hihi Kebetulan tunggu Miz keluarkan duit, so lets picture ! Hihi pantangg tau.

4 - Hari kedua juga nie. Hihi sakan hari kedua amekk gambar. Hari kedua nie memang banyak juga kami berjalan dalam UiTM Jengka nie. Baru terasa besar UiTM Jengka nie. Nie pun banyak tempat lagi kami takk terokai. Tunggu ~ 

5 - Hari ke tiga. Gambar depan library Al-Bukhari UiTM Jengka Pahang. Ini library baru katanya. Library lama dekat belakang library baru. Okayy, takk sampai lagi library lama. Niat nakk masuk dalam library nie, tapi memandangkan macam takk ramai orang je (diploma degree cuti) so kami pun membatalkan niat lalu kami pun keluar untuk lunch di bandar.



Nota siku : Part 2 coming soon, InsyALLAH :)



4 comments:

amir huzaifah said...

selamat berintersesi..haha :D

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Nurliyana Mohd Fariz said...

tengah merayau-rayau ni bole pulak jumpa blogger satu kos.

nice kan jengka. hahaha lek la kejap je kot kat jengka. intersesi.

debor pulak result penerapan nak keluar. hope yang baik-baik ye.

kawan baru, nmf.

Fatimah Jaafar said...

Rindu UiTM Jengka.. :)


makaqilarif.blogspot.com