Follower Cik Syuhadah

Thursday, 20 September 2012

Perihal Sirat Mustaqim

Assalammualaikum

Sekadar berkongsi untuk perihal AKHIRAT kelak. "Sesungguhnya aku juga serba kekurangan sedang mencari sesuatu untuk bekalan disana" InsyAllah


Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas KILAT.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti TIUPAN ANGIN.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti BURUNG TERBANG.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti KELAJUAN KUDA LUMBA.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas LELAKI PERKASA.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas BINATANG PELIHARAAN.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh SEHARI SEMALAM.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama SATU BULAN.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama BERTAHUN-TAHUN.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 RIBU TAHUN. 

#Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Dalam golongan manakah kita? SELAMAT MENUNAIKAI SOLAT MAGHRIB KAWAN-KAWAN :D



Monday, 17 September 2012

Menaip Entri Tanpa Backspace

Assalammualaikum

Hari nie nak main astu satu game CERDIK iaitu game menaip tanpa backspace. Tahu tak backspave backspave backspace tue apa? ala yg delete delete kalau salah atau tertypo. Apa yg tertulis adalah yg terkeli8r terkeluar dali dari hati turun ke mulut lalu tangan atau jari terus manaip menaip. Wah tiba tiba rasa macam game nie AWESOME. 

Sekarang tengah stress gila baban sebab bunyi bising org mesin rumput. Fell geel fell feel nak menaipk menaip pun hilang. Oi cepat la berhenti mesin gumbut rumput. Aku stress bak hang. Hehe Tak pasal pasal ihr org emsin mesin rumput yg kenan kena. Wah gila laju aku taip macam tak pervaya percaya. Meraput merapu meraban bagi kat aku. 

Apak apa lagi aku nak emrapu merapau merapu eh? 

Okay beru baru teringat tadi masa dalam kelas highwany highway engineering aku,yaa aku dan yaa duk borak-borak kt belakang masa Miss Jue tengah mengajar. Wah sunggu sungguh sopan kau,Syuhadah. Hehe borak punya borak tiba tiba dalam kepala hotak nie teringat LANGKAWIN LANGKAEWI KANGKAEI LANGKAEI LANGKAAWI LANGKAWI gila banyak aku tertypoooo weh. Oakay okay berbalik kepada LANGKAEIN KANGKAWIN LANGKAWI *agaknya aku memnag memang dah terkena sumpahan mashuri kot sebab terpaksa mengeja LANGJAWKI LANGKAWIN LANGKAWI benyak banyak laki kali. 

Lupakan segala sumpahan mahsuti mahsiru mahsuri dan berbalaik berbalik kepasa kepada langkawin langkaewi langkawi **sah dah kena sumpahan!

Memangdangkan memandangkan sem depan merpakan merupakan FINAL SEM untuk aku dan kawan-kawan,makan maka dengan itu aku ingat nak bercuti ke LANGKAWEI LANGKAWI bersama cklassmate classmate. Yela lepas nie kan kami akan meninggalkan bumi PERLIS trersinta tercinta. Why not kita berjalan-jalan menikmati hari-hari kami yg tak sampai 6 bulan di perlis nie. Wah bagusnya idead idea kau,Syuhadah!

Langkaewi langkawie langkaei langkawi dengan Perlis bukan jauh mana pun. Naik ikut Kauala Kala Kualan Kuala Perlis dalam 40minit sampai la PULAU LANGKAWI tue. Tak sabar nak borong segala jenis tok nenek anak cucu cicit jenis coklat. Ala aku tahu bukan aku je yg gila coklet kan. Baik laki mahupuuun perempuan. Laki yg tak minat tue,confirm2 belikan coklet utk awek. Ingat sweet letuww. Yg perempuan single tue mesti beli bawa balik utk mak ayah. *aku letuwww. HAHA *evil laugh

Makin dicerita pasal LANGKAWI *perfect makin membuak-buak perasaan nak pergi. Rasa macam sekaranag sekarang juga nak packing barang naik teksi g Kuala Perlis beli tiket naik feri pergi Langkaein Langkawi sorang2 -..-'

Okay ckup cukup mengart mengarut sampai sini. Bye

I   CIVIL ENGINEERING

Eh apa benda ♥ CIVIL ENGINEERING tiba tiba tak ada angin tak ada ribut nie -.-' Hehe nie baju batch la untuk budak PART5. Jangan jelesss youu :p Orang lain semua dah dapat lama kot. Kita je baru dapat. Tue yg baru semangat sikit. Gila AWESOME tak ada typoooo :D *RIAK

Nie lah bajunya. SIMPLE BUT NICE :)


Sekian sahaja ntuk untuk gama games CERDIK nie. Siapa nak try test cuba diri sendiri nak tengok banyak ke tak typonya atau mahir ke tak bermain ngn keypad laptop boleh la try resepi baru aku nie. SELAMAT MENCUBA :)



Monday, 10 September 2012

#Syukur

Assalamualaikum 

Kalau dulu dia di BENCI tapi sekarang dia di SAYANGI. #syukur
Kalau dulu dia di MARAHI tapi sekarang dia di NASIHATI. #syukur
Kalau dulu dia di JAUHI tapi sekarang dia di DEKATI. #syukur

Syukur Syukur Alhamdulillah. 





Thursday, 2 August 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ♥

Assalammualaikum 

Wah,bersawangnya blog nie -.- Lama tak update blogku yg Awesome nie. Tak tahu kenapa bangun je tidur,tiba tiba rasa macam nak write something. Tapi nak tulis apakah? Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan " Alhamdulillah,masih di beri nyawa di ramadhan ke-13 ♥

Selamat Menunaikan ibadah Tarawih :D

Thursday, 7 June 2012

Tirai Semester 5

Assalammualaikum 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup di bumi Allah. Hari ni Jumaat,hari penghulu segala hari. Semoga hari yg penuh barakah ni,kita dapat lakukan sesuatu yg bermanfaat. Insyallah

** Pendahuluan ala-ala ustazah gituww. Hihi

Apabila Jummat muncul,makin gelisah la hati ni. Pejam celik-pejam celik,cuti semester bakal melabuhkan tirai. Ya Allah cepatnya masa berlalu. 2 bulan cuti masih tak cukup ke Syuhadah? Perjuanganmu masih belum selesai. Masih berbaki 1 semester lagi. Bersabarlah Syuhadah. Kuatkan semangat ! (Kelakar je bagi semangat kt diri sendiri. Kihkihkih)

Walaupun dah PART 5,perasaan TAK NAK BALIK sama macam budak PART1. Makin nak habis,makin hilang pula semangat. Pergi mana semangat nie? Hilang ke mana? ( Dah syuhadah,jangan banyak drama sangat. HAHA kau kuat la gila! )

Bila cakap pasal SEMANGAT ia juga SAMA ERTI dengan SUMBER INSPIRASI. Teringat roomate dulu,Cik Widad. Tiap kali nak g kelas mesti semangat gila. Pelik juga,bangun pukul 8 padahal kelas pukul 10 lambat lagi kot. Bila tanya-tanya,mesti dia cakap "yela,nak siap-siap lagi" errr bukan lama sangat pun nak siap. Kalau I,rahsia la bangun pukul berapa. Agak-agak alarm bunyi baru bangun. Kihkihkih Tak ada orang nak kejut-kejut macam Cik Widad kita. Hehe Mana tak nya,BUAH HATI merangkap SUMBER INSPIRASI ada kan Cik Widad. Satu kelas lagi,mana tak EXCITEDNYA nak g kelas. Okay,senyap terus. Buah hati pun boleh jadi semangat eh? Ouh,baru tahu -.-

** Untung la siapa ada buah hati kt Arau,mesti semangat je kan nak balik kan. Mana tak nya,2 bulan tak jumpa. #Jeles SIKIT -.-

Esok,SABTU 9hb maka berangkatlah dinda (HAHA tak boleh p,dinda) ke Arau,Perlis. Ouh MALAS nak balik. Arau oiii,bukan dekat. Sikit punya jauh. Kalau setakat Melaka ke N.Sembilan ke tak apa juga. Nie Perlis kot,bapak jauh. Naik bus 8jam,naik train 10jam. Tulang segala tulang rasa macam nak tersembol + crack2 sikit. Silap-silap kena simen ( Ouh,hyper gila kau,Syuahadah ). Eh,tapi betul tau.

Ouh Semester 5. Semakin TERUK+PARAH+KRITIKAL silap-silap koma dengan subjek-subjek kau. Buad relaks jela Syuhadah,kawan-kawan ada. Kalau stress-stress boleh la pergi MAKAN STEAMBOAT ke LEPAK KUALA PERLIS ke TENGOK WAYANG KT JITRA ke pergi PADANG BESAR ke pergi PULAU LANGKAWI ke. Kihkihkih best juga (nakk sedap kan hati punya pasal. Huhu)

Bila kat Arau kan,tiap kali stress study mesti layan lagu nie. Buka volume paling FULL,cucuk earphone dalam lubang telinga,pastu melalak lagu nie. Roomate usya slekkkkkk je. HAHA apa gua kisah. Gua stress tahu tak ! HAHA ( Bergua-gua bagai -..- ) Ni lagunya,korang pun boleh la layan lagu nie kalau stress-stress ke.



HADAPI DENGAN SENYUMAN-Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja


Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang



Okay la,nak pergi kemas-kemas barang. Esok bus pukul 11.30 pagi. Dijangka sampai Arau pukul 8 malam. Doakan perjalanan kami selamat yer. Insyallah :D