Follower Cik Syuhadah

Saturday 6 August 2011

[PERHATIAN] Memakai Contact Lens Berwarna Itu HARAM !

Selamat berpuasa kepada all blogger ( :


Tadi bosan-bosan aku pun blogwalking la. Menziarah sanak saudara walaupun raya belum lagi. HAHA. Jalan punya jalan,terbaca 1 entry nie. Amat la menarik perhatian aku untuk baca sampai habis. Kalau takk sebelum nie tengok2 gambar je. HAHA.Sebelum apa2 pun,aku nk says big thanks too Innanie Ariffin *bakal lawyer tau! kerana sudi berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yg ramai orang-orang luar sana tak tahu.


Baru aku tahu Memakai Contact Lens Berwarna Itu HARAM !



Apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau,biru dan coklat untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan maka dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.


Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.




Saya (Syeikh Ahmad Kutty )tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa. 




Terdapat 2 jenis kanta sentuh:


 1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar. 


2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.





Wow ! Macam-macam warna ada ! 
Cantik ! 
Tapi, HARAM memakainya.




Kepada sesiapa yg terbaca dan memahami dengan lebih jeles tentang hukum-hukum memakainya terutama mereka adalah golongan yg memakainya. Hindari diri anda dari memakainya. 


Nota : Nasib baik aku baca ! Kalau takk,aku dah beli warna HAZEL nk pakai RAYA nie. HEHE. Aku ingat kan tak ada hukum haram atau tak. Rupanya memakainya HARAM! Nasib baik aku tau awal. ( :
  



 Sumber : I LUV ISLAM

4 comments:

Anonymous said...

thankss 4 sharing....
~setiap amalan berdasarkan niat...
~saya pakai kontek lens taw dak yg jenis Kanta sentuh ophthalmic ...hehehe. sebab spek sya selalu ilang n merate2...=,="

Syuhadah Hamizi said...

most wc,sweetie (:
hehe. mcm tue pulak ke? elok la tue pakai lens ophthalmic.

Amirul Iman said...

haram?
oh.
baru tau. :)

Syuhadah Hamizi said...

yes ! ia HARAM ok. Bagus la kalau dah tahu. Nanti share-share la dgn kawan-kawan yg tak tahu lg. TQ