Follower Cik Syuhadah

Wednesday 27 March 2013

Akhirnya, kau pergi mengadap Ilahi. Al-Fatihah Afiq Naquiddin

Assalammualaikum 

YA ALLAH, Lama rasanya meninggalkan blog usang nie. Maaf, busy melanda diri tatkala final semester menyerang. Banyak sangat benda nakk dikongsi bersama. Suka duka pahit manis sepanjang bergelar student tahun akhir Diploma Civil Engineering. Tapi apakan daya, hanya manusia biasa yg mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki. Hiba rasanya nakk sambung entri ni. Hm

Berbalik kepada tajuk diatas. Diri ini terpanggil untuk membuat entri untuk Arwah Afiq Naquiddin Noordin. Sahabat seperjuangan Civil Engineering semester akhir di Arau. Walaupun sekarang tengah musim final exam, luangkan 15 minit menaip entri ini apa la sangat rasanya. 

Afiq, 
Kita rindu Afiq. Sahabat yg lain pun rindukan Afiq. AL- FATIHAH


21.3.2013 - Gate A UiTM Arau, Perlis

Afiq Naquiddin Noordin dalam perjalanan ke Taman Ria, rumah groupmate ENT300nya menaiki motosikal. Tetap jam 10.30 pagi arwah dan groupmatenya akan ada exhibition untuk subjek ENT300 tue. Nasib tidak menyelebelahi, arwah telah mengalami kemalangan bersama lori. Allahu akbar !! Afiq telah dikejarkan ke Hospital Kangar. Didapati Afiq mengalami pendarahan dalam otak kesan hentakkan yg kuat. Rahangnya turut patah. Saat itu juga Afiq dikejarkan ke dalam bilik operation untuk membuang darah bekunya dalam otak. 

Exhibition ENT300 terpaksa diteruskan tanpa Afiq. Sedang exhibition itu diteruskan, Afiq sedang bertarung nyawa dalam bilik operation. Suasana menjadi hambar. Kami, student Civil Engineering bisu seketika, sunyi tak berkata apa. Terkejut ! Saat itu, semua keep praying for Afiq. Terus terus dan terus berdoa. Fikiran semuanya AFIQ AFIQ AFIQ. Segala presentation menjadi hambar. Hambar sehambarnya. 

Selesai operation, Afiq ditempatkan ke wad ICU. Keadaannya KOMA dan KRITIKAL. Doctor cakap peluang untuk hidup hanya 40 % sahaja. Allahu akbar !! Hanya kuasa ALLAH mampu mengubah peluang hidup untuk Afiq. Luruh rasanya jantung tatkala mendengar. Family Afiq dari Kuala Lumpur selamat sampai di Hospital Kangar. Suasana ICU Kangar menjadi sayu. Rakan-rakan seperjuangan baikk dari course Civil Engineering, Sport Reac, Accounting datang melawat Afiq. Ramai sangat yg datang. Ramai sangat ! Takk putus-putus. 

22.3.2012 - 26.3.2012 - Hospital Kangar, Perlis 

Afiq masih bertarung nyawa untuk hidup. Sedang Afiq bertarung nyawa, kami, sahabat-sahabat takk putus-putus doakan Afiq. Solat hajat telah dibuat di Pusat Islam UiTM Arau.  Hm keadaan Afiq masih sama. Tak banyak improvement pun. Cuma ada kata sumber, Afiq dah mula bagi positif respon. Kakinya muka bergerak. Jari pun begitu, dah mula bergerak sikit-sikit. Berita itu amat bermakna untuk kami. Alhamdulillah, ucapan yg terukir dibibir sahabat-sahabat Afiq. Doa tetap diteruskan. Hanya ALLAH tempat kami berserah. Mohon dikembalikan Afiq yg dulu. 

Sabtu malam, 23.3.2013 - baru saya, WaniNoordin, Farah elia dan Sobariah berpeluang menziarahi Afiq di ICU. Nasib kami takk baik malam tue, kami takk dapat masuk melihat Afiq. Kecewa juga sebenarnya. Harapan terlalu besar kami datang tue. Hanya ingin melihat wajah Afiq, sahabat kami, keluarga Civil kami. Hm last 2 night, Afiq's aunty cakap boleh je masukkk sampai 2 pagi. Ye, nasib kami takk baik. Takk apa. Takk ada rezeki nakk jumpa Afiq malam nie. Hm sebelum balik, sempat berborak dengan aunty Afiq, kakak Afiq dan emak Afiq. Mereka sangat baikk ! Baikk sangat. Ye,mereka masih mampu mengukir senyuman disebalik kesedihan yg mereka tanggung. 


"Afiq, cepat la bangun ! Ramai yg tunggu Afiq nie. Kita nakk exam nie. Kita nakk grad sama-sama kan. Bangun Afiq ! Bangun. Hm " - bisik hati kecilku. 


Ahad tengah hari, 24.3.2012 - SELAMAT HARI LAHIR SYUHADAH ! Hambar, takk ada makna rasanya. Teringatkan Afiq yg sedang bertarung nyawa di ICU, hambar je rasa. Jam dah menunjukkan 12.00 tengah hari, dah janji dengan WaniNoordin, Farah elia dan Sobariah nak pergi jumpa Afiq kt ICU. Semalam ralat betul tak dapat jumpa. Besar harapan yg kami bawa nie. Harap-harap kali nie dapat la jumpa Afiq. Alhamdulillah, sampai je ICU Kangar kami berpeluang masuk melihat Afiq. Sarung je baju putih tue, fuhhh ! ALLAH je tahu macam mana perasaan nie. Gementar takut semua ada. Betul ke nie ? 

Sesampai kt katil Afiq, Allahu akbar !! " Afiq ke nie ?? Afiq ke ? " - Ronta hatiku. Menitis air mata tatkala melihat Afiq. Sayu. Bersama Afiq, turut ditemani 2 orang auntynya yg sedang baca kan Suruh Yassin di telinga Afiq. Handphone yg dimainkan suruh yassin turut diletakkan di telinga Afiq. Allahu akbar !!  Allahu akbar !!  Allahu akbar !! Hatiku terasa lain. Lain ! " Afiqqqq ! Cepat la bangun ! " - Ronta hatiku lagi. Dengan hati yg luruh, saya keluar. Bagi sahabat lain pula yg melihat Afiq.


Duduk tak mampu berkata apa. Melihat wajah ibu Afiq yg tabah sedang baca Suruh Yassin untuk Afiq di luar pintu ICU. Tiba-tiba, ayah Afiq datang, duduk disebelah ibu Afiq. Apabilaku lihat raut wajah ayahnya, terukir Afiq disebalik wajah berjambang putih itu. "Afiq ikut muka ayah dia. Hm " Sedangku duduk menunggu sahabat lain, terdengar sayu suara ayah Afiq sedang berbual dengan ibu Afiq di depan kami. 8 biji mata melihat ayah dan ibu Afiq tanpa kelipppp. .............. otak Afiq separuh dah tak berfungsi, mata Afiq pun dah tak sense dengan light, jantung Afiq now depands on machine.......... Allahu akbar !!  Allahu akbar !!  Allahu akbar !!Allahu akbar !!  Allahu akbar !!  Allahu akbar !! Menitissss air mata. Tunduk tak mampu berkata-apa. YA ALLAH,HANYA KAU YG MAHA MENGETAHUI APA YG TERBAIK UNTUK AFIQ. 

Selesai menziarahi Afiq, kami pulang. Suasana di dalam kereta WaniNoordin senyap sunyi bisu. " Betul ke apa yg kita dengar tadi ? " Soalku kepada FarahElia WaniNoordin dan Soba. " Betul ! adda " hanya itu yg mampu di balas. Kembali bisu semua di dalam kereta tue. Hm

Doa takk putus dan terus dipanjatkan kepada ALLAH. Hanya itu je usaha yg mampu kami lakukan sabagai sahabatnya. Selebihnya, ALLAH lebih mengetahui.


Isnin - 27.3.2012 

Tepat jam 1.07 petang, AFIQ NAQUIDDIN telah menghembuskan nafas terakhirnya. Inalillahi wainailaihi rojiun ! Menggigil satu badan. Mengalir lagi airmata. Niat bersahaja nakk buka Acc twitter setelah stress menghafal ENT300. Sebaliknya, dapat berita pemergian AFIQ NAQUIDDIN NOORDIN. Hancur lebur hati ! Hilang habis mood nakk jawab first paper ENT300 pada pukul 2.15 petang kejap lagi. 

Kaki terus melengkah longlai pergi dewan exam tanpa AFIQ. Apakan daya, kita takk mampu melawan takdir ALLAH. Dia perancang terhebat. 7 hari Afiq bertarung nyawa, akhirnya dia tewas dan kembali ke sisi Pemilikk yg kekal abadi. " Ya ALLAH, aku masih bermimpikah ? " 

Selesai menjawab paper ENT300 pada pukul 5.15 petang, kami diberitahu jenazah Afiq akan disolatkan di Pusat Islam UiTM Arau Perlis. Kami berpusu-pusu ke Pusat Islam untuk memberi penghormatan terakhir untuk sahabat kami. Malangnya, terlambat. Afiq sudah selesai disolatkan. KECEWA ! Jenazah dikhabarkan dibawa ke Kodiang, Kedah kampung halaman Afiq sebelah ayahnya. Afiq akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kodiang.

WaniNoordin call dan mengajak saya untuk ke kampung halaman Afiq. Kami berkonvoi ramai-ramai. Ada juga yg naikk motor. Ada juga yg naikk bus UiTM. Alhamdulillah, UiTM sediakan 2 bus memberi penghormatan untuk terakhir kali kepada Afiq, keluarga Civil kami. 

Sampai di perkarangan kampung Afiq, penuhhhhh sangat orang. Ramai sahabat-sahabat yg dah sampai dulu rupanya. Saya, WaniNoordin dan Farah Elia masuk ke dalam rumahnya. Allahu akbar !! Allahu akbar !! Allahu akbar !! sebujur mayat terbaring depan mataku dibalut kain kafan. Mayat itu adalah AFIQ NAQUIDDIN NOORDIN. Ye, itu Afiq ! Mengalir lagi air mata. Alhamdulillah, masih perlu di panjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang melihat wajah Afiq untuk terakhir-akhir kalinya sebelum ayahnya menutup penuh kain putih di tubuh Afiq. Tenang, kacakkk, putih dan berisi wajah Afiq. Pergilah Afiq. Tenanglah kau kt sana. 

Selesai semuanya, Afiq dibawa ke tanah perkuburan. Tenang hati, yg usung keranda Afiq almost rakan-rakan Afiq. Sesampai di tanah perkuburan, agak terkilan sebab takk dapat lihat Afiq sampai ke liang lahad. Tanah sudah pun dikambus. Takk apalah. Semoga Afiq tenang di bawah sana. Selesai mendengar ustaz membaca talkin untuk Afiq, kami pun pulang. Suasana sedih meninggalkan perkarangan kubur. Sayu 

Semoga ibu dan ayah arwah Afiq Naquiddin sabar dah tabah atas pemergian anakanda tercinta mereka. Begitu juga abang kakak dan adikknya juga agar turut bersabar. ALLAH lebih sayangkan Afiq dari kita. Salam takziah untuk keluarga Afiq. 


“Kullu nafsin dzaiqotul maut” 

Setiap yang bernyawa pasti akan mati - (QS. al-Ankabut:57)

Dan ketika kematian terasa begitu dekat
Terpadam semua hal duniawi, tiada lagi mimpi-mimpi pelangi,
Hanya dibayangi wajah yang bakal menjemput.


Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan - Al Anbiya’: 35


Sayang kita pada Afiq takk sehebat sayang ALLAH pada arwah AFIQ NAQUIDDIN NOORDIN . Semoga tenang di sana Afiq


Nota siku : Goodluck kawan-kawan untuk final sem nie. Rindu Afiq, letakk tangan dekat dada dan bacalah Al-Fatihah untuk arwah. Dengan Dia juga kita hidup. Dengan Dia juga kita mati. Al- Fatihah ~

8 comments:

ame said...

Ya Allah..seryes rasa sedih gile baca entri ni... :'( ..Al-Fatihah untuk arwah afiq

Syuhadah Hamizi said...

sedih sangat. hm tapi siapalah kita nak melawan takdir. Al-Fatihah utk Afiq.

Unknown said...

walaupun x pernah kenal arwah afiq, kehilangan seorang lagi warga UiTM Arau amat terasa. semoga Afiq ditempatkan di kalangan org yang baik2. aminn :'(

Siti Aliah said...

tak pernah kenal arwah afiq. even pegi hospital hari tu tak pernah tau pun dia sapa, tapi dalam hati terasa sebak. sedih baca entri ni. Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah :'(

Cucu Samsiah said...

Allahh.. sebak hati aku. Aku bdk sportrek yg selalu lepak ngan arwah kt rpa pkul 2-3 pagi lpas die meeting persatuan silat die.. mmg menyedapkan hati lepak ngan die sbb sifat die yg mesra. Igt lg die tolong makeup aku buat video utk dinner fakulti aku.. Allahhh... Terimalah sedekah Al fatihah dan Al-Ikhlas aku utk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu~

i.A said...

al-fatihah semoga arwah ditempat di kalangan golongan yang beriman....

ame said...

betul tu 100 plus..arwah memang mesra..ramah orang nye..lepak dgn dia mesti nak gelak je manjang..hurmm

Unknown said...

dear syuhadah,

just knew about this entry.. sedih sgt bila baca dan teringat detik2 terakhir bersama dengan arwah di hospital.. Ya Allah rindunya dekat adik kesayangan..

Anyway, nak ucap thanks to all his friends, you especially, for your pray and thoughts. Recognised you, the four of you came that night but unfortunately cant visit Afiq...

Alfatihah... Semoga beliau tenang di sana di samping doa kita dari sini..

Love and regards from Afiq's family,
Afiq's sis