Follower Cik Syuhadah

Friday 10 May 2013

Diploma tamat ♥

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Syukur. *Terus capai HP, call mak ayah* 

Me : Salam makk. Buad apa tue ?
Mak : Wsalam, dalam kereta dengan ayah kau nie. Nakk pergi Jakel, cari kain.
Me : Mak, result dah keluar. Alhamdulillah, lulus semua and unexpected results. *termenagis*
Mak : Tahniah. Pointer berapa ?
Me : Hehe dapat ***** (rahsia peribadi)
Mak : Tahniah angah ! Ayah kt sebelah nie pun cakap tahniah dekat angah.
Me : Macam takkk percaya je *menagis makin lebat*
Makk : Diploma dah habis. Lepas nie fokus dekat degree pula ye.
Me : Baikk mak. *kesat air mata*

Selesai je tengok result, otakk nie dah takk ingat apa-apa dan siapa-siapa kecuali 2 manusia nie HAMIZI dan HANIM , beliau ialah mak dan ayah aku. Happy tue ALLAH je tahu macam mana. Sebenarnya, aku antara yg paling lewat tengok result. Sepatutnya, malam 8hb tue dah boleh tengok dekat email. Malangnya ! disebabkan aku terlupa buad suFO. Maka dengan itu, result aku takk keluar dan takk boleh tengok. Bagusssss syuhadah, bagusss ! Kekawan semua dah jerit-jerit happy-happy. Aku ? Adoi ~ Takk tidur aku dibuatnya. Esoknya pukul 9.00 pagi baru aku buka UiTM student portal then baru tengok result. Hambar ~

Aku pun malas nakk berceloteh banyak sangat. Yela, baru diploma kan ? Weyy, jaga sikit mulut ! Separuh mati juga aku nakk settlekan diploma civil nie. Teringat masa semester 3, aku hampir give up juga lah. Call makk dekat rumah menagis-menagis cakap nakk berhenti belajar. Takk ke kecewa makk aku masa tue kan ? Mohon ampun mak. Alhamdulillah, sekarang semua dah berakhir. 

Apa-apa pun, terima kasih makk sudi menjadi pendengar setia segala keluhan belajar. Terima kasih ayah sebab sudi jadi bank angah tiap kali duit kering hujung2 sem. Hihi teringat kata-kata mak. Makan banyak tapi balikk rumah tulang juga mak tengok kau. Sentap ! Haha terima kasih lecturer-lecturer yg banyak bagi tunjuk ajar. Maaf kalau ada terkasar bahasa tertuang kelas. Hihi maaf2 ! Untuk kawan-kawan, terima kasih banyak-banyak. Kenangan diploma di Arau akan ku simpan sampai bila-bila. InsyALLAH :)

Sebenarnya, aku masih ada 2 minggu lagi intersesi dekat Jengka. Harap-harap, semuanya berjalan dengan lancar. Goodluck kawan-kawan ! Amin ~InsyAllah, tak ada aral-melintang jumpa time konvo nanti. Rindu gila dengan korang weyyyy ! Sumpah rindu gila ! Rindu nakk makan sesama sambil tengok runningman. Rindu nak bangun mamai-mamai sama-sama solat subuh. Rindu nakk stay-up tengah-tengah malam buad kerja bebanyak. Rindu nakk duduk dalam gelap bila takk turun pergi join aktiviti kolej. Jahatnya aku ! Haha




p/s : Sekarang fokus dekat diri sendiri sahaja. Abaikan benda takk penting. PEACE 


1 comment: