Follower Cik Syuhadah

Sunday, 1 April 2012

Bahagian 4 Tamat

Assalammualaikum,Hyeee ZS kembali

Alhamdulillah pejam celik pejam celik tamat sudah bahagian 4 (PART). Macam takk percaya pun ada. Rasa macam baru je bahagian 1. Rasa macam baru je sampai Arau. Rasa macam baru je kenal member-member sekuliah. Tapi itu lah. Masa berjalan terlalu pantas sampai kita pun tak sedar. Sedar takk sedar 2 tahun dah jadi penghuni bumi Arau. Peperiksaan akhir untuk bahagian 4 baru je tamat semalam. Bahagian 5 dan 6 bakal menyusul kemudian. Sedarkah kita bahawa semakin lama semakin hampir kita dengan garisan penamat??

Kurang setahun lagi,lengkap lah pengajian saya di bumi Arau tercinta. Ok syuhadah,jangan terlalu excited. Still have 2 part to complete my diploma. Walaupun 2 bahagian je lagi,tapi ia tak semudah macam kita cakap "alaaa,2 bahagian je lagi" Fine ! 2 bahagian je lagi?? Wowww walaupun 2 bahagian je lagi,tapi ia merupakan KILLER PART untuk kami di fakulti kejuruteraan. 

Insyallah,everything gonna be okay. Semangat,usaha dan doa ibu bapa yg penting. Doakan yg terbaik untuk saya dan rakan-rakan seperjuang di Arau. 


Nota siku : Ok sesampai disini je dulu. Ada orang datang rumah. Heeee :D

Monday, 12 March 2012

Peluang kedua

Assalammualaikum.

Alhamdulillah selesai 1 paper hari nie. Ok,lupakan sekejap pasal final exam. Mata tak dapat lelap. Tak tahu entah mengapa. Maka aku mencuri sedikit masa untuk membuad entri pendek pada hari ini.Hari nie aku nak cakap pasal PELUANG KEDUA. Patutkah kita diberi peluang kedua ? Ok entri aku kali ini lebih fokus kepada percintaan. Merujuk kepada soalan aku tadi. Patutkah kita diberi peluang kedua dalam percintaan?



Ok,bagi aku lah kan. Kita sepatutnya diberikan pilihan kedua. Mengapa? Kerana bila kita mendapat pilihan kedua itu,pasti kita akan menghargainya. Orang cakap,belajar dari kesalahan terdahulu. Kita kena tahu, tidak semua orang yang baik hati nak bagi kita peluang kedua. Rambut memang sama hitam TAPI hati lain-lain. Rasa-rasa korang semua dah familiar dengan ayat tue. Apa kata kita cuba menghargai peluang itu.

TAPI

Bagaimana peluang yg kedua itu diberi dengan keadaan TERPAKSA ? Maksud aku mungkin BF/GF dia merayu tiap-tiap hari dekat pasangan dia minta rujuk balik. Tak tahan punya pasal asyik kena desak je, maka dengan itu dia pn memberi peluang kedua. Kita mungkin tak tahu peluang kedua itu diberi dengan ikhlas atau terpaksa. Ok terima kasih untuk peluang kedua dan mungkin ini peluang yg terakhir -,-



TAPI


Pilihan kedua tak akan sama seperti dulu. Pahitnya masih terasa. Manisnya macam dulu tak ada. Tah keman perginya. Tiba-tiba rasa macam takut dengan peluang kedua yg diberikan. Bukan takut apa. Cuma sepanjang peluang yg diberi , dia hanya nak cari kesalahan kita je.  Itu tak kena dan ini tak kena. Bila jumpa kesalahan kita, OK GOOD BYE ! Huh Itu peluang kedua yg macam mana? Tak kan salah sikit , itu hukumannya? Ok aku tahu itu peluang terakhir. GOOD BYE juga ! 

END 

Bukan si penerima tak hargainya. Tapi, si pemberinya tak patut buad macam itu. Tak semua orang sempurna. Mana nak cari sesebuah hubungan yg tiada masalah. Pasti ada pasang surutnya. 



P/s : Jangan diberi peluang kedua sekiranya terpaksa. SEKIAN 

Monday, 5 March 2012

AZURA 2012

Assalamualaikum Readerr Z S :)

Dalam kesibukan , sempat juga saya curi masa untuk menonton cerita AZURA 2012. Mula-mula sangat dan teramat lah tidak tertarik TETAPI setelah mendengar sok-sek sok-sek mulut orang bercakap pasal cerita nie , mula laa saya pergi bilik ke bilik membawa pendrive untuk mengopy cerita nie. Hehe selepas VANILLA COKLET , ini second movie yg telah menarik diriku utnk berangan-rangan ke dalam dunia percintaan. Acecececeh ayat takk boleh g. Hikhikhik

AZURA 2012 ini telah diberi nafas baru gandingan Neelofa dan Shahz Rizal dimana pelakon asalnya adalah Ogy dan Jamalabdillah. Cerita ini sangat la MANIS atau orang kolumpo cakap SWEET gituww. Apa yg menarik tertariknya saya dengan cerita directed by Aziz M.Osman nie , lokasi ceritanya sangat menarik di London dan Kota Paris. Kadang-kadang terberangan juga la ke Eiffel Tower , Tower Bridge. Woww , memang cantik la. One fine day , insyallah will coming there soon :)

Ini sedikit sinopsis cerita AZURA 2012 :

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan. Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana. Mereka hidup bahagia pada awalnya. Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala wAzura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Ini sedikit gambar untuk tatapan reader Z S tersayangg 




Ini je yang mampu diGOGGLEkan. Kalau nakk lagi , tengok je cerita AZURA 2012 tue. Mana yg tengah hot hot bercinta tue , cerita nie pasti mengHOTkan lagi cinta korang. Trust me :D

Ok laa, sampai sini dulu yer. Nakk g hantar mamber ke stesen KTM jap. Byee :)







Sunday, 4 March 2012

Kembali Lagi

Assalammualaikum orang kampung !


Wah , bersemangat la pula. Bukan apa , mood dah kembali la lar. Hanya nak bagi tahu yg FINAL JUST AROUND THE CORNER. ok byee !

Friday, 10 February 2012

Sepi Sunyi Tanpa Cinta


Sampai bila harus ku rasai erti sebuah kehidupan ini 
Pasrahku dengan kenyataan Impian musnah di pertengahan. 

Sepi ku tiada berteman umpama pungguk rindu rembulan 
Nota ini sebagai luahan yang memberi ku kekuatan 
Inilah lumrah kehidupan.

Tekadku mengubah perasaaan dan alihkan segala kedukaan 
Noktah bukanlah pengakhiran permulaan langkah memburu sasaran 
Azam tersemat sebagai ukuran. 

Cinta itu banyak pengertiannya iman yang kuat sebagai senjata 
Nikmat yang diberi perlu diguna tingkah dan laku harus dijaga 
Agar tiada lagi Sepi Sunyi Tanpa Cinta.