Follower Cik Syuhadah

Sunday, 4 September 2011

Selamat Hari Lahir ! Ayah Adekk Nenek

Alhamdulillah di bulan syawal ini berkesempatan juga kami menyambut hari lahir ayah adek dan nenek sekali dalam 1 majlis. Sebenarnya tarikhnya belum sampai lagi. Saja sambut awal sebab masa nie la kami dapat berkumpul 1 keluarga. Al maklum la. Along ke Kuantan. Aku ke Araustralia. Adekk ke Sbak Bernam. Ini jela masa yg sesuai. Boleh sambut sama sama. Kami pun tak buad majlis besar besaran. Cukup untuk kami sekeluarga. Mari kita check tarikh lahir mereka :

  • Ayah -----> 5 / 9 / 1966
  • Adekk -----> 19 / 9 / 1998
  • Nenek -----> 20 / 9 /1937  * tak ingat tahun nenek lahir la. Tapi,around tue la.

Ini sedikit gambar yg sempat di ambil. Mari lihat :






Ini je gambar yang sempat di ambil. Sebabnya dah tak sabar nk makan kek tue. Takut habis agaknya. Tapi,last last tak habis pun. Simpan dalam peti ais sampai kek tue keras macam batu. HAHA. Btw,sangat seronok dapat celebrate besama sama. Spending time wift family is the best moment :) Memang tak akan lupa laa. Iloveyouu

Nota siku : Tido tido. Jam menunjukkan pukul 4. 05 am. Mata segar lagi biar dah makan ubat batuk pun tadi * jangan salah paham pula. Aku batuk okk. Nite ALL



Eid 2011

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Puasa SELESAI. Raya pun SELESAI. Ramai orang kata *berdasarkan status FB -tahun nie raya tidak semeriah dahulu. Memang betul. Tak tau kenapa. Suasana raya rumah aku tetap sama meriahnya macam dulu dulu. Mak dan nenek tidak akan melepaskan peluangnya mengacau dodol dan membakar lemang *benda wajib tau. Cuma yang bezanya disini,rumah aku tak dengar lansung satu bunyi mercun pun. Kalau tak dulu. Memang terkejut memanjang. Siap melatah latah la. Silap hari bulan termencarut juga la. Naik angin juga la. Tapi,raya tahun nie takk rasa itu semua. Itu jela yang lainnya. HEHE. Duit raya maintain dapat lagi tau. 


Permulaan 1 syawal family dengan bersembahyang sunat aidilfitri di masjid Kuala Ini,Tampin Negeri Sembilan. Alhamdulillah semua ahli keluarga turun untuk menunaikan solat sunat. Sangat dan teramat la seronok bila suara riuh rendah mak suruh cepat ke masjid. Tapi,ayah buad muka relakss je. Samapi je di masjid semestinya sudah ramai orang berpusu-pusu ke dalam masjid. Ehem ehem kelihatan sangat la kacak kacak mamat mamat di sekitar masjid dengan berpakaian melayu penuh dan bersampeng segak. Opsss HEHE.


Selesai sahaja solat,terus ke teratak nenda tercinta. Aktiviti pertama dan wajib adalah bersalaman sambil nait lainya *nak duit raya laa. HEHE. Seronoknya bila sampul duit raya *jakel bagi* ayah pegang pegang. Berapa la agaknya isi dalam sampul tue. Turn by turn. Line by line. HEHE lepas salam mak dan ayah. Turn salam nenek dan salam ALONG! *wah wah wah besar pula perkataa along tue. Maklum la. Dapat juga duit raya along bagi. HEHE terima kasih Along. Raya tahun depan kasi Up lagi jumlah duitnya.


Selesai berasa di rumah nenda sebelah mak,now turn nenda sebelah ayah pula. Sabar sabar. Takk jauh pun rumahnya. 10 minit sampai la. HEHE untung kan kawin dekat nie. So,macam biasa la jumpa sanak saudara #lupa nk bgtahu. Belah mak tak rami pun saudara sbb mak 2 beradik je. Paklong balik Pahang belah isteri dia. So,tinggal mak jela. Belah ayah nie ramai sikit. Al maklum la 8 beradik. Macam biasa la bersalam salaman smbil niat lainnya nk duit raya. HAHA yg besar pun mengalahkan yg kecil. Gambar yg dipaparkan tadi adalah gambar di depan rumah arwah nenek la tue. Ceria je semua. Suka suka suka sangat.


Raya seterusnya tiada apa apa yg menarik nk diceritakan sebab anda anda semua pun turut merasainya. Ye tak? Beraya di rumah rumah orang la. Tetamu datang rumah la. Betul tak? Ok laa dpendekkan cerita kami sekeluarga beraidilfitri dikampung selama seminggu. Sabtu bersamaan 4 syawal kami pulang ke Puncak Alam. Sangat dan teramat la berat nk tinggalkan kampung. Apatah lagi cuti semakin singkat. Bumi ARAU seperti memanggil manggil je.


Ok la sayang sayang semua. Ini je kt kot sedikit cerita sepanjang Eid 2011 nie. Jumpa lagi


Nota siku : PANJANG kan? Kalau rajin baca la. Kalau tak,tengok tengok gambar jela. Aiman tak kisah. Syuhadah lagi tak kisah. Itu kan hak kalian. ILY bye

# Eid 2011 (picture)











Nota siku : jangan teperdaya dengan warna kulit. sesungguhnya kulit kami sawa matang *bukan HITAM ! HAHA



Monday, 29 August 2011

selamat hari raya blogger !

29 ramadhan
Hari nie merupakan hari terakhir berpuasa. Sedih pula rasanya nk tinggalkan bulan ramadhan nie. Selalunya excited je nk habis puasa kan? kenapa yer? Mybe dulu masih budak-budak lagi. 19 tahun cukup besar dan matang untuk berfikir. Alhamdulillah semua persiapan raya SIAP. Alamatnya RAYA sakan la kita . :) Mari check list dibawah

Makanan: 
  • Rendang ------> DONE
  • Ketupat -------> DONE
  • Nasi impit ------> DONE
  • Kuah kacang -----> DONE
  • Dodol ------> DONE


Lain- lain :
  • Sapu satu rumah ------> DONE
  • Pasang langsir ------> DONE
  • Tukar sarung kusyen ------> DONE
  • Lap tingkap ------> DONE
  • Mop rumah ------> DONE
  • Pasang alas meja ------> DONE
  • Gosok baju raya ------> DONE
  • Masukkan kuih raya dalam bekas ------> DONE


Wah wah wah . Tak sabarnya nk raya esok. Sekarang nie tunggu kepulangan ayahanda tercinta. Beliau kena keja pula. Tp,tak apa la ayah. Kami tetap tunggu kepulangan ayah. Drive safely ye ayah. Ingat orang tersayang. Lagi satu,malam nie rumah nenek ada buad kenduri sikit. Baca takbir ramai-ramai. Meriahnya. 

Ok la sayang-sayang . Nak out dah nie. Nantikan entri RAYA pulak OK. Btw,SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR dan BATIN . Jemput datang rumah :)


Nota siku : 10 jari dihulur , maaf dipohon. ily all :)


Saturday, 27 August 2011

bersama F.A.M.I.L.Y











Ini sedikit gambar yang sempat aku snap masa kat Pizza Hut-Tampin. Seriuslly,sangat seronok bila dapat spend time bersama family tercinta. Lama gila kot tak merasai saat-saat berharga macam nie. Btw,big thanks to my bro sebab support pizza tue. Nanti belanja la lagi yer. Actully,lepas je makan pizza kami kaum-kaum hawa terus pergi ke bazar untuk memcuci mata dan membuang duit. Dapat la 2 helai baju. HEHE. Bukan aku pow mak aku tau. Beliau yg belanja. Mybe beliau kecian kot tgk aku pakai baju yg sama je bila hang out dengan family. Thanks mama ! Jalan punya jalan kt bazar,tibe-tibe terjumpa Didie Alias. Cun gila la dia! Anak-anak dia pun cun macam mak dia. Tp,yang aku ralat sikit dia sombong gila laa. Bukan dia je,anak-anak dia pun sombong. Tak ada budi bahasa lansung. Aku cakap berdasarkan apa yg terjadi pada kami. Apa-apa jela. Yang penting aku enjoy sangat semalam. Ok la all reader. Aku tak boleh nk cakap banyak sangat. KERJA menanti aku kt dapur tue. Jumpa lagi ye wahai sayang-sayang . Love youu All. Byee 

Nota siku : Puasa tak habis lagi,aku dah dapat duit raya RM50 dari paklong aku.