Follower Cik Syuhadah

Tuesday, 21 May 2013

Kelas di Jengka tamat.

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik, sebulan hidup di Jengka hampir berakhir. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Jengka BEST ! Serius. Orang kata takk kenal, maka takk cinta kan.Jengka tenang. Hiburan pun takk ada sangat. Sesuailah untuk tempat study kan. Makan sedap, tapi mahal sikit. Lauk ikan patin dia, memang terbaikkk lah ! 

Sepanjang dekat Jengka, asal sabtu ahad je mesti balik. Hihi dekat la katakan. Dulu masa dekat Perlis, nakk balik rumah cukup "bercinta". Jauh beb !  8 jam. Bila cuti panjang baru balik. Kalau takk, duduk jela Arau tue. RINDU ARAU !

Masih berbaki 3 hari sebelum final exam untuk tinggalkan Jengka. Dan aku di rumah sibuk tolong mak dengan persiapan abang nakk kawin Jumaat dan Sabtu nie di Perlis. SEDIH ! Sebab dapat tengok Along akad nikah je. Malam tue, aku terpaksa pulang ke Jengka balik. Ahad tue aku ada paper. Takk dapat tengok along bersanding. Sobs sobs sobs. Be positive Syuhadah. Fokus FINAL :)

Keadaan genting macam nie, terpaksa curik-curik masa untuk studyy. Kecian mak, banyak benda nakk settle. Almaklumlah, first time nakk dapat menantu. Tak apa, satu paper je pun. Huhu bekorban sikit untuk family kan,apa lah sangat. Aku okayy :)

Btw, GOODLUCK kengkawan yg akan menduduki final exam intersesi nanti. 



p/s : Lepas asar kejap lagi mulalah konvoi ke Perlis. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah along ! Macam takk percaya je along nakk kawin -.-'

Monday, 20 May 2013

Girlfriend terbaik !

Assalammualaikum

7 tahun takk jumpa dan AKHIRNYA ! 

Perkenalan ditingkatan 1 kekal sampai sekarang. Alhamdulillah. Memasing dah busy dengan life memasing. Bella dekat UMP. Dilla dekat HKL. 

Ye, kami sangat RAPAT ! Rapat kami takk boleh cerita dekat sini. Kalau aku cerita, kantoi lah kami nakal time sekolah dulu. Haha rapat kami nie macam isi dengan kuku. Sweet tak ? Hihi pendek cerita, rapat kami nie kalau pergi toilet takk boleh pergi sorang atau dua orang, kena pergi tiga orang. Baru complete. Nampak tak macam mana rapat kami nie ? Aishh ! Takk boleh cerita lebih-lebih. Malu aku kalau anak-anak aku baca blog aku nanti. 

7 tahun terpisah, tapi kami tak pernah sekali pun terpisah. Sikit pun takk ! Hanya jarak yg memisahkan kita, girlfriend. 

Sabtu dan Ahad lepas aku pergi Kuantan. Pertemuan 2 hari takk cukup sebenarnya. Banyak kot  benda nakk cerita. 7 tahun punya cerita. 




BELLA makin sihat. DILLA makin bahagia. 

Takk tahu nakk start cerita macam mana. Sebab sepanjang jumpa dyorang, tak berhenti gelak kot. Release gila tension ! Lupa habis masalah. Thanksyouuuuu baby ! 

Memandangkan pertemuan kami amat singkat, masa yg ada perlu di hargai. So, kami decide utk sleepover di Kuantan. Makk ayah semua dah inform okayy. Kami dah jadi anakk yg baikk kot. Hihi tak percaya letuww. Hello, dah 21 kot ! :D

Terima kasih beb untuk hari tue. Terima kasih untuk Buger Bakar, Beserah. Woww box, Kuantan, Teluk Cempedak dan Terminal Kuantan. Tapi, Wowww Box paling aku takk akan lupa sampai mati. First time kena RUSH DENGAN POLIS. Haha 'semua beratur dan keluarkan i/c anda semua'  kata polis tue. Nasib baikk takk kena duduk menyangkung sambil tangan letak atas kepala. Haha dah la beratur depan sekali. Orang lain cuak, kita relaks tergelak-gelak sambil amek gambar. 

GENGSTERLOVE takk akan berpisah. 

Jumpa lagi beb ! Jaga diri, semoga berjaya. 

Sunday, 19 May 2013

Selalu pesan pada HATI

Assalammualaikum

Pesan pada HATI,
Jangan terlalu mudah mempercayai,
Sehingga sesuatu itu benar terbukti.

Pesan pada HATI,
Berikan ruang untuk diri sendiri,
Supaya tidak lagi menjadi luka di hati.

Pesan pada HATI,
Biarlah ada sedikit curiga menguasai,
Sehingga ikatan itu menjadi sah suami isteri.



p/s : ingatan untuk kengkawan dan diri sendiri terutamanya :) 

Monday, 13 May 2013

Kenapa kita susah nakk melupakan seseorang ?

Assalammualaikum

Sebelum aku start mengadap buku, tiba-tiba hati terdetik nakk update something. Ada benda aku nak share dengan korang. Er ini berkenaan HATI. 

p/s : Perempuan, sila baca ! Huhh ~

Lama juga aku cari jawapan untuk soalan nie sebenarnya. Sekarang aku dah jumpa. Jawapan yg aku jumpa nie hasil dari bacaan aku sendiri. Dan aku rasa, hm memang betul ! 

Kekadang tue aku terfikir juga , kenapa kita susah sangat nakk lupakan dia, padahal dia senang je pergi dari kita dan bersuka ria dekat luar sana. Yang kita nie ? Terkontang-kanting sensorang. Bila kawan-kawan tanya, " Eh kau okayy takk ? Nampak moody je " Then kita secara automatic akan menjawab " Eh aku okayy beb ! Happy je * fake smile *. Kita selalu cakap yg kita dah MOVE ON dan mengaku kita happy hidup macam nie. Hakikat sebenar ? 

Bila bercakap, tolong connect kan mulut dengan hati boleh tak ? Er itulah kelemahan perempuan. Mulut kata lain, hati kata lain. Move on sangat ke ? Happy ? Happy sangat ke ? Aku akui, kekadang aku takk connect kan mulut dengan hati pun. Hanya untuk sorokkan kelemahan tue. Tp, aku dah 21 beb ! Aku okayy. 

" Don't say "I'm okay being single" when the truth is you don't say something that you don't feel "

Sigh ~ 

Kenapa kita susah nakk melupakan seseorang ?

Kenapa ?

Sedar ke kita, sedang kita dilamun cinta dengan orang yg salah, tanpa kita sedar HATI kita dan terlalu jauh dengan ALLAH. Kita terlalu letakkan cinta kita pada dia di satu tahap yg paling TINGGI melebihi tahap cinta kita pada ALLAH. Banyakknya masa terbuang macam tue je. Kita jadi lalai, leka dan selalu berangan-angan. Ye, aku akui sekarang.

" Aku muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup "

Selalu aku bisik dalam hati nie. Kononnya nak sedapkan hati. Kekadang, aku kalah juga. Tapi, takk apa. AKU OKAYY BEB ! Lepas nie perlu mengatur langkah dengan teliti. Kena tanam dalam hati, JANGAN LETAKKAN CINTA MANUSIA MELEBIHI CINTA ALLAH. 

Lapangkan dada, terima semua dengan hati terbuka. InsyALLAH ~ 

Orang cakap, bila kita nakk tahu dia JODOH kita, bila kita dengan dia, HATI kita tergerakk nakk melakukan kebaikan. Eh ? o.O




p/s : Peringatan untuk kawan-kawan dan diri sendiri terutamanya. Peace V. Jom sambung studyy. Kbye


Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Ibu, Pn. Hanim

Assalammualaikum

Perkara yg amat membahagiakan aku adalah bangun je tidur melihat wajah mak aku. Selalunya, bangun je tidur benda pertama aku akan cari mak aku then baru tanya ayah. Nampak tak betapa hebatnya MAK itu. "Wahai Nursyuhadah bt. Hamizi, bangun-bangun" Itulah ayat pertama yg aku dengar. Mak memang selalu kejut kami dengan memanggil nama anak-anaknya. Angah sayang mak 

Insan yg sedang tersenyum tue, makk aku. Perkara yg membuatkan aku bahagia adalah apabila melihat dia tersenyum. Bila cakap pasal mak nie, nakk berair je rasa mata nie. Terima kasih mak untuk segalanya. Sekarang mungkin angah tak mampu nak balas jasa makk ayah. Diploma pun baru habis. InsyALLAH, satu hari nanti mak. Semoga diberikan kesihatan yg baik dan dipanjangkan umur emak dan ayah. Angah sayang mak 


Emak,
Kau telah melihat aku tertawa.
Kau juga pernah melihat aku menangis.
Dan kau selalu ada di sana bersamaku.
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini.
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu.
Selamat Hari Ibu, Pn.Hanim 


Anakmu,
Nursyuhadah Bt. Hamizi.